Resepi Ubi Kayu Goreng Rangup Di Luar Empuk Di Dalam


Ubi ohhh ubi, korang suka makan ubi kayu tak? Haaa chantek suka apa2 sahaja makanan yang dibuat daripada ubi kayu macam tapai ubi, kuih talam ubi, kerepek ubi dan macam lagi, Selain ubi daripada pokok ubi kayu, pucuk ubi kayu juga boleh di makan da opkos la chantek suka juga samada digoreng cili atau masak lemak cili api perghhh memang terangkat kalau makan pula dengan sambal belacan dan ikan masin, boleh berpeluh dahi hahahaha

Tumbuhan yang kaya dengan karbohidrat ini dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan dan kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia. Dulu masa kecik-kecik chantek selalu ikut arwah atok (sebelah mak) pergi bercucuk tanam dektat kebun kecil atok, belakang rumah arwah atok memang ada tanah luas, macam-macam tanaman ada ada tau dan salah satunya pokok ubi kayu la. Chantek pernah cuba tanam pokok ubi tau, senang jerk cuma cucuk keratan batang ubi ke dalam tanah, senang sahaja. Kata arwah atok, batang ubi kayu tu akan tumbuh akar dalam beberapa api, cambahan akar tu yang akan menghasilkan isi ubi. 

Chantek bagi sedikit info jerk, ok sekarang i chantek nak kongsi resepi ubi kayu goreng yang rangup di luar tapi lembut di dalam. Chantek dan family memang suka makan ubi goreng dan selalunya kita orang sediakan menu ni untuk menu petang atau makan sambil lepak-lepak dan berbual bersama family. Senang jerk resepi nyer tengok di bawah ye.

Bahan-bahan

Ubi Kayu
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
Air untuk merendam

Cara-cara

Potong kecil ubi kayu yang telah dibuang kulit kemudian dibasuh bersih. Gaulkan dengan sedikit gram kemudian di goreng dengan minyak yang panas dengan api sederhana. Goreng ubi sehingga separuh masak, kemudian diangkat dan terus di rendam di dalam air bersuhu biasa (air dari pili dapur, di isi di dalam mangkuk atau besin). Rendam di dalam air selama 5 minit kemudian digoreng semula dengan api yang kuat. Bila sudah cukup masak angkat ubi dan toskan. Sedia dihidangkan.

Betul tak chantek bagi tahu tadi mudah jerk resepi ni tapi memang super duper kalau makan sebab crunchy kat luar tapi empuk di dalam. Hidangkan bersama teh 0 panas atau air kegemaran korang.

** TAHUKAH ANDA**

!!!Penanaman pokok ubi kayu boleh digunakan bagi mengatasi masalah lalang, sebab yang ditanam ubi kayu akan menutup permukaan tanah dari cahaya matahari, jadi boleh menghalang lalang daripada tumbuh kembali.
          !!!Tinggi dengan kalori iaitu hampir 2 kali ganda lebih dari kentang


SELAMAT MENCUBA!!!!!!




like & follow 

fb page chantek : Ayu Lifestyle Blogger

fb chantek : Idayu Nim

IG chantek : idayunim

Yuotube Channel : idayu nim



Comments

  1. Haritu majlis cukur jambul anak, mak buat ubi goreng ..sedap pulak..dah lama tak makan ubi..hehehe..selalu nampak rebus je..ni mak goreng..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KOLEKSI KASUT DENGAN KUALITI TERBAIK HANYA DI HYPERSHOE KIP MALL BANGI

Kemeriahan sambutan Krismas di Quill City Mall

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia