Posts

Showing posts from July, 2018

Menikmati Dim Sum Dengan Dekorasi Istana Lama di Mandarin Palace

Image
Nak makan Dim Sum yang sedap dan murah dalam restoran yang cantik bak istana zaman silam?? Jom chantek kongsikan pengalaman chantek menikmati hidangan Dim Sum sambil berangan ala-ala Puteri Hang Lipo hahahaha. Melangkah masuk ke Mandarin Palace Restaurant di Fedaral Hotel memang sangat menerujakan. Hiasan dekorasi restoran ni memang betul-betul rasa macam dalam istana lama cina yang selalu kita tengok dalam filem-filem kungfu tu. Rekabentuk dalam restoran ni memang sangat cantik, boleh bayangkan kalau dinding-dinding dan tiang-tiang dalam restoran ni dibelit dengan naga, nampak real tau. Tujuan utama datang ke restoran ni sebab nak makan Dim Sum tapi teruja pulak tengok hiasan dan susun atur dalam restoran ni, serius memang cantik. Asyik sebut-sebut pasal DimSum ni, korang tau x Dim Sum tu apa?? Dim Sum ni adalah makanan atau hidangan kaum Cina yang dihidangkan sewaktu sarapan pagi atau minum petang. Mengikut tradisi Dim Sum ni dihidangkan bersama Teh Cina. Kiranya orang Cina yang meng

Untung Berbelanja Dengan Potboy, Pesanan Dihantar Tanpa Caj Penghantaran

Image
Kempen Potboy O2O yang telah diadakan pada 6 Julai hingga 8 Julai 18 telah dilaksanakan dengan jaya dan sangat meriah. Malah mendapat sambutan hangat oleh pengunjung-pungunjung kempen ini termasuklah chantek dan rakan-rakan yang lain. Potboy?? Pernah dengar Potboy??   Potboy Groceries adalah peruncit dalam talian yang berpangkalan di Lembah Klang. Potboy menyediakan keperluan barangan runcit dengan penghantaran percuma kepada pelanggan-pelanggan tanpa had pembelian . Pernah dengan O2O??? apa dia O2O?? O2O tu bermaksud online to offline . bermaksud pembelian yang disediakab adalah secara online tetapi di wujudkan secara offline, jadi pengunjung boleh melihat dan merasai makanan atau produk-produk yang dijual di dalam aplikasi Potboy Groceries. Tertarik dengan konsep O2O Potboy ni, chantek terpanggil untuk turut serta dalam kempen tersebut. Setibanya di Jaya One Mall chantek disambut mesra oleh staff Potboy. Masa tu ramai pengunjung-pengunjung sedang sibuk mendaftar untuk menyertai F

Less 90% Barangan Elektronik di Shopee Sempena Kempen Ekspo Elektronik Shopee - Jaminan HargaTerendah (LPG).

Image
Berpinar mata chantek bila skroll aplikasi Shopee sebab Shopee buat sale lagi!!!! Bukan 50% tapi sehingga 90% keatas . Haaa macam tak percayakan tapi itulah hakikatnya. Ada lebih 1000 barangan elektronik yang terlibat dalam Kempen Ekspo Elektronik Shopee - Jaminan HargaTerendah (LPG) . Kempen Ekspo Elektronik Shopee - Jaminan Harga Terendah (LPG), akan berlangsung dari dari 23 hingga 26 Julai 2018 dan menawarkan lebih 20 jenama terkenal elektronik di antaranya Armaggeddon, Alcatroz, honor, Mono Digital, Philips, Russell Taylors, Tefal, Vivo, Xiaomi dan banyak lagi. Jadi kepada yang suka shopping kelengkapan rumah, telefon pintar, gajet, , komputer dan aksesori semuanya boleh dibeli dengan potongan harga sehingga 90% . Sepanjang 24 jam pada 23 Julai ni , rebut peluang 1 hari ini untuk jualan murah pelbagai produk elektronik untuk kegunaan profesional dan peribadi seperti aksesori komputer seperti papan kekunci dan tetikus wayarles daripada jenama Logitech. Ingat tau Jualan Kilat/Sho

Penghantaran Percuma Tanpa Had Minima Pembelian, Habislah MR.DIY Boleh Beli Online!!

Image
"Habislah...MR.DIY Boleh Beli Online!!!!!!" Peminat kedai/store MR D.I.Y kini boleh membeli belah secara online!!!!!. Ye kaki-kaki shopping dipersilakan menyoping sepuas-puasnya dengan MR D.I.Y.COM.MY. Tak perlu susah payah drive merempuh jem dan trafic light, tak perlu demand grab lepas tu lompat train bagai, hanya duduk atas sofa, meniarap atas bantal, baring atas katil, sambil memerut dalam toilet pun boleh membeli belah sayang-sayang semua. Nak mudah yang macam mana lagi semuanya dihujung jari sahaja. #belionlinedimrdiy telah dilancarkan pada 3 Julai 18 di mana tujuan platform e-dagang ini adalah memudahkan pelanggan serta menjimatkan masa untuk membeli barangan. 4 ciri utama MR.DIY ONLINE adalah  FREE SHIPPING , MR.DIY EXPRESS , MR.DIY GUARANTEE dan COLLECT @ MR.DIY.   Apa yang best nya MR.DIY ONLINE ni sebab penghantaran adalah percuma bagi Semenanjung Malaysia untuk  sebarang pesanan yang tidak melebihi 5kg. Sekiranya perlukan barangan yang dibeli dengan kadar seger

Makan Dalam Sungai Tarikan Utama BBQ Lamb Kemensah KL

Image
Keenakan dan kecantikkan di BBQ Lamb Kemensah Kuala Lumpur memanggil chantek dan keluarga ke sana untuk kali yang ke 4. Kali ni chantek bawak bersama adik ipar cantik menikmati hidangan makan tengahari di BBQ Lamb Kemensah tapi adik ipar chantek lagi hebat sebab kali ni adalah kali ke 6 dia datang makan di restoran yang dah viral sekarang ni. Tak percaya?? Try search BBQ Lamb Kemensah dah ramai yang self review tau. Semasa tempahan dibuat, chantek booked makan tengahari untuk 5 pax. So pengusaha restoran Encik Zainuddin bertanya samada nak makan di darat atau di dalam sungai??? Chantek pilih untuk makan di darat memandangkan anak-anak kurang sihat masa tu. Hmm kalau nak tau makan dalam sungai adalah tarikan utama pengunjung ke BBQLKKL. Lain dari yang lain kan. Tapi kali ni terpaksa la chantek makan di darat sahaja dan  seperti biasa kami pilih pondok  makan yang boleh nampak view kolam mandi, cantik sangat. Tak sampai 15 minit, hidangan yang dioder pun sampai, wahhh sangat teruja dan s

Resepi Ubi Kayu Goreng Rangup Di Luar Empuk Di Dalam

Image
Ubi ohhh ubi, korang suka makan ubi kayu tak? Haaa chantek suka apa2 sahaja makanan yang dibuat daripada ubi kayu macam tapai ubi, kuih talam ubi, kerepek ubi dan macam lagi, Selain ubi daripada pokok ubi kayu, pucuk ubi kayu juga boleh di makan da opkos la chantek suka juga samada digoreng cili atau masak lemak cili api perghhh memang terangkat kalau makan pula dengan sambal belacan dan ikan masin, boleh berpeluh dahi hahahaha Tumbuhan yang kaya dengan karbohidrat ini dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan dan  kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia. Dulu masa kecik-kecik chantek selalu ikut arwah atok (sebelah mak) pergi bercucuk tanam dektat kebun kecil atok, belakang rumah arwah atok memang ada tanah luas, macam-macam tanaman ada ada tau dan salah satunya pokok ubi kayu la. Chantek pernah cuba tanam pokok ubi tau, senang jerk cuma cucuk keratan batang ubi ke dalam tanah, senang sahaja. Kata arwah atok, batang ubi kayu tu akan tumbuh akar dala