Review Filem Operasi X | Filem Tempatan Terbaru



Menonton wayang ni bukanlah hobi chantek, tapi bila tiba-tiba teringin nak layan wayang, chantek akan cari trailer-trailer filem terkini. Untuk filem tempatan bagi November 2018, rasanya Filem Operasi X adalah yang terbaru. Melihat pada jalan cerita agak menarik minat chantek sebab filem aksi. Barisan pelakon pun ok tapi agak confuse bila ada nama Dato Awie..hmm 'Awie dalam filem aksi' ni buat chantek lagi tak sabar nak pergi tengok filem ni.


Kebetulan Jumaat yang lepas cantik keluar untuk menghadiri 1 event area Cheras. Dah alang-alang chantek ambil cuti pada hari tu, jadi chantek rasa nak keluar habiskan masa dengan kawan-kawan blogger. Memandangkan even habis awal lebih kurang jam 11 pagi, so chantek pun suarakan pada kawan-kawan blogger yang lain untuk menonton filem Operasi X ni. So tempat dituju adalah My Town Mall bersebelahan dengan Ikea Cheras. Tapi yang dapat temankan chantek cuma Sally Samsaiman sorang jerk..'xpe la wakk kita 2 orang pun bleh jadi hal kikiki'


Operasi X adalah sebuah filem aksi, romantik dan komedi dari Malaysia yang diarahkan oleh Sandosh Kesavan bersama beberapa orang penerbit iaitu Zarina Sham, Ali Nathan Latiff, Elson Tommas dan Norhanisham Muhammad.


Filem ini mengisah seorang Assistant superintendent, iaitu ASP Redzuan yang sudah tidak percaya lagi dengan pasukannya apabila dia menyaksikan kematian rakan baiknya, Inspektor Aman, yang dipercayai dibunuh oleh pihak polis. Disebabkan kejadian itu ASP Redzuan telah membawa diri dan ingin menarik diri dari perkhidmatan PDRM.

Namun begitu setelah siasatan dibuat, punca sebenar kematian Inspektor Aman adalah disebabkan tembakan hendap kiranya macam serangan hendap atau lebih tepat curi-curi tembak. Berikutan itu, Dato’ Mokhtar dan DSP Anwar dari Bukit Aman telah memujuk ASPR untuk kembali bertugas dan menjadi ketua di dalam operasi menumpaskan Geng Belut iaitu Operasi X. Semasa dalam operasi ni banyak babak lucu sambil diselitkan dengan adegan romantik ASP Redzuan dan Cikgu Ayu.


Diawal kemunculan Dato Awie, watak yang dibawa adalah agak lucu apatah lagi dengan nama Belut. Dekat situ chantek boleh agak yang cerita ni bukanlah ceria aksi yang serius. Ternyata tanggapan chantek tepat dari mula cerita sampai habis chantek dan sally gelak sakan dalam panggung. Ada yang memberikan komen agak negatif pada jalan cerita filem ini.

Pada pendapat chantek iainya mungkin kerana sebelum memasuki panggung, mereka telah setkan dalam minda bahawa cerita ini adalah cerita aksi yang bunyinya agak serius. Dinasihatkan kepada korang yang nak pergi tengok filem ni kena kosongkan dulu fikiran dan minda baru lah korang boleh ketawa dan menerima cerita ini seadanya. Tak dinafikan memang terdapat kekurangan tentang babak dan jalan cerita tentang filem ini tapi biasalah kesilapan kecil itu biasa sahaja bagi chantek. Janji chantek happy dan tak rasa rugi bayar duit tiket bila dah tengok filem ni.


So, tunggu apa lagi jom ke panggung berdekatan dengan korang dan nikmati filem aksi + komedi + romantik ini dengan minda dan hati yang terbuka bermula 1 November 2018.

Comments

  1. Wow...bagusnya ada org teman...hehehe...jalan cerita menarik tp tu la mmg ade beberapa scene yg haihhhh...haha

    ReplyDelete
  2. Alamak.. Rasa excite Pula nak tgk nanti

    ReplyDelete
  3. ramai juga yang bercakap pasal movie ni.. harap2 betul2 best barulah berbaloi 2 jam saya. ada aaron aziz plak tu

    ReplyDelete
  4. Ramai gak yang bagi komen positif pasal Operasi X nie. Nie yang buat Rawlins teringin nak tengok gak

    ReplyDelete
  5. Belum berkesempatan nak tengok. Semua cakap filem ni best. Patut kena tenfok juga nak nak awie ada kan

    ReplyDelete
  6. Emi pun dah tengok cerita ni. lepas habis kerja aritu terus pi tengok. syok, release tension bekerja sbb byk scene kelakar, haha

    ReplyDelete
  7. kite dah tengok filem nie..terbaik la lakonan dato awie n dato aaron aziz

    ReplyDelete
  8. BROKER TERPERCAYA
    TRADING ONLINE INDONESIA
    PILIHAN TRADER #1
    - Tanpa Komisi dan Bebas Biaya Admin.
    - Sistem Edukasi Professional
    - Trading di peralatan apa pun
    - Ada banyak alat analisis
    - Sistem penarikan yang mudah dan dipercaya
    - Transaksi Deposit dan Withdrawal TERCEPAT
    Yukk!!! Segera bergabung di Hashtag Option trading lebih mudah dan rasakan pengalaman trading yang light.
    Nikmati payout hingga 80% dan Bonus Depo pertama 10%** T&C Applied dengan minimal depo 50.000,- bebas biaya admin
    Proses deposit via transfer bank lokal yang cepat dan withdrawal dengan metode yang sama
    Anda juga dapat bonus Referral 1% dari profit investasi tanpa turnover......

    Kunjungi website kami di www.hashtagoption.com Rasakan pengalaman trading yang luar biasa!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia

Disarankan Boikot | Polis Evo 2 Bukan Biasa-Biasa

Tunaikan Zakat:Rebutlah Keberkatan Berzakat Dibulan Ramadan Bulan Penuh Barakah