Posts

Showing posts from November, 2017

Gelak pecah perut dengan "Ah Boys To Men 4"

Image
Ah Boys To Men 4 "Kena Called Balik" Gamat panggung wayang dibuatnya bila menonton filem francais dari Singapura Ah Boys To Men 4. Tidak berhenti ketawa dari awal cerita hingga habis. Tapi ada juga adegan yang menyentuh hati dan sedikit romantis.  Istimewanya filem ini adalah kisah ketenteraan tapi tidak menjurus kepada kekuatan dan kehandalan platun ketenteraan tetapi sebuah filem ringan yang  mudah difahami dan dijiwai. Ianya mengisahkan kepulangan lelaki-lelaki yang datang dari latarbelakang keluarga dan kerja yang berbeza. Mereka dipanggil untuk memjalani latihan dalam kem di bawah Armored Formation of the Singapore Armed Forces. Menurut pengarah filem ini Jack Neo, di Singapura semua lelaki semestinya memgalami Serves Nasional iaitu latihan ketenteraan yang diterapkan kepada seluruh warga Singapura. Dari situla tercetusnya idea untuk menghasilkan filem ini. Tiada kekerasan atau kekejaman tetapi semangat setiakawan dan kerjasama antara pelatih ditunjukkan di dalam filem i

Kemeriahan sambutan Krismas di Quill City Mall

Image
  Krismas di Quill City Mall KL pada tahun ini adalah sangat istimewa kerana Atrium Utamanya telah diubah menjadi sebuah Desa Sepanyol Andalusia dengan tema Krismas Floral yang diilhamkan dari tempat kejadian dalam sebuah filem bertajuk Ferdinand, yang memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dari adegan filem itu sendiri. Malahan pengunjung dapat merasai seperti di dalam filem dengan adanya Ferdinand 3D di ladang Sunflower dan pohon Natal Krismas yang tinggi 40 kaki tinggi dengan unsur-unsur yang diilhamkan oleh Ferdinand sebagai hiasan. Pastinya pengunjung akan sangat gembira merakamkan foto bersama keluarga disini. Chantek dan anak bergambar bersama  pohon krismas dan patung Ferdinand Menurut kata Dato 'Ar. Michael Ong, Pengarah Eksekutif Kumpulan Quill Group of Companies, "Pusat membeli-belah ini telah memutuskan untuk memperluaskan kegembiraan sepanjang musim Krismas dan musim cuti dengan memberi pengalaman Krismas yang tidak dapat ditandingi kepada keluarga dan a

Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF PPZ & COUDRE

Image
Baru - baru ni chantek dan rakan-rakan berpeluang menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF bertempat di Pusat Pungutan Zakat -MAWIP Dataran Shamelin, Cheras. Majlis yang ringkas tetapi meriah ini menobatkan 13 orang pemenang termasuk 9 saguhati dengan tajaan hadiah dari butik muslimah Coudre Kuala Lumpur. Pertandingan yang bermula pada 15 Ogos 2017 hingga 30 September 2017 ini telah menerima 52 penyertaan. Setiap pernyertaan mestilah dihasilkan menggunakan rakaman video melalui telefon pintar. Penyuntingan pula boleh menggunakan sebarang perisian dengan durasi video selama 3 minit. Manakala montaj video hendaklah memaparkan logo PPZ-MAIWP & Coudre Kuala Lumpur. Uniknya pertandingan ini kerana menggunakan laman sosial semasa penjurian dilakukan kepada kategori Anugerah Video Pilihan  Ramai. Pemenang adalah berdasarkan LIKE & SHARE terbanyak pada video terpilih yang dimuatnaik oleh PPZ-MAWIP di FB Pusat Pungutan Zakat. Kategori pertandingan ada

Vage Roll Hidangan Ringkas Sarapan Pagi

Image
Adakalanya pening kepala juga nak memikirkan apa yang nak dimasak untuk sarapan chantek sekeluarga. Kalau hari bekerja x jadi masalah sebab masing-masing sarapan di office. Anak2 pula sarapan di sekolah atau cuma bekalkan diorang roti jerk.  So untuk pagi ni chantek nak masak yang ringkas, sedap dan mudah untuk nak sediakan paling penting semua bahan2 Ada, x rajin la chantek nak ke kedai pagi2 buta no. Ok dah selongkar2 bahan dalam peti, so chantek nak wat vage roll ataupun roti gulung inti sayur..panjang plak nama melayunya. *Bahan2 untuk menyediakan vage roll:* 1/3 bawang besar 1 biji bawang putih dihiris 5 ekor udang, ambil isi sahaja dan dipotong kecil 2 genggam kobis yang dihiris halus 10 keping roti dipotong 2 kemudian di gelek menjadi nipis  Dan 2 biji telur..lupa ambil gambar hehehe *Cara2 membuat inti:* 1. Panaskan 2 sudu besar minyak masak. 2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan. 3. Masukkan udang, masak sehingga using bertukar warna merah. 4. Masukkan