Hari Kanak-Kanak SeDunia Menyedarkan Masyarakat Akan Peranan dan Hak Masa Depan Kanak-Kanak Malaysia
Hari Kanak-Kanak Sedunia atau didalam Bahasa Inggeris sebagai International Children Days (ICD) merupakan suatu hari untuk melakukan aktiviti/kegiatan yang boleh memupuk sifat saling memahami di antara kanak-kanak. Aktiviti/kegiatan yang dilakukan adalah lebih tertumpu kepada mempertingkatkan ideal dan objektif untuk Piagam dan kebajikan terhadap kanak-kanak seluruh dunia. Sumber : Sinar Harian Titik permulaan ICD adalah dari sebuah Persidangan Dunia untuk Kesejahteraan Kanak-Kanak di Geneva, Switzerland pada tahun 1925. Dalam pada yang sama, konsul-jeneral Republik China di San Franscisco telah mengumpulkan anak yatim bangsa Cina bagi meraikan Perayaan Perahu Naga pada tahun 1925 iaitu pada 1 Jun 1925. Oleh yang demikian kebanyakan negara di dunia menyambut 1 Jun 1925 sebagai ICD. Sumber : Wikipedia Walaubagaimanapun, ICD diseluruh dunia adalah tidak sama tarikhnya. Diantara tarikh tersebut adalah kerana dipengaruhi oleh sesuatu peristiwa yang melibatkan kanak-kanak, sebagai satu sej...