Hairkunst Hijabis | Salun Kecantikan 100% Untuk Wanita
Kini terdapat banyak salun-salun kecantikan yang menyediakan ruang untuk golongan wanita Muslimah mendapatkan rawatan kecantikan serta memanjakan diri. Namun masih terdapat batasan serta rasa kurang selesa kepada golongan Muslimah kerana salun-salun sebegini masih membenarkan jantina lain juga mendapatkan perkhidmatan salun.
Menyedari keperluan wanita terutama yang berhijab terhadap batasan aurat yang perlu dijaga di salun, Hairkunst Hijabis tampil menyediakan premis khas buat golongan ini dimana mengkhaskan salun kecantikan hanya kepada golongan wanita sahaja. Malah sekiranya wanita-wanita ini ditemani suami atau rakan lelaki, mereka sama sekali tidak dibenarkan berada di dalam salun.
Baru-baru ini chantek berpeluang menghadiri hari pelancaran Hairkunst Hijabis iaitu salun untuk wanita Muslimah yang terletak di Melawati Mall, Taman Melawati, KL. Majlis pada petang itu dihadiri oleh kumpulan media, pereka fesyen, tetamu-tetamu kenamaan serta rakan-rakan artis. Bertemakan garden chic, majlis petang itu diserikan lagi dengan lontaran suara lunak merdu Liza Hanim. Seriously chantek tergamam dengar Liza Hanim menyanyi, minat dari zaman sekolah tapi baru pertama kali tengok Liza Hanim nyanyi depan mata huh sedap gila suara dia beb.
Pada petang itu juga pemilik dan pengarah urusan Hairkunst Hijabis, Datin Yuskiahniza Md Yusof memperkenalkan kad ahli Hairkunst Hijabis.
Para tetamu yang hadir juga diperkenalkan dengan produk rangkaian Loreal dimana ianya digunakan sepenuhnya di salun Muslimah ini. Selain itu ada juga pertunjukan fesyen dan paling best berpeluang untuk melihat sendiri ruang dalam salun. Cantik dan kemas yang paling penting semua ruang bilik adalah bertutup dan confirm tak dapat dilihat dari luar salun.
Salun di Melawati Mall, Taman Melawati, Kuala Lumpur itu menyediakan empat jenis rawatan rambut antaranya rawatan kulit kepala dan detoks, rawatan ‘powermix’ dengan menggunakan teknologi semburan nano, rawatan mandian krim Bali untuk rambut dan kulit kepala serta rawatan keratin.
Istimewanya, salun kecantikan yang mula beroperasi Mac lalu turut menawarkan khidmat bekam angin selain pembersihan dan penataan kuku ekspres serta khidmat melentikkan bulu mata. Selain rawatan rambut rosak, pengunjung juga boleh mendapatkan khidmat menggunting, mencuci dan mengeringkan rambut dari penggaya rambut profesional serta solekan.
Lets Check In Girls
Unit L2-20 Level 2, Melawati Mall
Jalan Bandar Melawati
Kuala Lumpur
Unik betul nama salun ni, hehe. By the way lokasi dia kat melawati mall rupanya. Emi dah lama tak ke sana. Sejak2 dah berpindah rumah ni, memang jarang ke belah2 sana. InshaAllah kalau ada urusan kat sana, nak singgah la.
ReplyDeleteNi mmg no man allowed la kan...bagus jugak...harapnya takde la mcm kat Ampang ni, muslimah punya tapi yg potong rambut kita tu bapok...buduh jugak kan
ReplyDeleteoh ada perkhidmatan bekam. bagus juga ni.
ReplyDeleteBagus betul kalau macam ni. Mmg slalu nk masuk salon susah bila bercampur lelaki perempuan. Hopefully ada cawangan seluruh Malaysia juga nanti.
ReplyDeleteBestnya, dapat pergi salon. Nak Cari salon yang sesuai susah kan
ReplyDeleteBestnya bila ada salon muslimah ni, terjamin sikit lagi-lagi bila nak servis bekam. Boleh la ajak adik pergi sini nanti.
ReplyDeletebestnya dapat tengok liza hanim buat persembahan hehehe
Oh wow! i am keen to try their bekam angin coz my badan macam lengguh & sakit sakit
ReplyDeleteMenariknya ada tempat macam ni. Terjaga la aurat kita. Idak kalau tempat biasa orang boleh la nampak aurat kita. Best la kalau dekat ngan salon ni. Akak jauh nau....
ReplyDeleteWah bagus juga ada idea nak memperkenalkan salon untuk muslimah. Memudahkan untuk wanita bertudung disamping aurat terjaga. Pakai tudung pun perlu penjagaan rambut yang baik untuk elakkan rambut berbau dan rosak kan ...
ReplyDeleteWahh. Best nya salun mcm ni. Seronok la kalau dapat spend masa memanjakan diri kat sini. Hehehe
ReplyDeleteAla salon untuk laki tak boleh ker heheeh tapi kita rambut pun tak ada macam mana nak cuci dan buat rambut boleh tak supply rambut palsu wakakakaka...
ReplyDeleteBaguslah untuk muslimah. Nampak meriah majlisnya tambah lagi ada Liza Hanim. Berapa agaknya caj di sini ya.
ReplyDeleteWah menarik sangat salun macam ni.. No man allow tu yang kita suka. .Bukan senang nak cari kakat kl ni
ReplyDeleteMenarik ni. Sesekali dapat bersalun di tempat eksklusif macam ni dan buat nail treatment sekali mmg syok. Ye la hari2 hectik dgn kerja dan anak2 berbaloi la utk manjakan diri ditempat mcm ni. Apetah lagi kalau dapat yg husband belanje. Haha
ReplyDeletelook like a great event. I like female only salon coz it's more privacy. we can enjoy ourselves to max in there right.
ReplyDeleteBestnya kalau ada butik kecantikan rambut macam ni kat area Seremban. Memang teringin nak buat rawatan kulit kepala dan rambut. Nak rambut lebat dan tak ada masalah gugur.
ReplyDeleteSenang dah sekarang untuk Muslimah, semua dah ada. Bagus sangat usaha puan owner salun ni untuk wanita Islam.
ReplyDeletesuch a lovely salun...great event... female only salon is great.... time to pamper urself in a salon..
ReplyDeleteDekat je dengan rumah ruby ni. Boleh la datang ke salon ni. Salon muslimah sangat limited sekarang ni. Kalau yang ada pun campur tukang guntingnya. Hurmmm.
ReplyDeleteeh.. dekat melawati mall.. kat bahagian mana yea .. kena pi ni.. huhu.. selalu jugak bawak harraz jalan2 pusing kat melawati mall tu..
ReplyDelete