Disarankan Boikot | Polis Evo 2 Bukan Biasa-Biasa

Filem kepolisan Malaysia yang telah menimbulkan kontroversi tahun ini telah mengutip RM 10juta setelah 5 hari di pawagam

Sesekali Ladys out memang seronok, dan sebenarnya banyak kali dah chantek buat ladys out dengan anak-anak dan adik ipar. Keluar perempuan semua seronok tau sebab masing-masing faham jiwa masing-masing. Masa ni lah kami nak berkongsi hobi dan minat orang perempuan iaitu window shopping yeahhh.. Ok ladys out kali ni kita orang mulakan dengan menonton wayang dan pilihan movie kita orang mestilah Polis Evo 2. 



Kenapa Polis Evo 2??



Chantek memang suka dengan filem aksi tak kiralah filem tempatan atau filem luar negara. Lebih-lebih lagi kalau filem kepolisan atau ketenteraan memang minat sangat nak pergi tengok. Dah namanya pun chantek ni anggota beruniform jadi jiwa dan minat tu memang cenderung ke arah tu jugaklah.




Sinopsis Polis Evo 2 

Polis Evo ni adalah sambungan filem Polis Evo sebelum ni yang telah ditayangkan pada tahun 2015. Bukanlah cerita berepisod tapi adalah sedikit kesinambungan dari filem yang terdahulu. Barisan pelakon filem ini adalah Shahezy Sam, Zizan Razak, Hasnul Rahmat, Shafie Naswip, Riz Amin, Erra Fazira dan pelakon Indonesia Raline Shah. ia mengisahkan sekumpulan pengganas telah menawan sebuah kampung dan menjadikan penduduk sebagai tebusan. Masa adegan ni memang real, ketakutan penduduk kampung masa kena serang dengan gas pemadam api tu chantek pun boleh rasa ketakutan orang-orang kampung yang lari bertempiaran. Masa tu sempat lagi terbayang, kalau lah jadi pada mak dengan ayah kat kampung camne lah agaknya ya. Tujuan serangan dibuat adalah untuk menawan orang-orang kampung dan dijadikan tebusan. Seramai 200 berjaya dijadikan tebusan ditawan untuk mendapatkan ketua pengganas yang berada dalam keadaan kritikal dan di bawah pemantauan kerajaan. Dalam masa yang sama terdapat 4 orang anggota  polis yang bukan dari pasukan elit sedang membuat intipan penjenayah di perkampungan tersebut. Mereka inilah yang telah membantu pasukan khas dalam operasi menyelamatkan tebusan-tebusan. Ternyata banyak aksi tembak menembak dan pergaduhan diantara anggota polis dan ahli kumpulan pengganas semasa operasi dijalankan malah telah mengorbankan nyawa orang awam dan anggota polis. Selain itu terdapat juga aksi-aksi tidak berperikemanusiaan ahli pengganas kepada orang kampung yang boleh menimbulkan rasa marah, sedih dan kasihan di dalam filem ini. 


Polis Evo 2 Undang Kontroversi

Pelbagai adegan aksi yang mendebarkan sepanjang cerita ni selain dari babak - babak yang telah menjadi kontroversi sebelum filem ini keluar di pawagam iaitu menyentuh tentang unsur-unsur keagamaan. Bagi chantek it's not big isue. Dari penglihatan chantek filem ini hanya memaparkan tentang pengganas yang mempunyai pemahaman agama yang fanatik, sesat dan pelampau agama yang boleh mengancam ketenteraman negara. Jadi korang yang diluar sana kena tengok dulu filem sebelum membuat sebarang penilaian. Malah bagi chantek filem ini menyedarkan kita bahawa pegangan agama itu cukup penting supaya niat dan langkah kita tidak mudah hanyut oleh hasutan dan ugutan pihak yang bertopengkan agama. Ok chantek share dengan korang official trailer Polis Evo 2, mesti korang pun teringin nak pergi tengok movie ni.


Bestkah Polis Evo 2?

Memang best sangat cerita ni. Polis Evo 2 membawa jalan cerita yang tiada pada filem-filem aksi yang lain. Memang la pernah ada filem-filem dari badan beruniform lain tapi PE2 ni filem kepolisan Malaysia lain dari yang lain. Sepanjng menonton filem ni memang chantek sayang nak alihkan pandangan ke tempat lain sebab filem ni sentiasa memberikan aksi dan jalan cerita yang kita tak sabar nak tahu 'lagi dan lagi' dalam filem ni. Filem ni juga sesuai untuk tontonan seisi keluarga sebab tiada adegan2 yang tak sesuai untuk anak-anak. Selain dari itu banyak pengajaran yang disampaikan dalam PE 2 ni seperti semangat setia kawan, pengorbanan dan berani kerana benar. 


Macamtu lah serba sedikit perkongsiaan chantek tentang Filem Polis Evo 2. Sangat berpuas hati dan memang rasa tak rugi beli tiket wayang. Pendek kata, jalan Filem Polis Evo 2 bukanlah biasa-biasa. Jangan lepaskan peluang menonton hasil karya perfileman tanahair ini yang kini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam di seluruh Malaysia. Jom pergi panggung dan sokong Filem Malaysia.

Like & Follow Chantek

FB page chantek : Ayu Lifestyle Blogger
FB chantek : idayunim
IG chantek : idayunim
Youtube chantek : idayunim


Comments

  1. ermm bagus jugak ada sinopsis ni boleh paham jalan cerita, apa yang Kontroversi sangat kan, jalan cerita je pun bukan ada apa-apa lah

    ReplyDelete
  2. biasalah mana-mana film malaysia pasti ada jje netizen buat kontroversi..padahal x tengok betul-betul lagi kan...alahai..yg nak boikot tu yg pergi tengok awal-awal...ye tak?

    ReplyDelete
  3. airah tengok ramai review cakap movie ni best.nak pergi tonton tak berkesempatan lagi asyik busy je.tunggu weekend ni agaknya.suka tengok Railin Shah tuu hahahha betul ke tak eja nama dia. cantikkk

    ReplyDelete
  4. Patutlah ada jugak dengar kontroversi polis evo 2 ni. Pasal tu je rupanya, ingat kontroversi apa la sangat. Tak salah kot tunjuk realiti masyarakat Malaysia ni kan, lagipun extremist agama ni kan wujud dalam semua agama. Anyway jalan cerita polis evo 2 ni menarik, kalau tak sempat tengok kat panggung wayang Qiya nak subscribe kat Astro first je la hihi

    ReplyDelete
  5. Dengar cerita semua cakap Polis Evo 2 best sangat. Syira tak sempat lagi nak tengok. Ada anak kecik susah pulak hehe.. Mungkin kita tengok dulu sebelum kita buat sebarang spekulasi kan..

    ReplyDelete
  6. Sebab kontroversi ini lah filem ini boleh cecah RM10 juta hehehe tapi biasalah salah satu daripada strategi pemasaran sebab banyak dah filem yang box office kerana main isu-isu panas. Hehehehe cuma pandangan peribadi kita sahaja yer....

    ReplyDelete
  7. I rasa boleh je they all box office. Pengarah dia guna formula dan strategy sama je untuk filem ni compare yang dulu. To me the previous one not bad jugak. Sebab tak banyak local filem genre ni.

    ReplyDelete
  8. Yer, saya terbaca juga pasal kontroversi yg mna ia menyentuh bab keagamaan yg memaparkan fanatik sekumpulan penganut tu. wakaubagaimanapun, kontroversi ini tidak mnjadi penghalang utk polis evo meraih kutipun berjuta dlm brp hari tayangan. Tahniah polis evo ! Tak sabarnya nk pergi tengok. Nk review jugaklh nanti kalau berkesempatan

    ReplyDelete
  9. Ada tengok polis evo 1, tpi biasa2 je.tengok yang polis evo 2 idayu review macam menarikni.banyak aksi yang ditunjjukan. Oh tk tau pulaj pasal kontroversi tu, nampak sangat mak anak dua ni busy sampai cerita artis dah tak tau.hahaha

    ReplyDelete
  10. Hari tu ada terdengar gak pasal kontrovesi cerita ni. Siap ada ilmuan agamawan pun komen. Tapi kontrovesi tu gak la yg jadi free marketing untuk cerita ni pun. Pelakon2 mantap! Rasa macam nak pegi tengok jugak ni.

    ReplyDelete
  11. Polis Evo 2 memang best. Bonde dah tengok. Tapi sedihlah ramai rakan-rakan seperjuangan yg terlibat dalam misi kena bunuh.

    ReplyDelete
  12. Nak juga tengok sendiri movie ni baru boleh bagi pendapat sendiri. Banyak sangat pendapat tapi Lia dengan kontroversi je.

    ReplyDelete
  13. Menarik
    Ehh polis evo2. Tengok kutipan not bad, giler hebat. Ingat nak bawa famili tonton sama citer ni hujung minggu ni

    ReplyDelete
  14. Papehal jgn pernah judge daripada trailer kan...kita pun nak pi tgk esok la kot..hehehe

    ReplyDelete
  15. Wah!! mesti best citer nie kalu idayu komen cenggini.. boleh la AM bawa anak2 AM menonton sekali citer PE 2 kat pawagan hujung mggu nie bersama anak2..

    ReplyDelete
  16. nak tengok juga nanti di pawagam. dah pun tonton preview dia. best!

    ReplyDelete
  17. hari tu memang ada isu tentang jalan cerita polis evo 2 tapi sekarang dah okay. siap dapat kumpul 10 juta dah.

    ReplyDelete
  18. Alahai tak berkesempatan tengok Polis Evo. Ada ramai juga kata filem aksi ni bagus. Kali ini mereka lebih serius. Hehe. Tak sabar nak tengok Zizan Razak dan Shaheizi Sam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KOLEKSI KASUT DENGAN KUALITI TERBAIK HANYA DI HYPERSHOE KIP MALL BANGI

Kemeriahan sambutan Krismas di Quill City Mall

Haruharu | Produk Kecantikan Dari Korea Dengan Teknologi Penapaian Menangani Masalah Kulit Wanita & Lelaki