Tandas Tersumbat!! Ini Cara Paling Murah dan Mudah Atasinya
Pernah mengalami tandas tersumbat? Memang benak sekejap bila tiba-tiba tandas dalam rumah tersumbat, lebih teruk lagi bila air takungan dalam tandas tu sudah melimpah keluar dari mangkuk tandas. Kalau lah ada najis dalam mangkuk tandas tu, tak ke ianya membawa bau busuk dalam rumah. Eeee tak selesanya rasa. Bayangkan dalam masa yang sama, tiba-tiba ada pulak tetamu yang hendak menumpang gunakan tandas, alamak memalukan betul.
Antara punca-punca berlakunya tandas tersumbat:
1. Sistem kumbahan yang tidak diselenggara dengan baik.
2. Terdapat benda asing atau sampah seperti plastik kecil atau rambut.
3. Tabiat buruk individu yang suka membuang tisu, puntung rokok atau sisa tuala wanita ke dalam lubang tandas.
Terdapat beberapa cara untuk menyelesaikan tandas tersumbat. Cara yang chantek pernah lakukan adalah menggunakan cecair peluntur (clorox). Hahaha ye chantek pernah mengalami masalah tandas tersumbat. Bagaikan mimpi ngeri rasanya bila teringat situasi chantek menghadapi tanda tersumbat. Harap-harap ini lah kali pertama dan terakhir buat chantek. Eee semakin di siram semakin penuh mangkuk tandas tu, lebih malang sebab ada ketulan najis, aduhai rasa benak sekejap bila terpandang najis tu. Tapi nak buat macamna kan, nak tak nak kena buat sesuatu supaya masalah ni selesai. Tandas yang tersumbat tu adalah tandas untuk tetamu.
Chantek cuba jolok dengan getah paip tapi tidak berhasil. Puas memikirkan bagaimana nak selesaikan masalah tandas ni. Tiba-tiba chantek dapat idea nak cuba dengan menuangkan clorox ke dalam mangkuk tandas. Chantek gunakan 1 botol yang kecil tu, chantek tuang kesemuanya kemudian Chantek biarkan dalam 2 jam, kemudian chantek tengok air takungan tu dah surut semuanya dan tandas tu sudah tidak sumbat lagi sampai ke hari ni. Alhamdulillah.
Like & Follow
FB page chantek : Ayu Lifestyle Blogger
FB chantek : idayunim
IG chantek : idayunim
Youtube chantek : idayunim
wah mudahnya..guna clorox je..murah dan jimat..nasib mrscantek fikir ye..kalau nak suruh panggil orang mesti kos yang banyak..susah juga kalau dah tersumbat ni ye
ReplyDeletepernah juga guna clorox, tapi yg paling best sekali baik guna acid yg ade jual kat kedai tuuu...makin cepat..hahaha
ReplyDeleteOh, guna Clorox je kwn zira pernah guna air Coca-Cola utk bersihkan mangkuk tandas
ReplyDeletek.el selalu pakai klorok + pencuci pinggan mangkuk untuk bersihkan toilet..tak tau pun klorok juga boleh selesaikan masalah tersumbat jugak..haha
ReplyDeleteOo.. Kiranya hanya guna clorox la jalan penyelesaiannya eh. Okay okay. Good sharing. Boleh simpan info ni. Kut la tiba tiba jadi macam.ni kan.
ReplyDeletehaa.. bagus gak ni.. guna clorox je yea .. baru tahu...nanti boleh try tips ni klu jadi kejadian toilet sumbat.. tq share
ReplyDeleteOh thanks for the tips, tak tau pulak clorox boleh selesai masalah toilet sumbat. Boleh la cuba
ReplyDeleteWah. Thanks sebab share tips gini. Rawlins belajar ilmu baru hari ni. Senang dan murah je.
ReplyDeleteWahhh thanks for tips sharing! Tapi kak min memang biasa nak cuci tandas dan bilik air guna clorox je sebab terjamin bersih berkilau hahaha tp kalo tandas tersumbat guna asid yg beli kat kedai hehe..
ReplyDeleteRasanya selain Clorox mana2 benda berasid pun boleh even coca cola pun boleh guna Tau .Sebab dia menghakis anyway to for sharing!
ReplyDeleteMemang menjadi eh pakai clorox. Tapi kene pakai satu botol tu. Even botol kecik pun, banyak jugak. Tapi tak boleh tinggal lama-lama jugak kan. Nanti warna toilet bowl jadi kuning kuning
ReplyDeleteThanks for the tips. Need to stock up my clorox now instead of hiring plumber.
ReplyDeleteMudah betul yer nak selesaikan masalah tandas tersumbat. Hanya menggunakan clorox sahaja. Mmg azab lah kalau tandas tersumbat. Habis berbau satu rumah.
ReplyDeleteBagus ada tips yang memudahkan macam ni, walaupun alhamdulillah tak pernah mengalami lagi masalah sebegini.
ReplyDeleteWah, sangat azab dan mengerikan kalau kena tandas tersumbat. Bukan senang nak repair. kalau panggil plumber pun mahal
ReplyDeleteBapak senang nak selesaikan.Amni punya rumah selalu sangat jadi macam ni.Mangsa yang akan amni cari cik suami la hahaha.dia la tukang simbah air.pasni amni try cara cik syantek la haha.habis la clorox dlm rumah hahaha
ReplyDeleteTidak tahu pulak sekadar guna clorox sudah boleh menyelesaikan masalah tandas tersumbat ini. Memang bernas lah idea ini. Murah dan berkesan kan? lagipun clorox boleh tolong membasmi kuman. Memang baik. :)
ReplyDeleteLa senang je.. clorox pun benda wajib ada slm rumah so xperlu nak beli produk lain...tp even bukan toilet tersumbat pun, sinki tersumbat pun dah pening ini kan pulak tandas kan?
ReplyDeleteiye ke? aida memang guna clorox tau. utk nyahbau terutama nyer.
ReplyDeletememang tips tandas tak tersumbat rupanya. patut la tandas ok ok aje.
alhamdulillah...
aida byk guna clorox utk pembersihan tandas & lantai. ia murah tapi bagus.
yep. trick ini memang selalu saya buat. tuang je bleach dlm mangkuk tandas. lepas tu tandas bau macam hotel. hehe
ReplyDeletelaa guna clorox dah boleh hilang eh. i pun tk pernah tahu. hehe. thanks for sharing!
ReplyDeletePelbagai guna juga clorox ni . Ingat pakai untuk baju je. Lepas ni kalau toilet tersumbat lagi guna clorox ikut tips ni je kan.
ReplyDeleteYer sama lah kita juga menggunakan clorox hehehehe memang pilihan terbaik tapi kita ada juga guna bahan kimia yang special untuk mencairkan sumbat di paip tapi agak bahaya kena hati-hati gunakan....
ReplyDeleteOh bagusnya. Tak pernah terfikir plak leh guna clorox kan. Lpas ni mudah la kalau tandas tersumbat kan. Terima kasih untuk tips ni
ReplyDeleteMasalah yang menghantui ramai pemilik rumah sewa dan homestay sebab banyak orang jual banyak benda tak sepatutnya ke dalam lubang tandas
ReplyDeleteMemang masalah tandas tersumbat ni memeningkan kepala. Lebih lebih lagi melibatkan urusan yang kotor ni. Ada penyelesaian yang bagus sangat membantu
ReplyDeleteThanks sharing..
ReplyDeleteTq tips yang sangat berguna... Saya dah cuba ternyata berjaya..
ReplyDeleteYaallah benda tu kerr haduhh terbang duit ja suruh org buat kan dah elok tak sumbat 2hari jerr pastu sumbat lagi ...haduhh sakit hati
ReplyDeleteskrg nie lah tndas tgh tersumbat aduhai pkol 1am pagi plak tu nasib dekat KK Mart ada jual clorox tapi sebelum tu dah letak serbuk basuh baju dengan sabun basuh pinggan laju plak air turun lepas tu letak lagi air coca cola nak tgok mcmc mana hasilnya nanti clorox dah stanby untk cara terakhir kejap lagi..
ReplyDeleteSemoga berjaya tau..cayok2
Delete