Hairkunst Hijabis | Salun Kecantikan 100% Untuk Wanita
Kini terdapat banyak salun-salun kecantikan yang menyediakan ruang untuk golongan wanita Muslimah mendapatkan rawatan kecantikan serta memanjakan diri. Namun masih terdapat batasan serta rasa kurang selesa kepada golongan Muslimah kerana salun-salun sebegini masih membenarkan jantina lain juga mendapatkan perkhidmatan salun. Menyedari keperluan wanita terutama yang berhijab terhadap batasan aurat yang perlu dijaga di salun, Hairkunst Hijabis tampil menyediakan premis khas buat golongan ini dimana mengkhaskan salun kecantikan hanya kepada golongan wanita sahaja. Malah sekiranya wanita-wanita ini ditemani suami atau rakan lelaki, mereka sama sekali tidak dibenarkan berada di dalam salun. Baru-baru ini chantek berpeluang menghadiri hari pelancaran Hairkunst Hijabis iaitu salun untuk wanita Muslimah yang terletak di Melawati Mall, Taman Melawati, KL. Majlis pada petang itu dihadiri oleh kumpulan media, pereka fesyen, tetamu-tetamu kenamaan serta rakan-rakan artis. Bertemakan garden chic, m...