Zakat 2U (4.0) Lebih Mudah dan Canggih




Zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib. Oleh itu, seseorang muslim yang mengingkari kefardhuan zakat boleh mengakibatkan murtad. Manakala individu muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menguruskan kutipan dan agihan zakat. (Sumber portal Zakat Selangor)


Sejajar dengan tanggungjawab Pusat Pungutan Zakat (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan)-PPZ MAWIP untuk memastikan umat Islam yang berkemampuan/wajib dapat menunaikan zakat, PPZ MAWIP telah melancarkan kempen zakat 2u 4.0. Kempen tersebut adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pembayar zakat membuat pembayaran secara dalam talian (online). 
Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. " (Surah At-Taubah : 103)
Menyedari akan kesulitan pembayar zakat untuk datang ke kaunter zakat disebabkan kesibukan dalam urusan kerja dan kehidupan seharian. Selain mengambil kira faktor kesesakan lalu lintas serta faktor-faktor lain, PPZ MAIWP melancarkan Kempaen Zakat2u menggunakan pendekatan teknologi yang semakin canggih kini sebagai penyelesaian terbaik kepada pembayar zakat untuk membuat pembayaran secara dalam talian. Kemudahan yng disediakan di dalam Zakat2u adalah lebih canggih dan telus dari kempen-kempen yang sebelum ini iaitu

1. Pengiraan kalkulator zakat automatik yang lebih ringkas.
2. Pembayaran zakat boleh dilakukan dengan lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan penggunaan troli.
3. Penggunaan resit rasmi bayaran online secara sepenuhnya.
4. Bacaan doa untuk para muzakki setelah selesai pembayaran zakat.
5. Integrasi pembayaran zakat menggubakan chatbox FB Messenger.
6. Video tutorial panduan pengiraan.


Kempen ini juga bukan hanya untuk memudahkan pembayar zakat malah dapat memberi info-info berguna dan terkini kepada pembayar/bakal pembayar zakat.

PPZ MAIWP juga mensasarkan jumlah pungutun zakat untuk tahun 2018 adalah RM 25 juta. Malah sehingga Okt 2018 jumlah kutipan adalah sebanyan RM 13.1 juta. PPZ MAIWP juga yakin bahawa sasaran tersebut dapat dicapai malah mungjin menjadi angka yang lebih memandangkan kebiasaan pembayar zakat akan berlumba-lumba untuk melunaskan Rukun Islam ke 4 ni sebelum berakhirnya tahun 2018 ini. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian 1-300-88-57

Comments

  1. Baguslah MAIWP memperkenalkan sistem zakat2u ni lagi mudah nak bayar zakat nanti

    ReplyDelete
  2. da linNovember 4, 2018 at 9:05 AM

    Wah...bagusnya dengan zakat2u 4.0 ni, senang utk kita membuat pembayaran zakat..dah x perlu ada byk alasan lg dah ..

    ReplyDelete
  3. Bagus tuu... Buat yg tak tahu, ppz kutip, baitulmal buat agihan huhu

    ReplyDelete
  4. Senangkan bila semuanya ada dalam satu platform. Dah x boleh create alasan takde masa, leceh dll.. semu dah blh dibayar dlm satu siaten

    ReplyDelete
  5. Bila ada sistem macam ni takde lagi alasan untuk elak bayar zakat. Terbaik kerana memudahkan dan menjimatkan masa. Semua ada dlm satu platform.

    ReplyDelete
  6. that's a nice information. good for those who needed zakat ya.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Bagus nya organisasi zakat kat Malaysia ni makin maju dgn inisiatif2 baru yg memudahkan org ramai macam ni.

    ReplyDelete
  8. Senang buat secara online dan boleh buat kiraan siap3 kan utk zakat. Next bolehla bayar zakat fitrah kat sini kan?

    ReplyDelete
  9. dah mudah nak bayar zakat sekarang. dulu ada alasan bz, takde masa sbb tak boleh kluar office bagai sekarang buat online sahaja.. semua di hujung jari..

    ReplyDelete
  10. Great that online payment is enabled to those who need to pay zakat :) Much more convenient compared to going to counter and waiting for a long time..hehe

    ReplyDelete
  11. This is a very convenient way for my Muslim friends. I wanna share with them this good news

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia

Tunaikan Zakat:Rebutlah Keberkatan Berzakat Dibulan Ramadan Bulan Penuh Barakah

Haruharu | Produk Kecantikan Dari Korea Dengan Teknologi Penapaian Menangani Masalah Kulit Wanita & Lelaki