Makan Dalam Sungai Tarikan Utama BBQ Lamb Kemensah KL



Keenakan dan kecantikkan di BBQ Lamb Kemensah Kuala Lumpur memanggil chantek dan keluarga ke sana untuk kali yang ke 4. Kali ni chantek bawak bersama adik ipar cantik menikmati hidangan makan tengahari di BBQ Lamb Kemensah tapi adik ipar chantek lagi hebat sebab kali ni adalah kali ke 6 dia datang makan di restoran yang dah viral sekarang ni. Tak percaya?? Try search BBQ Lamb Kemensah dah ramai yang self review tau.


Semasa tempahan dibuat, chantek booked makan tengahari untuk 5 pax. So pengusaha restoran Encik Zainuddin bertanya samada nak makan di darat atau di dalam sungai??? Chantek pilih untuk makan di darat memandangkan anak-anak kurang sihat masa tu. Hmm kalau nak tau makan dalam sungai adalah tarikan utama pengunjung ke BBQLKKL. Lain dari yang lain kan. Tapi kali ni terpaksa la chantek makan di darat sahaja dan  seperti biasa kami pilih pondok  makan yang boleh nampak view kolam mandi, cantik sangat.

Tak sampai 15 minit, hidangan yang dioder pun sampai, wahhh sangat teruja dan seperti biasa hidangan bbq di restoran ni memang sangat menerujakan chantek. Anak-anak chantek jangan cerita lah memang suka sangat makan kat sini lagi-lagi menu Smokey Duck, trust me the test of menu memang win win win, 10 star chantek bagi hahahahaha. Hidangan dah sampai tunggu apa lagi chnatek dan family pun ngap ngap la. Tetiba ada suara halus kedengaran " Ibu, nasi kakak tak cukup" I tell you, nasi kuning kat restoran ni memang sangat-sangat sedap, lembut jerk bila mengunyah lepas tu ada rasa lain dari yang lain. Kalau makan kosong pun sedap, pendek kata memang sedap gilerr. Seperti biasa smokey duck memang jadi rebutan. Tak makan daging itik?? Tak pernah rasa daging itik?? So memang alasan kukuh korang kena datang ke BBQLKKL dan try ok!!

Set Lunch ni terdiri daripada:

@1 Plate Daging - (Itik, kambing, ayam dan lembu) yang dipanggang dengan cara istimewa. Itik pula dimasak secara asapan iaitu di masak dengan diasap selama 2 minggu. Rasa manis da tekstur daging itik terpelihara dan sangat sedap.
@Nasi kuning - Lembut, wangi dan penuh rasa istimewa. Juga sedap dimakan begitu sahaja.
@Sup kambing - Sangat sedap dan menyegarkan.
@Air minuman - Boleh refilled banyak kali sampai habis makan.


Selesai makan chantek lepak-lepak santai, anak-anak pula bermain di kawasan sekitar restoran. BBQLKKL ni berkonsepkan alam semulajadi dan santai. Anak-nak boleh bebas bermain air dan mandi manda, bagi yang tidak bawa pakaian untuk mandi, pihak pengurusan juga menyediakan toys untuk anak-anak bermain, memang sangat selesa bagi yang berkeluarga berkunjung ke sini.

   

Sebelum balik, chantek sempat bergambar dengan isteri pengusaha BBQLKKL Puan Mie Mie Ibrahim, cantik, manis dan peramah orangnya. Sebenarnya adik ipar chantek memang berkawan baik dengan Puan Mie Mie Ibrahim. Sakan kita orang bergambar kikiki. Chantek gerenti mesti puas hati punya datang ke BBQLKKL. So tunggu apa lagi jom lah makan lepak kat BBQ Lamb Kemensah KL. Booking awal, call untuk oder bukan apa takut full tempat makan nanti terpaksa tunggu lama pulak. Untuk maklumat lanjut like dan follow BBQLKKL di laman social media.
SOCIAL MEDIA



 ☎ 012-211 4100

WAKTU OPERASI

Isnin hingga Jumaat
 6 petang hingga 11 malam

Sabtu & Ahad
 11 pagi hingga 4 petang & 6 petang hingga 11 malam








Comments

  1. Harus repeat lagi la..ruginya tak pergi last week...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak..mmg kena repeat, hrtu sembang2 dgn owner ada nak wat menu vage plak.

      Delete
  2. Alhamdulillah...dah 4 kali sampai, k linda x sampai2 lg ....tgk memang menarik tmpt ni n makanan pun leh tahan mengancamnya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia

Disarankan Boikot | Polis Evo 2 Bukan Biasa-Biasa

Tunaikan Zakat:Rebutlah Keberkatan Berzakat Dibulan Ramadan Bulan Penuh Barakah