Gelak pecah perut dengan "Ah Boys To Men 4"

Ah Boys To Men 4 "Kena Called Balik"
Gamat panggung wayang dibuatnya bila menonton filem francais dari Singapura Ah Boys To Men 4. Tidak berhenti ketawa dari awal cerita hingga habis. Tapi ada juga adegan yang menyentuh hati dan sedikit romantis. 

Istimewanya filem ini adalah kisah ketenteraan tapi tidak menjurus kepada kekuatan dan kehandalan platun ketenteraan tetapi sebuah filem ringan yang  mudah difahami dan dijiwai. Ianya mengisahkan kepulangan lelaki-lelaki yang datang dari latarbelakang keluarga dan kerja yang berbeza. Mereka dipanggil untuk memjalani latihan dalam kem di bawah Armored Formation of the Singapore Armed Forces. Menurut pengarah filem ini Jack Neo, di Singapura semua lelaki semestinya memgalami Serves Nasional iaitu latihan ketenteraan yang diterapkan kepada seluruh warga Singapura. Dari situla tercetusnya idea untuk menghasilkan filem ini.

Tiada kekerasan atau kekejaman tetapi semangat setiakawan dan kerjasama antara pelatih ditunjukkan di dalam filem ini dan sentiasa disulami dengan adegan2 lucu yang x kering gusi dibuatnya. Sejujurnya chantek sendiri telah menonton filem ini 2 Kali..dan 2 kali itulah chantek gelak x berhenti.

Biarpun begitu perbelanjaan dalam pembikinan filem ini juga besar iaitu menelan belanja SG700,00. Mereka juga mengalami cabaran yang besar sepanjang proses pembikinan. Peraturan2 oleh pihak tentera yang amat ketat banyak mempengaruhi pembikinan filem ini. Masalah keadaan cuaca juga mempengaruhi  proses kerja kerana latihan tidak boleh dilakukan jika cuaca terlalu panas atau terlalu lembap dan ianya menghadkan masa perfileman.


Setelah 2 tahun berlalunya Ah Boys To Men 3, pengarah Neo mengumpulkan kembali barisan pelakon terdahulu untuk menghasilkan yang ke 4 sempena ulang tahun Servis Nasional Singapura yang ke-50.


Barisan pelakon Ah Boy To Men 4
Filem ini banyak menceritakan kehidupan sebenar pelatih tentera di dalam kem. Bagaimana habit mereka di dalam beret, cara bekerja di dalam kem, cara pelatih di denda kerana kesalahan disiplin, cara mereka bergaul dan berkerja.

Hero & heroin Lt Zhang Xin Yi dan Sjn Alex
Setelah 2 kali menonton filem ini cahnatek yakin, penonton mesti akan suka dengan adegan semasa mereka menjalani latihan dengan kereta perisai, adegan watak utama Sarjan Alex dirumah semasa diperkenalkan calon isteri oleh neneknya dan adegan Sjn Alex dan neneknya dihospital.

Keseluruhannya cerita ini memang sangat sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat ..dari kanak2 hingga dewasa.


Menonton kali pertama

Menonton kali ke 2 bersama anak2
Jom bawa anak2 meluangkan masa bersama2 dan melakukan aktiviti di luar rumah..Bawa family untuk menonton filem ini mesti mereka suka dan gelak sampai habis tayangan.


Chantek bersama barisan pelakon
Release Date : 23 Nov 17
Running Time : 125 Min
Genre : Comedy
Distributed by :
 J Team Production, MM2 Entertainment, Clover Films, Golden Village Pictures
With subtitle Malay, English & Chinese

Comments

  1. Yeah...cerita yang sangat best untuk ditonton. Penuh adegan lucu tetapi masih mempunyai unsur nasihat dan nilai murni yang baik buat semua.

    ReplyDelete
  2. Rugi x pergi tengok..boleh senyum sendiri jadinya

    ReplyDelete
  3. Best kan cerita nie.... hari tue masa tengok sampai tersembur pop corn dari dalam mulut hahahhaa

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia

Disarankan Boikot | Polis Evo 2 Bukan Biasa-Biasa

Tunaikan Zakat:Rebutlah Keberkatan Berzakat Dibulan Ramadan Bulan Penuh Barakah