3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia



Siapa yang lahir era 80an?? Dan membesar pada zaman era 90an?? Bermakna korang seangkatan dengan chantek la. Zaman kanak-kanak yang riang ria tanpa gajet dan samartphone dihujung jari. Permainan kanak-kanak zaman kami Panjang Galah, Teng Teng, Congkak, Baling Selipar dan macam-macam lagi la. Bergelumang dengan habuk, lecak, main hujan main panas semua best-best. Sekarang?? Tengoklah anak-anak kita, lebih prefer duduk dalam bilik, pasang aircond main game atau buat tiktok depan handphone. Itu lah yang dinamakan perubahan zaman. Tapi tak bermaknalah yang kanak-kanak zaman 90an ni asyik nak melenting kat padang bola jerk, yang kami ada masa tu hanyalah televison. Handphone memang takdalah, komputer pun belajar dan kenal dekat Sekolah Menengah. Masa tu yang ada cerita-cerita kartun jerk. Seronok dulu layan cerita kartun ni, kalau cerita kartun dari luar chantek suka tengok Cartoon Classic dengan Popeye. Siri animasi di Malaysia juga tak kurang hebatnya, bagi yang lahir dan membesar sezaman dengan chantek pasti tahu siri animasi yang mewujudkan fenomena pada era 90an. Chantek imbau kembali kenangan-kenangan tu. Nanti boleh la korang share dekat anak-anak korang plak.

USOP SONTORIAN



Siri animasi ini disiarkan pada tahun 1996 higga 1998 melalui stesen RTM. Siri animasi ini adalah adaptasi dari Majalah Ujang. Penyiaran siri animasi telah meluas keseluruh dunia dan telah mendapat pengiktirafan "Malaysian Book of Record" sebagai Siri Animasi Pertama Malaysia.


Usop Sontorian dihasilkan sebanyak 3 musim dan 49 episod. Ianya mengisahkan seorang budak lelaki yang bernama Usop. Jalan ceritanya adalah berlatar belakangkan Kampung Parit Sonto, Ayer Hitam, Johor. Usop mempunyai seorang kakak yang suka menyuruhnya ke kedai dan seorang abang yang suka berbasikal. 



Siri animasi ini juga dilengkapi dengan 5 watak kawan sekampung Usop iaitu Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh serta memiliki seekor ayam bernama Selebet.

ANAK-ANAK SIDEK


Diadaptasi dari komikautobigrafik jaguh badmintaon negara. Di ilhamkan dari kisah sebenar dan kehidupan Sidek bersaudara yang menghabiskan zaman kanak-kanak mereka sebelum menjadi Pemain Badminton Negara. Siri animasi ini berlatar belakangkan sebuah kampung di Kanchung Darat, Banting Selangor sekitar 1960an hingga 1970an.



Komik biografi tersebut adalah yang pertama diterbitkan iaitu selama 10 tahun bermula tahun 1995 hingga 2005 iaitu 3 tahun selepas memenangi Piala Thomas



Manakala Siri Animasi Anak-anak Sidek telah disiarkan sebanyak 3 musim dan 39 episod dari tahun 1999 hingga 2003.

KELUANG MAN

Keinginan Kamn Ismail yang menginginkan "Adiwira Kebangsaan" telah mengilhamkan satu lagi siri animasi negara iaitu Keluang Man.


Ianya merupakan siri animasi tempatan pertama yang menggabungkan animasi 2D dengan latar belakang 3DSiri animasi ini disiarkan melalu stesen RTM TV 1 pada tahun 1996 hingga 1998 dengan 30 episod.


Watak disebalik topeng itu adalah seorang lelaki yang pandai bersilat namun menjadi pesakit hospital sakit jiwa di Hospital Bahagia Tampoi. Keluang Man adalah berdasarkan watak Batman tetapi di dalam versi kemelayuan.  


ANIMASI DI MALAYSIA


Animasi di Malaysia sebenarnya telah bermula pada tahun 1946. Bermakna sebelum merdeka. Filem Animasi Pertama Malaysia adalah Hikayat Sang Kancil yang telah ditayangkan pada tahun 1983



Tapikan adakah generasi baru kini tahu sebelum Upin Ipin, Boboboy dan lain-lainnya, terdapat animasi-animasi yang terdahulu yang juga menarik dan pernah menjadi fenomena di Malaysia.

Penerbitan animasi di Malaysia sebenarnya bukan sekadar cerita kartun semata. Selain memberi hiburan, iainya juga adalah satu medium yang boleh memberi banyak pengajaran, membentuk perpaduan selain melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai murni. Chantek kongsikan juga, lagu-lagu tema bagi mengimbau kembali zaman kegemilangan animasi era 90an. Nanti tunjuk kat anak-anak korang ye.


Intro Siri Animasi Keluang Man



Episod Pertama Usop Sontorian


Intro Siri Animasi Anak-anak Sidek




Like & Follow

FB page chantek : Ayu Lifestyle Blogger

FB chantek : idayunim

IG chantek : idayunim

Youtube chantek : idayunim

Comments

  1. hahaha.. kita mmg layan semua tu tau masa kecik... kalau tak dapat baca mau nangis... kdg2 share dgn abg kakak beli komik tu... hehehhe..

    ReplyDelete
  2. Adoi mmg dulu sekolah balik jer rerus terkam tv tengok kartun2 ni sampai arwah abah amik rotan haha

    ReplyDelete
  3. Anak-anak Sidek tu memang minat sangat! Sanggup beli komik dia lagi...

    ReplyDelete
  4. Yeeesss... saya baru nak cakap pasal sang kancil... tapi fikir balik tu tahun 80 an... ada jugak masuk dalam entri ni... bagus, bagus... kipidap

    ReplyDelete
  5. Thanks for the information, I hardly get to know about animation here in Malaysia and now at least when people talk about it I will know how to relate.

    ReplyDelete
  6. Mostly kita tgk kecuali yg Sang Kancil tu macam x dapat nak recall memori pasal cite tu..huhu

    ReplyDelete
  7. Tiga2 cerita tu nad pun layan dulu..hahahhaa..tertinggu2 setiap episod..best je..sekrg cerita lawan2 ..ejen2..

    ReplyDelete
  8. 3 jenis kartun tu fav sangat la hai. Pernah masa zaman kerja tu dok layan kat utube kartun tu semua. Haha..
    Rindu punya pasal. Sekarang ni napa tak keluarkan balik eh.. Best la cite tu semua..

    ReplyDelete
  9. Megngimbau kenangan sangat. Saya budak 90-an memang membesar dengan rancangan semua ni. Lupa lagi satu, Kampung Lat. Itu pun legend juga.

    ReplyDelete
  10. Fuhh legend betul semua ni haha! I’m a 90’s kid but dulu masa kecik2 sempat jugak layan semua tu dulu. Lat Kg Boy pon best haha.

    ReplyDelete
  11. serius mmg legend semua kartun ni..ingt lagi zaman ni sampai ponteng kelas nak tgk cerita ni..mak marah hahaa...

    ReplyDelete
  12. Semua layan kot especially keluang man! Allahu rindunya zaman kanak kanak dedulu!

    ReplyDelete
  13. semua ni amni sempat tengok hahha.mengimbau kenangan betul.teringat zaman kanak2.syoknya wehh

    ReplyDelete
  14. I tau upin ipin je.. yang lain first time dengar.. great to share the revolusi of siri animasi... nice one..

    ReplyDelete
  15. Halah halah rindunya dekat Usop Sontorian , Anak Sidek dan Keluang Man , dulu siap hafal lagi lagu keluang man ahaks

    ReplyDelete
  16. Alamakkk..mengimbau kenangan sangat ni hahah akk paling suka usop sontorian heheh sebab mmg suka karya ujang

    ReplyDelete
  17. Patah tumbuh hilang berganti, maklumlah dalam tiap tiap generasi pasti akan ada ayng menyerlah. Ada juga yang akan rebah. Yang pasti dunia animasi negara kita dah maju

    ReplyDelete
  18. Rawlins peminat tegar Keluang Man - masih tertunggu-tunggu depa nak buat movie Keluang Man nie. Hehe

    ReplyDelete
  19. Usop tu nostalgia betulla. Rindu zaman kartun kanak2 zaman dulu. Ni kalau dapt tunjuk dekat anak mesti diaorang excited

    ReplyDelete
  20. Sis era 70an..hehehe tapi sempat jugak le gan upin ipin n anak2 sidek. Mengimbau sungguh..hahaha

    ReplyDelete
  21. Kecik2 dlu anak2 sidek tu antara yg fav sgt..best kot...
    Lepas tu usop sontorian..kelakar ayam dia tu.mhahahh

    ReplyDelete
  22. Semua kartun ni wajib layan dulu. Watak animasi dulu x sama macam sekarang. dulu apa kartun yang ada kat TV. Tengok je. Sekarang banyak sangat dah kan. Apa pun dulu tetap legend.

    ReplyDelete
  23. Honestly, your local cartoons are more educational and cool than here in Manila. Here, its like my Mom wants to turn off the TV. Lol.

    ReplyDelete
  24. heee.. semua diatas TB suka tengok dulu.. tapi paling tak lepas tengok yang Kluang man tu .. hihihi sebab lawak. usop santorian pun bestt

    ReplyDelete
  25. semua animasi ni memang lagen. saya mmg hafal skrip sang kancil dengan monyet ttg makan cili. haha. suka juga dgn anak2 sidek. semua animasi yang penuh pengajaran dan nilai yang tinggi. bangga dgn animasi yang malaysia hasilkan.

    ReplyDelete
  26. keluang man, usop sontorian, anak rashid tu memang lejen..teringat zaman kanak-kanak dulu..rindu la plak!

    ReplyDelete
  27. How come I have not heard of the older animations, even though I was born before then? I do know of Upin and Ipoh and Boboiboy, though and enjoyed watching them on YouTube. Hehe.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sugardoll - Pakar Penjagaan Rambut Masa Kini

Sajian Nostalgia Lama Konsep Buffet Ramadhan di Hotel Tenera