Grand Cabutan Bertuah Bernilai RM 2500 di Karnival Year End Zakat (YEZz) 2018 Pada 1 &2 Dis 2018
Minggu pertama musim cuti sekolah ni, korang dah buat aktiviti dengan anak-anak ke belum?? Kalau tak kemana-mana dan tak ada apa-apa perancangan lagi, apakata korang bawa anak-anak ke Karnival Year End Zakat (YEZz) 2018 yang sedang diadakan di perkarangan Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju . Macam-macam aktiviti menarik telah diatur oleh pihak penganjur iaitu Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) . Karnival ni diadakan selama 2 hari iaitu hari ini dan esok ( 1&2 Dis 2018 ) bermula jam 9 pagi hingga 9 malam dan masuk adalah PERCUMA . Majlis Perasmian Pelancaran Bulan YEZ (Year And Zakat) 2018 Tadi sempat jugalah chantek pergi ke karnival untuk menghadiri Majlis Perasmian Pelancaran Bulan YEZ (Year And Zakat) 2018 yang dilaksanakan oleh Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali. Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk meningkatkan praspek pembayar zakat dan secara tidak langsung meningkatkan kutipan zakat. Disamping itu juga, ianya bagi mendekatk...