Less 90% Barangan Elektronik di Shopee Sempena Kempen Ekspo Elektronik Shopee - Jaminan HargaTerendah (LPG).

Berpinar mata chantek bila skroll aplikasi Shopee sebab Shopee buat sale lagi!!!! Bukan 50% tapi sehingga 90% keatas. Haaa macam tak percayakan tapi itulah hakikatnya. Ada lebih 1000 barangan elektronik yang terlibat dalam Kempen Ekspo Elektronik Shopee - Jaminan HargaTerendah (LPG).


Kempen Ekspo Elektronik Shopee - Jaminan Harga Terendah (LPG), akan berlangsung dari dari 23 hingga 26 Julai 2018 dan menawarkan lebih 20 jenama terkenal elektronik di antaranya Armaggeddon, Alcatroz, honor, Mono Digital, Philips, Russell Taylors, Tefal, Vivo, Xiaomi dan banyak lagi. Jadi kepada yang suka shopping kelengkapan rumah, telefon pintar, gajet, , komputer dan aksesori semuanya boleh dibeli dengan potongan harga sehingga 90%.


Sepanjang 24 jam pada 23 Julai ni, rebut peluang 1 hari ini untuk jualan murah pelbagai produk elektronik untuk kegunaan profesional dan peribadi seperti aksesori komputer seperti papan kekunci dan tetikus wayarles daripada jenama Logitech. Ingat tau Jualan Kilat/Shocking Sale ni hanya berlangsung selama 24 jam sahaja pada 23 Julai ini. Jangan lepas kan peluang untuk jimat dan berjimat lagi.

Bukan sahaja shocking sale, korang juga boleh dapatkan ratusan produk di LPG Tech Zone sepanjang 4 hari ekspo ni diadakan. Tiap-tiap hari ada dua jenama terkemuka yang akan ditawarkan dengan harga menarik. Dah la murah lepastu ada lagi peluang untuk dapatkan harga istimewa, di Shopee je tau yang ada tawaran macam ni sebab Shopee menjanjikan tawaran harga di Shopee adalah yang paling termurah dan semestinya tidak akan rugi membeli belah di Shopee. Di “LPG Tech Zone”, lebih 500 produk termasuk telefon pintar bertaraf premium, kamera dan komputer riba daripada Xiaomi, Huawei, honor, ASUS dan pelbagai lagi jenama besar turut menyertai kempenj aminan harga terendah ni. 


Bagi chantek, paling memikat hati chantek ada kelengkapan rumah. Biasalah mak-mak ni, atau bagi yang hidup berkeluarga mesti sukakan perkakasan rumah yang canggih, yang menyenangkan kerja seharian. Dan jangan tak tau ada juga mak-mak yang lebih suka berhias di dapur daripada berhias dengan perhiasan diri contohnya chantek laaa kikikiki. Nak cerita pasal tawaran perkakasan rumah pulak, korang yang mencari kelengkapan rumah yang moden boleh meninjau kempen jualan murah “Everything for Your Home” sepanjang ekspo ni ada promosi hebat keatas produk daripada jenama Philips, Senheng, Tefal, Midea dan banyak lagi. Nak jimat berganda-ganda??? ada peluang untuk tebus baucer bernilai RM 100, 000.00 sepanjang kempen untuk pembelian korang.

Dah Shopping, dapat harga menarik, dapat harga yang berganda-ganda jimat. Ada satu lagi tawaran menarik iaitu korang boleh dapat barangaan elektronik dengan harga murah + hadiah lagi. Memang menarik betul ekspo di Shopee kali ini kan. Macam mane nak menang hadiah tu??? Kalau nak menang kena contest shopee di Facebook. Shopee akan melancarkan pertandingan “Tag a Bro, Win Like a Pro” dari 23 hingga 26 Julai. 

Syarat-syarat Penyertaan pertandingan “Tag a Bro, Win Like a Pro”

1. Cari satu produk elektronik dengan label LPG di Shopee.
2. Ambil gambar produk tersebut dalam troli membeli-belah.
3. Tag seorang kawan lelaki dan tinggalkan komen mengapa anda ingin memenangi produk tersebut. 

Pemenang bertuah akan menerima produk elektronik kegemaran tersebut yang bernilai hingga RM1,000 setiap satu untuk dikongsi bersama rakan baik korang. 

Jangan lengah-lengah remark dengan kalendar dlam hanphone atau wat nota kecil tampal dekat peti sejuk, remember Kempen Ekspo Elektronik Shopee - Jaminan HargaTerendah (LPG) dari 23 Julai hingga 28 Julai 2018.

Happy Shopping Olls!!!!

Jom Like & Follow Shopee di Social Media:


Comments

Popular posts from this blog

Sugardoll - Pakar Penjagaan Rambut Masa Kini

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia

Sajian Nostalgia Lama Konsep Buffet Ramadhan di Hotel Tenera