Potongan Harga 25% Untuk Pengunjung Tempatan di Harriston Signature Chocolate
Harriston Signature Chocolate outlet adalah sebuah kedai yang sangat popular di kalangan pelancong asing yang datang ke negara ini. Melangkah masuk ke kedai ini, memamg penuh sesak dengan pelancong yang tidak berhenti-henti. Chantek jadi hairan dan pelik, 'apa yang mereka ini cari??" Harriston coklat dibuat berdasarkan kaedah pengeluaran yang dihormati, menggunakan 100% mentega koko tulen dan bahan-bahan yang dipilih dengan teliti dalam mematuhi ISO 9001, keperluan pensijilan HALAL, kawalan kualiti yang ketat dan piawaian kebersihan antarabangsa. Harriston adalah jenama homegrown Malaysia yang ditubuhkan oleh pengasasnya, S.C Teng pada tahun 2005, yang mencintai coklat sejak dia masih muda dan kini membayangkan sebuah emporium coklat terkenal di dunia di Malaysia. Harriston kini mempunyai 5 kedai utama di lokasi strategik di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Pahang yang melayani lebih daripada 4 juta pelanggan dari lebih 80 buah negara di seluruh dunia! Harriston telah men...