Hebatnya Daun Kesum


Penggunaan daun kesum atau ada yang memanggil tumbuhan ini sebagai pucuk kesum ini adalah sangat sinonim dalam dunia masakan. Pentingnya daun kesum ni sehinggakan adakalanya terpaksa batalkan niat nak masak asam pedas ikan atau laksa kalau daun kesum tak ada.  Selain rasanya yang sedap, haruman daun kesum yang wangi menjadikannya bahan masakan yang sangat penting dalam menu masakan. Contohnya, laksa dan asam pedas. Malah daun kesum juga mampu menghilangkan bau hanyir ikan di dalam masakan. Agak-agak ada tak yang x kenal daum kesum ni macamna?? 

🌱Tips berguna🌱 Sambal kicap ikan bakar sangat sedap jika dicampur dengan daun kesum.  Hiriskan bawang besar,  cili padi dan kesum.  Campurkan dengan kicap dan perahan limau.. Memang terangkat bila makan. 

Hasil carian di Google: Daun Kesum
Korang tau tak, selain sebagai bahan masakan, daun kesum juga digunakan sebagai petua mengekalkan kesihatan ataupun penyembuhan penyakit. Daun kesum sebenarnya mengadungi khasiat yang tinggi ianya kaya dengan beta kerotena, vitamin A & C serta kandungan mineral seperti kalium, kalsium dan fosforus. Setiap helain daun kesum itu mengandungi: air 73.2 g, protein 2.8 g, lemak 0.7 g, karbohidrat 18.4 g, serat 2.8 g, kalsium 232 mg, fosforus 19 mg, ferum 3.2 mg, natrium 19 mg, kalium 308 mg, karotena 7433 mg, vitamin A 1239 mg, vitamin B10.15 mg, vitamin B2 0.2 mg, niasin 2.8 mg, vitamin C 125 mg.

Kehebatan daun kesum
1. Merawat panau - bersihkan segenggam daun kesum kemudian campurkan sedikit minyak tanah. Gosok pada panau setiap hari selepas mandi. Lakukan setiap hari sehingga sembuh. 

Hasil carian di Google: Kelemumur
2. Mengatasi masalah kelemumur - kisar atau perah daun kesum bersama sedikit air untuk mendapatkan jus. Kemudian sapu pada kepala selama 5 minit. Bilas dengan air bersih. 

3. Wanita lepas bersalin - rebus daun kesum dengan sedikit air, minum air rebusan ketika suam. Cara ini juga boleh diamalkan bagi mengatasi masalah keputihan. 

4. Daun kesum juga sangat elok dijadikan ulaman bagi mengekalkan kesihatan badan.

Tahukah anda!! 😱😱
Nama daun kesum di Vietnam adalah rau ram manakal di Thailand 🙏pula dipanggil phak phai @ phrik maa

Like & Follow
FB page chantek : Ayu Lifestyle Blogger
FB chantek : idayunim
IG chantek : idayunim
Youtibe chantek : idayunim

Comments

  1. Byk kegunaan kesum eh. Tp suka bl msuk dlm laksa.. mmg cri kesum je

    ReplyDelete
  2. Suka bau daun kesum..kdg2 msk lemak pun daun kesum hihi..lau buh dlm laksa suka letak byk2

    ReplyDelete
  3. Masak kari ikan sembilang pun wajib letak daun kesum..memang terangkat...😋😋😋

    ReplyDelete
  4. Tak tau pula daun kesum boleh rawat panau , Kalau ada panau tak payah beli ubat dah

    ReplyDelete
  5. Suka baunya. Haritu beli nak bubuh masak laksa nanti. Cuma tunggu nak beli ikannya je.
    Kdng2 kunyah sekali daunnya. Hehe

    ReplyDelete
  6. Suka daun kesum. Kalau ade dlm kuah msti mkn daunye tu.hehehe..bru taw byk khasiat dia rupanya

    ReplyDelete
  7. Wah byk kelebihan daun kesum rupanya..sblm ni tau utk masakan je.. Hehee..

    ReplyDelete
  8. Wah! baru jer tau banyak khasiat and kebaikan daun kesum, baisa nampak dalam asam pedas and asam laksa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sugardoll - Pakar Penjagaan Rambut Masa Kini

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia

Sajian Nostalgia Lama Konsep Buffet Ramadhan di Hotel Tenera