Grand Cabutan Bertuah Bernilai RM 2500 di Karnival Year End Zakat (YEZz) 2018 Pada 1 &2 Dis 2018
Minggu pertama musim cuti sekolah ni, korang dah buat aktiviti dengan anak-anak ke belum?? Kalau tak kemana-mana dan tak ada apa-apa perancangan lagi, apakata korang bawa anak-anak ke Karnival Year End Zakat (YEZz) 2018 yang sedang diadakan di perkarangan Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju. Macam-macam aktiviti menarik telah diatur oleh pihak penganjur iaitu Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Karnival ni diadakan selama 2 hari iaitu hari ini dan esok (1&2 Dis 2018) bermula jam 9 pagi hingga 9 malam dan masuk adalah PERCUMA.
Majlis Perasmian Pelancaran Bulan YEZ (Year And Zakat) 2018
Tadi sempat jugalah chantek pergi ke karnival untuk menghadiri Majlis Perasmian Pelancaran Bulan YEZ (Year And Zakat) 2018 yang dilaksanakan oleh Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali. Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk meningkatkan praspek pembayar zakat dan secara tidak langsung meningkatkan kutipan zakat. Disamping itu juga, ianya bagi mendekatkan umum tentang kewajipan berzakat terutamanya tentang zakat harta.
Aktiviti-aktiviti yang diatur adalah bersesuaian dengan semua golongan samada dewasa mahupun kanak-kanak. Terdapat 90 booth informasi dan jualan boleh dikunjungi yang terdiri daripada booth jualan asnaf, makanan dan minuman serta aktviti memanah, pertandingan azan dan pertandingan Masterchef bersama Chef Zubir. Manakala bagi golongan kanak-kanak boleh beramah mesra dengan Didi&Friend, maskot Omar&Hana dan pertandingan mewarna. Sempat juga la chantek beli cookies di booth jualan asnaf tadi.
Konsert dan Forum
Sebagai hiburan yang berlandaskan agama juga diadakan konsert yang menampilkan Hijjaz, Ali XPDC, Saujana, Raihan, D'Vision yang akan di hoskan oleh Shuk HotFM dan Atu Zero. Selain itu, Grand Forum Super Star turut diadakan bersama Ustaz Dato' Dr Izhar dan ramai lagi.
Cabutan Bertuah Untuk Pengunjung
Selain dapat menambahkan info berzakat dan melakukan aktiviti, pengunjung juga berpeluang memenangi Grand Cabutan Bertuah bernilai RM 2,500 serta 37 cabutan bertuah bernilai RM 7,500. Menarikkan tapi sayangnya tadi chantek tak sempat nak tunggu cabutan bertuah sebab ada urusan lain dan terpaksa pulang awal.
Jom datang ke Karnival Year End Zakat (YEZz) 2018 1 dan 2 Dis 2018 dari jam 9 pagi hingga 9 malam di perkarangan Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju. Nak tahu lebih lanjut mengenai karnival ini korang boleh dapatkan di https://www.facebook.com/myzakat/
best karnival macam ni. rindu persembahan nasyid!
ReplyDeleteAda banyak aktiviti untuk anak-anak memang best la. tempat2 gini seronok bawak anak-anak.
ReplyDeleteSeronok ni karnival ni.. Kalau dekat mmg teringin gak nak pi
ReplyDeleteThanks for this information, looks like it's a happening carnival. I will share it with my Muslim friends.
ReplyDeleteRasanya kalau dengar ada cabutan bertuah ni, ramai la yang akan pergi kan.
ReplyDeleteAda cabutan bertuah tuh yang buat orang suka kan
ReplyDeleteMacam best je, zira suka kalau ada cabutan bertuah ni. Mana tau rezeki kan
ReplyDeleteHaaa..musim cuti sekolah ni patut sangat banyak diadakan aktiviti sebegini kan.. so, ibu bapa takyah runsing nak bawa budak2 jalan2 ke mana.
ReplyDeleteCabutan bertuah pun ada.. menarikkk
ReplyDelete