7 Sejarah 'Yang Pertama Di Malaysia'
Baru-baru ini negara kita Malaysia telah menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 61 dengan tema Sayangi Malaysiaku . Sambutan hari bersejarah itu telah disambut pada 31 Ogos setiap tahun bersamaan tarikh Kemerdekaan Malaysia pada tanggal 31 Ogos 1957. Sepanjang tempoh tersebut rakyat Malaysia boleh melihat perubahan demi perubahan, kemajuan demi kemajuan telah dicapai oleh Malaysia yang kini telah membawa nama Malaysia terkenal di mata dunia.
Kini kita dapat lihat bangunan mencakar langit, infrastruktur yang moden tapi pernah tak korang terfikir bangunan yang tertinggi itu bangunan yang keberapa di Malaysia? Bangunan tercanggih dengan infrastruktur yang moden itu adalah yang keberapa di Malaysia? Pepatahh berkata Tiada yang lama maka tiada yang baru. Pentingnya untuk kita mengenal sejarah adalah supaya kita tau bagaimana bermulanya kewujudan Malaysia. Jadi kali ini chantek nak kongsikan beberapa info yang chantek temui daripada bacaan-bacaan chantek tentang Sejarah Malaysia.
PASUKAN BOMBA PERTAMA
Pasukan Bomba (sukarela) pertama di Malaya ditubuhkan pada tahun 1883. Persatuan tersebut dianggotai seramai 15 orang yang diketuai oleh H.T Bentley. Pasukan ini juga dilengkapi dengan pam angkut kuasa wap yang ditarik oleh kuda
HOSPITAL PERTAMA
Hospital yang dibina di Taiping, Perak sebagai Hospital Yong Wah merupakan hospital pertama ditubuhkan di Malaysia pada tahun1880. Ianya berlokasi di Jalan Taming Sari. Kewujudan hospital ini adalah untuk merawat kuli Cina dan pelombong tin yang diserang sakit seperti cirit-birit, taun, malaria, beri-beri, disentri dan penyakit paru-paru.Kini hospital ini dikenali sebagai Hospital Taiping.
PENJARA PERTAMA
Ditubuhkan pada tahun 1879, Penjara Pertama merupakan kompleks penjara pertama Malaysia. Penjara Taiping terbina diatas tanah yang berkeluasan 5.159 hektar dengan menggunakan tenaga buruh paksaan iaitu tawanan perang dan banduan dari India dan Afrika.Ianya adalah satu institusi kemanusian yang menghukum, menahan dan memasung pesalah tingkahlaku.
LANDASAN KERETAPI PERTAMA
Tapak Sekolah Rendah King Edward VII merupakan bekas tapak stesen keretapi pertama Malaysia. Ianya dibina pada tahun 1882 dan dibuka secara rasminya pada tahun 1885 oleh Residen British Perak pertama iaitu Sir Hugh Low. Manakala landasan keretapi adalah dari stesen Port Weld atau kini dipanggil Kuala Sepetang ke Taiping sepanjang 13.6km. Namun sekitar tahun 1890 hingga 1990, stesen ini dipindah dari tempat asalnya ke aliran utama.
Tapak Sekolah Rendah King Edward VII merupakan bekas tapak stesen keretapi pertama Malaysia. Ianya dibina pada tahun 1882 dan dibuka secara rasminya pada tahun 1885 oleh Residen British Perak pertama iaitu Sir Hugh Low. Manakala landasan keretapi adalah dari stesen Port Weld atau kini dipanggil Kuala Sepetang ke Taiping sepanjang 13.6km. Namun sekitar tahun 1890 hingga 1990, stesen ini dipindah dari tempat asalnya ke aliran utama.
Namun begitu, ada pihak yang mengatakan bahawa Landasan pertama telah dibina pada tahun 1869 di Johor. Landasan sepanjang 32km itu menghubungkan Johor Bahru dan Gunung Pulai. Landasan tersebut diperbuat daripada kayu dan dibina oleh buruh Melayu dan Jawa.
.
.
MASJID PERTAMA
Dahulunya ramai yang beranggapan bahawa Masjid Kampung Hulu adalah tertua. Sangkaan itu sama sekali tidak benar malah merupakan masjid ke 3 tertua dimana ianya telah dibina pada tahun 1728 di Melaka. Ianya mungkin dek kerana jolokan nama Melaka yang diberi gelaran 'Serambi Makkah'. Ia berikutan dahulunya Melaka menjadi tumpuan tokoh agama dan ulama bertemu serta menyebarkan syiar Islam.
Masjid tertua @ masjid pertama adalah Masjid Kampung Laut yang terletak di Kelantan. Ianya dibina pada abad ke 18 Masihi dan merupakan masjid tertua di Asia Tenggara. Uniknya masjid ini dibina tanpa menggunaka paku.
LAPANGAN TERBANG PERTAMA
Lapangan terbang pertama adalah Lapangan Terbang Sungai Besi yang mula dibina pada tahun 1930. Ianya diperbesarkan pada tahun 1948 pada keluasan 6, 200 kaki panjang. Iainya sesuai digunakan pada semua cuaca. Lapangn terbmg ini juga di ishtiharkan sebagai lapangan antarabngsa pada 1 Ogos 1956. Lapangan terbang ini menerima pendaratan pertama oleh pesawat British, B.O.A.C pada tahun 30an.
PUSAT BELI BELAH PERTAMA
Dibina seiring pembinaan People's Park Complex di Singapore pada tahun 1973, Ampang Park merupakan pusat beli belah pertama di Malaysia. Ianya terletak di Jalan Ampang berdekatan dengan LRT Ampang dan KLCC. Walaubagaimanapun, bangunan Ampang Park telah dirobohkan bagi pembinaan projek MRT.
Banyak sebenarnya kalau nak dicerita tentang 'Yang Pertama Di Malaysia' ni. Mungkin di lain kali chantek akan kongsikan yang melibatkan individu macam doktor pertama Malaysia or profesor pertama Malaysia..Insyaallah. Semoga bertemu di lain entry.
FB page chantek : Ayu Lifestyle Blogger
FB chantek : idayunim
IG chantek : idayunim
Like & Follow
FB page chantek : Ayu Lifestyle Blogger
FB chantek : idayunim
IG chantek : idayunim
Youtube chantek : idayunim
Tq for sharing. Terbaik ni. Aida save utk anak-anak. Sejarah.
ReplyDeleteIlmu ni penting utk kita walaupun da x blaja lagi. Mengkayakan minda.
Tak pernah terfikir pulak pasal sejarah benda benda pertama yang disenaraikan dekat sini. Biasanya mesti kita akan fikir pasal perdana menteri lah, bangunan lah. Bagus betul bila ada buat macam ni. Bertambah ilmu pasla negara
ReplyDeleteserius sebelum ni tak pernah tahu pun pasal sejarah tempat2 macam ni, patutlah ada org marah pasal ampang park tu jangan robohkan rupanya ada sejarah die...ok faham dah hehe
ReplyDeleteBanyak tempat bersejarah rupanya tak penah taw dan explore pun. Terima kasih share idayu. Ampang park rupanya pusat membeli belah pertama. Tapi sekarang dh tak de.
ReplyDeleteyeah we can visit many places of Malaysia, it's good to let our children to know of this history too.
ReplyDeletethanks for sharing this, feel sad that ampang park mall no longer available.
Nice sharing.. LZ suka baca kisah sejarah begini..
ReplyDeleteBukan senang kita tahu sejarah penubuhan Malaysia secara bergambar. Sangat menusuk kalbu bila kita menghayati penubuhan Malaysia ini..
Nice sharing idayu..wawa pon kdg2 tak berapa ingt pasal sejarah ni sbb susah nk igt tarikh2 ni..hehhe.. Mne yg ingt ingatlah... Tp byk sbnrnya sejarah penting dlm malaysia ni kan..
ReplyDeleteGreat sharing dear. I memang dah lama melupakan sejarah. hehehe...Baca post you dah macam ulangkaji pulak. Thumbs up to you.
ReplyDeleteBanyak tak tau kewujudan pertama ni..baca sini baru tau..Nampaknya kena buka buku tentang Malaysia ni kan..mesti best baca-baca tentang sejarah macam ni..
ReplyDeletebagus entri ni mengingatkan kita semua tentang sejarah tertubuhnya Malaysia, sebelum merdeka macam-macam perkara berlaku... masa tu kite pun tak lahir lagikan!
ReplyDeleteSeronok baca. Kagum dengan sejarah zaman duki terutama yangnoertama. Epik dan ber nostalgia hehe
ReplyDeleteSeronok baca fakta2 sejarah nie. Rajin Miss Chanteq kaji yer. Sayanglah Ampang Park tu dirobohkan tp kalau xdirobohkan, tmpt tu mmg dh nazak sgt kot. Xcantik n kurg pengunjung
ReplyDeleteThanks for sharing. Penting juga kita tahu sejarah Malaysia ni, tiada yang lama tiada yang baru kan..
ReplyDeleteDari sejarah kita boleh tahu banyak sungguh pengajaran kerana manusia akan mengulang kembali kesilapan lepas. Dari orang dahulu kita belajar
ReplyDeleteAM suka hayati keunikan dan tahu ttg sejarah terdahulu.. kerna tanpa permulaan tempat dan pembinaan tempat sejarah seperti ini, tiada perkembangan teknologi hingga ke hari ini.. harap sejarah membentuk nilai perkembangan teknologi yg lebih baik d masa akan dtg
ReplyDeleteseronok betul saya baca artikel ni. banyak benda yang saya tak tahu tentang hal sejarah pertama ni. terima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteTerima kasih atas pengkongsian sejarah Malaysia ni! Bagus entri ni. #akuMalaysiaku #SayangiMalaysiaku
ReplyDeleteSubjek sejarah antara yg zaza suka sekali.. Mmg seronok baca ttg2 sejarah.. Bila ayunim share, rasa terimbas kisah2 malaysia terdahulu
ReplyDeleteYang pertama harus dikenang dan diingat selalu especially hal-hal sejarah negara ni...
ReplyDeleteBila ingat sejarah kita akan cakap susahkan nak dapat kemerdekaan tapi bagi yang Tak hayati buat tak tau pasal kemerdekaan
ReplyDeleteHehe baru 21 tahun hidup ni, banyak juga info dalam ni yang sedia maklum dan ada juga yang tak tahu. Mcm masjid pertama tu tak tahu, hospital pertama tu pun tak tahu. But some other facts tu tahu la heheheh
ReplyDeletewahh memang menarik betul baca info2 ni, bila dah been compiled macam ni senang dan best dirujuk, siap gambar pulak tu nicee hehe.
ReplyDeleteWe should feel blessed for what our country had achieved for the past 6 decades. Thanks for sharing and help me recap my memory of my country history
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi fakta-fakta yang begitu menarik tentang malaysia kan. Ouh...tidak pulak saya tahu bahawa hospital pertama Malaysia adalah hospital cina. Ingatkan hospital orang british. :)
ReplyDeleteYang pertama di Malaysia. wah banyaknya kan benda pertama di Malaysia yang Ika tak tahu. Tak sangka pula Masjid Kampung Hulu adalah yang pertama dan terletak di Melaka.
ReplyDeleteThanks for sharing the list. I knew about the 1st in Taiping but not about the rest. Now I do!
ReplyDeleteThanks for sharing and Happy celebrating Malaysia day :D
ReplyDeleteMore success to your country!
Yay! Proud to be a Malaysian!
ReplyDeleteHappy belated Malaysia Day!
proud to be malaysian as well. :) Sayangi Malaysiaku, what a great theme
ReplyDeleteWe do have interesting history and hope the good history could remain forever and never be destroyed...
ReplyDeleteThanks for the sharing! I pretty much forget about all the history I've learn in school. Hope that this building can maintain nicely till then.
ReplyDelete