Menikmati Dim Sum Dengan Dekorasi Istana Lama di Mandarin Palace


Nak makan Dim Sum yang sedap dan murah dalam restoran yang cantik bak istana zaman silam?? Jom chantek kongsikan pengalaman chantek menikmati hidangan Dim Sum sambil berangan ala-ala Puteri Hang Lipo hahahaha.



Melangkah masuk ke Mandarin Palace Restaurant di Fedaral Hotel memang sangat menerujakan. Hiasan dekorasi restoran ni memang betul-betul rasa macam dalam istana lama cina yang selalu kita tengok dalam filem-filem kungfu tu. Rekabentuk dalam restoran ni memang sangat cantik, boleh bayangkan kalau dinding-dinding dan tiang-tiang dalam restoran ni dibelit dengan naga, nampak real tau. Tujuan utama datang ke restoran ni sebab nak makan Dim Sum tapi teruja pulak tengok hiasan dan susun atur dalam restoran ni, serius memang cantik.





Asyik sebut-sebut pasal DimSum ni, korang tau x Dim Sum tu apa?? Dim Sum ni adalah makanan atau hidangan kaum Cina yang dihidangkan sewaktu sarapan pagi atau minum petang. Mengikut tradisi Dim Sum ni dihidangkan bersama Teh Cina. Kiranya orang Cina yang mengembara atau pekerja peladang yang keletihan akan menikmati hidangan ini bersama Teh Cina. Jika di Hong Kong, dan kebanyakkan bandar raya dan bandar di wilayah Guangdong, banyak kedai makan Cina bermula menghidang dim sum seawal lima pagi. Seperti satu tradisi dimana orang-orang tua yang keluar bersenam akan berkumpul untuk menikmati hidangan ini selepas bersenam dan sambil membaca surat khabar. Manakala di Malaysia juga terdapat banyak restoran-restoran yang menghidangkan Dim Sum dan terdapat di dalam pilihan menu.


Bagi hidangan Dim Sum di Mandarin Palace ini, terdapat bermacam-macam jenis Dim Sum yang korang boleh pilih sendiri secara buffet. Terdapat juga menu-menu sampingan lain yang pastinya akan memenuhkan tangki perut korang.



So, korang-korang yang gemarkan Dim Sum atau baru nak mencuba bagaimana rasanya Dim Sum, jom datang ke Mandarin Palace Restaurant di Federal Hotel Jalan Bukit Bintang. Kalau dari Stesen MRT Bukit Bintang cuma 3 minit berjalan kaki ke hotel ni. Bila perut kenyang boleh jalan-jalan di Bukit Bintang pulak nanti. Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi 03-21489166.
A fresh aroma... delicious weekend dim sum brunch. Discover the delectable dim sum delights with combination of various menus especially created, cooked in various styles that reflect time-honoured traditions.

Open on Saturdays & Sundays, 10.30am - 2.30pm
RM48 nett (adult)   
RM36 nett (senior citizen*)
RM18 nett (child*)

Comments

  1. Memang suka dimsum. tapi pricey sikit. haha. tunggu gaji laaahh

    ReplyDelete
  2. Usually, I never comment on blogs but your article is so convincing that I never stop myself to say something about it. You’re doing a great job Man. Best article I have ever read

    Keep it up! from http://halloweendayusa2018.com/

    ReplyDelete
  3. Dimsumm.. sedapnya.. kena try ni makan kt sni

    ReplyDelete
  4. Dimsum ni salah satu mknn fav CR. Kalau ada rzki ke sana boleh la rasa. Nmpk sedap tu

    ReplyDelete
  5. Sedapnya, zira memang suka dimsum favourite tau. Nak try semua. Jauhnya kat kl kat klang xde ke

    ReplyDelete
  6. Belum pernah lagi makan dimsum.. Ada rezeki akan datang naknjuga merasa 😉

    ReplyDelete
  7. Dap dap nyaaa! kita tak sempat nak pergi masa harituuu...sebab ada keja...haihhh dah la teringin nak makan Dim Sum banyak-banyak!

    ReplyDelete
  8. Sedap...wawa mmg suka makan dimsum..kdg2 g mana2 kedai ada dimsum halal, wawa order.. Tgok yg ni mcm sdp je.. Deco pon more mcm kdai cina.. Mmg syokla smbil melayan dimsum

    ReplyDelete
  9. teringin pulak nak try dim sum.. seumur hidup tak pernah rasa lagi.. haha. rasa macam tertarik nak try kat sini sebab tengok suasana dan design restoran yang ala2 chinese gitu.. cantik n klasik

    ReplyDelete
  10. Tak pernah makan. Tapi macam sedap je. Macam nak rasa je. Hehe

    ReplyDelete
  11. Memang favourite tau dim sum. Dah lama x makan dim sum

    ReplyDelete
  12. tak pernah makan dimsum, tengok orang makan terasa nak makan...nak cari kedai mana yang sedapla..

    ReplyDelete
  13. Tempat itu memang cantik and klasik with all the setting like in china. The dim sum memang sedap and price also berpatutan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia

Disarankan Boikot | Polis Evo 2 Bukan Biasa-Biasa

Tunaikan Zakat:Rebutlah Keberkatan Berzakat Dibulan Ramadan Bulan Penuh Barakah