Pemakanan Semasa Berpantang Apa Yang Boleh dan Tak Boleh
Samada bersalin secara normal atau pembedahan, ibu yang selepas melahirkan anak tetap perlu berpantang. Kata orang tua-tua, semasa berpantang ini lah nak rehatkan badan yang dah lama kepenatan menggendong zuriat selama 9 bulan dalam kandungan. Malah ada juga yang mengatakan kesihatan masa hadapan ibu bersalin adalah bergantung kepada cara si ibu berpantang semasa kelahiran. Dari situ, kita boleh faham yang berpantang bersalin itu adalah sangat penting. Berpantang juga ada cara dan gaya tersendiri mengikut asal usul kekeluargaan. Sering kita dengar, si Aminah cara berpantangnya begini manakal si Joyah cara berpantangnya begitu. Bagaimana ianya boleh berbeza? Perbezaan ini disebabkan amalan dari nenek moyang atau ibu kepada seseorang itu. Ada juga yang mengatakan perbezaan negeri kelahiran juga membezakan cara berpantang seseorang itu. Sebenarnya ada juga kebenarannya. Macam pengalaman chantek sendiri, chantek dilahirkan dan dibesarkan di Johor. Jadi semasa berpantang bersalin juga di Jo...