Posts

Showing posts with the label Petua

Pemakanan Semasa Berpantang Apa Yang Boleh dan Tak Boleh

Image
Samada bersalin secara normal atau pembedahan, ibu yang selepas melahirkan anak tetap perlu berpantang. Kata orang tua-tua, semasa berpantang ini lah nak rehatkan badan yang dah lama kepenatan menggendong zuriat selama 9 bulan dalam kandungan. Malah ada juga yang mengatakan kesihatan masa hadapan ibu bersalin adalah bergantung kepada cara si ibu berpantang semasa kelahiran. Dari situ, kita boleh faham yang berpantang bersalin itu adalah sangat penting. Berpantang juga ada cara dan gaya tersendiri mengikut asal usul kekeluargaan. Sering kita dengar, si Aminah cara berpantangnya begini manakal si Joyah cara berpantangnya begitu. Bagaimana ianya boleh berbeza? Perbezaan ini disebabkan amalan dari nenek moyang atau ibu kepada seseorang itu. Ada juga yang mengatakan perbezaan negeri kelahiran juga membezakan cara berpantang seseorang itu. Sebenarnya ada juga kebenarannya. Macam pengalaman chantek sendiri, chantek dilahirkan dan dibesarkan di Johor. Jadi semasa berpantang bersalin juga di Jo...

Hebatnya Daun Kesum

Image
Penggunaan daun kesum atau ada yang memanggil tumbuhan ini sebagai pucuk kesum ini adalah sangat sinonim dalam dunia masakan. Pentingnya daun kesum ni sehinggakan adakalanya terpaksa batalkan niat nak masak asam pedas ikan atau laksa kalau daun kesum tak ada.  Selain rasanya yang sedap, haruman daun kesum yang wangi menjadikannya bahan masakan yang sangat penting dalam menu masakan. Contohnya, laksa dan asam pedas. Malah daun kesum juga mampu menghilangkan bau hanyir ikan di dalam masakan. Agak-agak ada tak yang x kenal daum kesum ni macamna??  🌱Tips berguna🌱 Sambal kicap ikan bakar sangat sedap jika dicampur dengan daun kesum.  Hiriskan bawang besar,  cili padi dan kesum.  Campurkan dengan kicap dan perahan limau.. Memang terangkat bila makan.  Hasil carian di Google: Daun Kesum Korang tau tak, selain sebagai bahan masakan, daun kesum juga digunakan sebagai petua mengekalkan kesihatan ataupun penyembuhan penyakit. Daun kesum sebenarnya mengadungi k...