Melaka | Destinasi Percutian Dengan Bajet Yang Rendah


Apa yang paling best dalam hidup korang? Pasti salah satu dia pergi bercuti dengan kos yang paling rendah. Zaman ekonomi sekarang ni siapa-siapa pun nak yang murah atau lebih tepat lebih jimat dan setimpal. Atau dengan ertikata yang lain berbaloi. Bagi chantek yang dah berkeluarga ni, sememangnya bajet yang nak dikeluarkan adalah agak besar.

Jadi dah tentu nak kan percutian yang low cost. Petuanya kalau nak bercuti dengan kos yang rendah, jom kita bercuti dalam Malaysia jer. Sebab dalam Malaysia ni ada banyak tempat yang best korang boleh pergi. Salah satunya adalah Melaka. Hahaha sememangnya dah banyak kali chantek ke Melaka dan dah jadi tempat wajib chantek dan kelurga pergi bila ada kelapangan untuk bercuti. So untuk artikel kali ni chantek nak sembang dengan korang apa yang korang boleh buat kat Melaka. Banyak sebenarnya tempat yang best kat Melaka ni kalau korang nak tau. Jadi chantek kongsikan pada korang tempat-tempat yang wajib korang pergi dan memang menjadi tempat-tempat yang popular dikunjungi samada pelancong tempatan mahupun dari luar negara.




PERTAMA ialah Freeport A’famosa Outlet Village antara tempat membeli belah yang baru sahaja dibuka di Melaka dan ia tidak jauh berbeza daripada Johor Premium Outlet. Ramai tidak tahu yang terdapat banyak jenama popular antarabangsa yang membuka tapak di sini seperti NIKE, Under Armor, Puma, Levis dan Sacoor Brothers.


KEDUA ialah Pirate Adventure Melaka Alive. Korang yang berangan nak jadi pirate sebabkan terikut ikut cerita Pirate of the Carribean, korang boleh pergi ke Pirate Adventure Melaka Alive. Hahaha anak-anak chantek suka ke sini sebab diorang ni memang suka berimaginasi. Kat sini korang dapat merasakan sehari dalam hidup seorang pirate. Tarikan yang baru di buka ini agak canggih dan disini korang dapat tengok simulasi ribut dan ombak menggunakan special effects! mengembara menaiki kapal pirate mencari harta karun. 


KETIGA ialah The Shore Sky Tower. Jikalau korang target nak dapat tengok view terbaik seluruh Bandar Melaka jangan lupa naik ke tingkat 42 The Shore Sky Tower, bangunan tertinggi di Bandar Melaka. Pastikan korang beranikan diri kerana lantai kaca lutsina membuat korang merasakan seperti berjalan di atas angin. Di atas nanti korang dapat tengok akuarium penuh dengan ikan koi dan ada satu kawasan khas yang lantainya diperbuat oleh kaca lutsinar yang kuat. Disini korang dapat tengok terus kebawah, mungkin tidak sesuai untuk mereka yang gayat tetapi kalau korang berhati kering cubalah, sorry chantek memang tak pandang kebawah sebab chantek ni ada penyakit gayat hahaha.

KEEMPAT ialah Pantai Klebang adalah pantai yang popular. Pasti seronok kalau dapat bersiar-siar sambil menikmati keindahan pantai. Selain dapat menghirup udara segar sambil bermain ombak.


KELIMA ialah The Orang Utan House yang dibuka pada tahun 1992 adalah sebuah studio peribadi pelukis tempatan bernama Charles Cham. Dia telah berjaya mempamerkan karya lukisanya di pentas antarabangsa di Negara seperti, Portugal, Switzerland, Singapore,Australia dan Hong Kong. Lukisan Orang Utan yang terpapar besar ditepi bangunan ini seolah-olah menjemput korang masuk untuk tengok karya hasil tuannya.   Ada yang bercuti untuk tengok pemandangan yang cantik ada pula yang suka mengambil selfie.


KEENAM ialah Rumah Terbalik Melaka. Kalau korang jatuh dalam kategori kedua iaitu suka mengambil selfie, pastikan korang singgah sebentar di Rumah Terbalik Melaka atau lebih dikenali sebagai Upside Down House. Setiap bahagian didalam rumah ini dihias seperti rumah biasa bezanya apa yang dilantai ada di bumbung. Jadi bila korang ambil gambar akan kelihatan seolah-olah dunia ni terbalik dan pastinya gambar-gambar korang akan kelihatan cantik dan unik.

KETUJUH ialah Muzium Kapal Selam Melaka. Penuhkan cita-cita korang untuk menjadi anak Kapal Submarine di Muzium Kapal Selam Melaka. Kapal selam yang boleh dilihat di muzium ini bergelar FS Quessant Agosta 70 dan merupakan sebuah kapal selam bekas milik tentera Perancis. Ia diserahkan kepada Kementrian Pertahanan dan kemudian diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka untuk dipamerkan ke orang awam. Dengan bayaran yang kecil korang dapat masuk dan tengok dengan mata sendiri bagaimana rupa bahagian dalam kapal selam.

KELIMA ialah The Stadthuys iaitu mercu tanda yang sinonimus dengan Melaka ini siap didirikan pada tahun 1660 dan dipercayai bahawa bangunan ini adalah bangunan kerajaan belanda yang tertua di Asia Tenggara. Mengikut sejarah The Stadthuys ini merupakan tempat pentadbiran kerajaan Belanda di negeri Melaka pada zaman penjajahan Belanda. Pada tahun 1982 tempat ini diubah suai menjadi Muzium yang mempamerkan sejarah Melaka, dan sejarah penjajahan Portugis dan British. Seberang jalan dari Stadthuys ini adalah Jonker Street.


KEENAM, last but not least iaitu A’Famosa Resort yang mempunyai 2 taman teman yang agak menarik. Pertama adalah A’famosa Water Park yang bergelar taman tema air terbesar di Malaysia. Disini anak kecik korang dapat bermain di Kids Adventure Party Pool dan korang pula boleh mencabar diri di gelongsor air High Speed Slides. Taman tema kedua pula bertema safari dan diberi nama Safari Wonderland. Di sini korang berpeluang untuk tengok gelagat lucu haiwan liar di kawasan Safari Adventure, Monkey Island dan Farm House.

Semestinya memang tak akan cukup untuk 'menikmati' Melaka dalam satu hari. Belum lagi nak meneroka makanan-makanan lazat dan membeli belah di mall-mall yang ada di Melaka, memang heaven laaa.  Tentang bajet jangan risau sebab kat Melaka ada banyak hotel-hotel yang mampu milik. So kalau korang nak cari Melaka Hotels yang murah, korang boleh cari di Traveloka. Senang saje nak pakai apps atau web dia sebab user friendly. Plus kalau korang nak book, boleh book terus kat Traveloka. Dijamin selamat dan kalau ada apa-apa problem helpline Traveloka bersedia nak tolong korang selama 24 jam. Selamat Bercuti!!!

Comments

  1. Dah lama jugak tak jejak Melaka. Dulu zaman bujang, dekat setahun sekali ke sana. Ni dah duk jauh rasa jauh pulak nak pegi. -__-" Tapi tak sangka byk tempat menarik yg baru eh. Nak kene lawat ni.

    ReplyDelete
  2. Kalau nak bercuti dekat-dekat. Memang suka ke melaka. Seronok dapat makan, Jalan-Jalan, pergi zoo dan water park. Memang sesuai utk seisi keluarga. Hehe

    ReplyDelete
  3. airah punya trip ke melaka 21hb ni tapi kebanyakkan tempat dah pergi hahaha nanti buat jalan2 cari makan jela

    ReplyDelete
  4. Banyak lg tempat yg k linda tak pi lg kat melaka ni, cuti kali ni nak bwk ank2 pi rumah terbalik tu la, mcm best ja nak selfie 😊

    ReplyDelete
  5. Ala bestnyer Melaka. Selalu juga pergi ke Melaka ni.

    Tapi sayangnya tak pergi semua lagi tempat yang ada kat atas.

    Nanti nak pergilah. Thanks bagi tips tempat menarik ni

    ReplyDelete
  6. Cuti cuti Malaysia is good! I like to bring my family to Melaka too. it's nearby and a lot of attractions. however it could be crowded on weekends and holiday.

    ReplyDelete
  7. Lama tak pergi Melaka hehehe kita nak pergi juga lah nak ambil hotel nak rest puas-puas dan melancong sepuasnya tahun depan heheheh tengah kumpul duit ni...

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya byk tempat yg boleh kita lawati kt melaka selain tmpt bersejarah kan.. Wawa sendiri xpuas jelajah melaka..

    ReplyDelete
  9. 1) Pirate Adventure Melaka Alive, 2) Up Down dan 3) Pantai Klebang hak bukit-bukit tu tak pernah sampai lagi... selalunya lalu sahaja... nak pergi bila nampak ramai beratur dan parking susah terus cancel niat nak masuk dan pergi, moga akan datang ada peluang nak terjah 3 lokasi ni he he he

    ReplyDelete
  10. Wahbaru tahu
    Kat
    Melaka ada The Shore Sky Tower. macam menarik pulak tu. Sy mmg gayat tapi teringin juga nak pergi ke sini. Hehehe. Tq sharing info mengenai tempat best di melaka ni ya

    ReplyDelete
  11. Melaka memang salah satu destinasi percutian yg saya gemar kalau dalam malaysia. Entahla, bagi saya melaka ni ada keunikan tersendiri. Banyak tempat menarik boleh pergi.

    ReplyDelete
  12. Kg atok AM kat melaka pun, AM xpenah pegi tmpt yg idayu listkan ini.. nnti blk melaka nak pegi tmpt2 yg idayu sarankan la..jadikan blog idayu ini sebagai rujukan..

    ReplyDelete
  13. lama tak gi Melaka..hehe..tgk artikel ni rasa terigin lak nak ke sana. Hehehe..nanti leh gi tempat-tempat yang tak pernah gi pulak.

    ReplyDelete
  14. Lama xpegi melaka. Byk sgt tmpt best. Padehal xjauh pon dari muar. Hehe.. ala nape x letak price sekali semua tempat. Hehe.. senang nk refer.

    ReplyDelete
  15. paling teringin nak pergi the shore tu. Cam best tengok view melaka dari atas.

    ReplyDelete
  16. salam perkenalan..Melaka mmg best nk holiday kan...tambah2 kalau tau port food yg sedap2 aduhaiiii menjejes air liur teringat coconut shake dia.. done foollow .....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia

Disarankan Boikot | Polis Evo 2 Bukan Biasa-Biasa

Haruharu | Produk Kecantikan Dari Korea Dengan Teknologi Penapaian Menangani Masalah Kulit Wanita & Lelaki