Minuman Beri Kolagen Safi Fair Beauty | Kulit Lebih Sihat Cerah Sekata & Dijamin HALAL
Peningkatan usia, tekanan kerja dan urusan seharian, perubahan cuaca serta gaya hidup sesorang itu adalah penyumbang kepada perubahan struktur kulit. Kulit kering, berminyak, jerawat, jeragat ataupun kusam sangat-sangat menjadi musuh utama wanita. Setiap wanita pastinya inginkan kulit yang cantik dan sihat malah berharapan penuh agar kulit yang cantik dan sihat itu boleh kekal sepanjang usia. Idea kreatif dan kemajuaan teknologi didalam industri kecantikan telah banyak membantu wanita-wanita diluar sana untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan bukan sahaja kulit wajah malah the hold body juga. Menyedari akan keperluan wanita-wanita untuk menjaga kesihatan dan kecantikan, Wipro Unza (M) Sdn Bhd mengimbangi pengeluaran produk kesihatan dan kecantikan mereka dengan melahirkan SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen.
Kesempatan chantek menghadiri hari pelancaran SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen adalah satu peluang amat berharga kerana sekali lagi chantek berpeluang menjadi saksi akan kemajukan Safi dimana jenama kecantikan yang chantek kenal seawal usia 12 tahun lagi telah kehadapan setapak lagi dengan pelancaran produk terbaru SAFI iaitu SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen. Boleh dikatakan chantek ni membesar dengan melihatan kematangan Safi itu sendiri. Sejajar dengan kematangan itu, Safi telah mengeluarkan minuman kolagen yang dirumus khusus dengan nutrisi kecantikan yang diperlukan untuk badan. Minuman kecantikan berasaskan kombinasi bahan terpilih seperti Kolagen Marin terhidrolisis, Peptida Sutera, Vitamin C dan Beri Acai ini diformulasi khusus kerana manfaat anti-penuaan dan anti-oksidanya yang tinggi.
Inovasi kecantikan terbaharu daripada SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaaan kulit muka oleh SERI - SAFI Excellence in Research and Innovation Centre makmal produk Halal terbesar di dunia dan pengeluar terkemuka dengan Amalan Pengilangan Baik (GMP), disahkan dengan MesTI, berstatus BioNexus. Produk ini diperakui HALAL oleh JAKIM.
Mengapa Perlu Minum SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen??
- Dihasilkan oleh inovasi kecantikan halal yang berkualiti tinggi dalam memenuhi impian para wanita memiliki raut wajah menawan dan kulit muka yang sihat melalui rutin penjagaan kulit muka menyeluruh bermula dari dalaman
- Disahkan HALAL oleh JAKIM
- Kolagen Ikan terhidrolisis (HFC/Hydrolyzed Fish Collagen) dari sumber kolagen ikan berasal dari Ikan lautan. HFC mempunyai kandungan protein yang tinggi, larut air dan tidak berbau, lebih mudah dicerna dan diserap oleh badan
- Kombinasi manfaat nutrisi kecantikan Beri Acai di dalam minuman kecantikan ini bukan sahaja membantu penghasilan kolagen, ia juga menjadikan tona kulit lebih cerah, sekata dan lebih halus
- Rasanya yang sedap dan boleh diminum bersama minuman sejuk dan panas atau sup kegemaran korang sebab kolagen di dalamnya mampu menahan suhu panas sehingga 300° Celcius
SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen ini juga merupakan pemangkin atau sahabat baik (BFF) kepada produk penjagaan kulit seperti Safi Balqis, Safi Gold Rania dan produk-produk penjagaan kulit wajah Safi yang lain. Kiranya minuman kolagen Safi ni akan memberikan ransangan kecantikan dari dalaman supaya memacu kecantikan luaran seseorang itu. Ini disebabkan kandungan kolagen di dalam minuman tersebut dapat membantu pertumbuhan kulit, kuku dan rambut yang sihat. Selain itu jugak kolagen juga merupakan infrastruktur penting yang diperlukan untuk mengekalkan keanjalan kulit, melembut, melembap dan juga membantu pembaharuan sel-sel kulit.
Apakah Kandungan Nutrisi SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen
Marine Collagen (Kolagen Marin)
· Berat molekul rendah untuk penyerapan mudah
· Tiada rasa, tiada bau – oleh itu anda tidak perlu risau tentang bau atau rasa hanyir
Silk Peptide (Peptida Sutera)
· Kaya dengan Asid Amino, protein penting untuk struktur kulit
Acai Berry & Vitamin C
· Kaya dengan manfaat anti-oksida yang tinggi untuk kulit
Tak perlu nak tunggu umur semakin berusia atau nak tunggu tanda penuaan dan kekusaman kulit tu muncul kat wajah, lagi susah nak dirawat nanti. Jadi minuman kolagen ni boleh diambil seawal usia 25 tahun tau. Cara pengambilan pula cuma sekali sehari (1 paket) sahaja, 1 ke 2 jam sebelum tidur sebab proses perawatan dan pembentukan sel kulit muka berlaku ketika tidur. Nak lagi berkesan sapukan krim malam Safi sebelum tidur supaya kulit mendapat perawatan dari luar dan dalam semasa tidur.1 bekas SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen (450g) mengandungi 90,000mg kolagen manakala 1 sudu (15g) serbuk SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen mengandungi 3,000mg kolagen. Wow mesti cantik dan sihat lah kulit korang lepas ni. Nak lebih berkesan lagi gunakan serum. Halus dan mulus jerk kan.
Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, boleh dapatkan di laman web rasmi SAFI di www.safi.com.my atau di social media SAFI
SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen boleh didapati di pasaraya, rangkaian farmasi dan toko jamu terpilih di Malaysia dengan harga
1 Bekas x 450g (Pek 30 hari) RM 98.10
1 kotak (7 paket) x 15g RM 29.60
wow! lepas ni makin cantik laaa...first time kan Safi keluarkan selain daripada skincare
ReplyDeletemakin cun la pasni dah mula ambik collagen
ReplyDeleteBROKER TERPERCAYA
ReplyDeleteTRADING ONLINE INDONESIA
PILIHAN TRADER #1
- Tanpa Komisi dan Bebas Biaya Admin.
- Sistem Edukasi Professional
- Trading di peralatan apa pun
- Ada banyak alat analisis
- Sistem penarikan yang mudah dan dipercaya
- Transaksi Deposit dan Withdrawal TERCEPAT
Yukk!!! Segera bergabung di Hashtag Option trading lebih mudah dan rasakan pengalaman trading yang light.
Nikmati payout hingga 80% dan Bonus Depo pertama 10%** T&C Applied dengan minimal depo 50.000,- bebas biaya admin
Proses deposit via transfer bank lokal yang cepat dan withdrawal dengan metode yang sama
Anda juga dapat bonus Referral 1% dari profit investasi tanpa turnover......
Kunjungi website kami di www.hashtagoption.com Rasakan pengalaman trading yang luar biasa!!!
kalau consume seawal usia 22 tahun boleh?
ReplyDelete