Potongan Harga 25% Untuk Pengunjung Tempatan di Harriston Signature Chocolate



Harriston Signature Chocolate outlet adalah sebuah kedai yang sangat popular di kalangan pelancong asing yang datang ke negara ini. Melangkah masuk ke kedai ini, memamg penuh sesak dengan pelancong yang tidak berhenti-henti. Chantek jadi hairan dan pelik, 'apa yang mereka ini cari??" 

Harriston coklat dibuat berdasarkan kaedah pengeluaran yang dihormati, menggunakan 100% mentega koko tulen dan bahan-bahan yang dipilih dengan teliti dalam mematuhi ISO 9001, keperluan pensijilan HALAL, kawalan kualiti yang ketat dan piawaian kebersihan antarabangsa. 


Harriston adalah jenama homegrown Malaysia yang ditubuhkan oleh pengasasnya, S.C Teng pada tahun 2005, yang mencintai coklat sejak dia masih muda dan kini membayangkan sebuah emporium coklat terkenal di dunia di Malaysia. Harriston kini mempunyai 5 kedai utama di lokasi strategik di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Pahang yang melayani lebih daripada 4 juta pelanggan dari lebih 80 buah negara di seluruh dunia! Harriston telah menghasilkan 300 jenis, dari coklat putih dan gelap kepada coklat Tiramisu klasik, buah coklat tropika eksotik dan coklat herba yang unik seperti Malaysia coklat durian dan coklat Tongkat Ali hingga coklat bebas gula untuk pencinta coklat yang menitik beratkan kesihatan. 


Coklat Harriston dibungkus dengan teliti dalam pembungkusan yang direka secara estetik dan bijak, beberapa di antaranya diilhamkan oleh budaya dan warisan Malaysia yang merupakan salah satu keistimewaan dan keunikan coklat keluaran Harriston.


Jadi coklatlah yang para pelancong asing ini cari di Harriston Signature Chocolate ini. Buat peminat coklat, Harriston ni adalah coklat buatan Malaysia dengan ertikata lain, coklat di Harriston dibuat dengan buah koko yang ditanam di Malaysia. Memang sedap coklatnya dan selain kita boleh beli coklat disini, kita juga boleh membuat pelbagai aktiviti seperti membuat dan merasai pengalaman membuat coklat dengan sendiri. Menarik bukan??!!
Sedikit perkongsian mengenai coklat, Dark Chocolate iaitu coklat gelap mempunyai lebih banyak koko, kurang gula supaya dianggap lebih sihat daripada susu dan coklat putih. Ianya mengandungi banyak antioksidan yang membantu sistem kardiovaskular dengan mengurangkan tekanan darah, ia juga boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Menarik bukan?


Di Harriston Signature Chocolate selain coklat yang divariasikan dengan  kelapa, tongkat ali dan durian, pengunjung juga mempunyai peluang untuk mencuba coklat kari dan coklat cili yang diadun dengan baik.  rasanya sangat unik dan sangat lazat. mereka memberikan arti membeli-belah pengalaman yang tidak hanya dibeli Selain mencuba coklat-coklat yang ada di sini, pengunjung juga berpeluang mempelajari bagaimana menghasilkan coklat dengan sendiri. Terdapat bengkel pembuatan yang dibuka untuk para pengunjung Harriston Signature Chocolate yang sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak berumur 3 tahun dan ketas. Jangan bimbang pengunjung akan dibimbing oleh kumpulan kakitangan yang ramah sepanjang bengkel dijalankan malah bayaran yang dikenakan juga sangat berpatutan. 


::Express DIY - RM8 / pax (15 minit) - sesuai untuk kumpulan. Kelas termasuk Lollipop dan Reka Bentuk Biskut Coklat.

::Premium DIY - RM35 / pax (60 minit)

::Premium Premium Offsite DIY - RM70 / pax (hingga event over) - sesuai untuk kumpulan besar.

Bengkel tersebut akan berjalan dengan 4 proses termasuk Molding Lollipops, Design and Orangutan Molding. 



Istimewanya Harriston Signature Chocolate memberi penghargaan dan penghormatan kepada setiap pengunjung tempatan dimana pengunjung boleh mendapatkan 25% diskaun/potongan harga kepada semua pengunjung tempatan. Jadi cepat-cepat datang ke Harriston Signature Chocolate untuk mendapatan coklat yang lazat dan berkualiti tinggi.

Untuk maklumat lanjut mengenai coklat Harriston, ikuti facebook mereka HarristonMY atau layari www.harriston.org atau juga boleh menghubungi Encik Shahrel di +6017697 8123.
Jom rasai keenakan coklat Harriston dengan citarasa Malaysia!

Signature:

10 & 12, Jalan 13/91, Taman Shamelin Perkasa, Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur
Tel: + 603-9281 5122/603 9282 5122
68, Jalan Kelawei, 10250 Georgetown, Pulau Pinang
Boutique:

Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC)
139, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
20-D, Jalan Bagan Jermal, 10250 Pulau Pinang
Harriston:

1 & 2, Jalan Jati 1, Bandar Gohtong Jaya, 69000 Genting Highland,
JAM OPERASI
0900 - 1800 setiap hari
0900 - 2000 setiap hari (Harriton Boutique, Jalan Ampang)

Comments

Popular posts from this blog

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia

Disarankan Boikot | Polis Evo 2 Bukan Biasa-Biasa

Tunaikan Zakat:Rebutlah Keberkatan Berzakat Dibulan Ramadan Bulan Penuh Barakah