Resepi Begerdil Tauhu Mesti Anak-Anak Suka
"Nak jaga suami kena jaga dulu perut suami" pesan ayah pada chantek diawal perkahwinan. Alhamdulillah kini usia perkahwinan sudah hampir 12 tahun. Hasil perkongsian hidup bersama suami kami dikurniakan 3 orang cahayamata. Pastinya banyak cabaran dan ujian selama melayari bahtera perkawinan ini. Bukan mudah untuk menjadi isteri dan ibu berkerjaya yang dikurniakan 3 orang cahayamata. Berpegang dengan pesan ayah, chantek sentiasa belajar dan belajar supaya dapat memenuhi permintaan suami dan anak Sehingga kini masih belajar memasak dengan mak chantek sendiri, mak mertua dan mr Google.
Mempunyai ahli keluarga yang suka makan adalah bonus bagi chantek. Sebab semasa dimeja makan, kita boleh nampak sebarang perubahan pada ahli keluarga. Selain itu chantek juga menggunakan kesempatan di meja makan untuk berbincang isu-isu yang ringan. Almaklumlah adab ketika makan, tak elok bercakap banyakkan. Dek kerana keterujaan anak-anak chantek tentang makan, chantek pun teruja untuk mencari idea baru atau menu baru dalam masakan. Hmm lagi-lagi kalau hari diorang tak bersekolah, sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam memang wajib. Memang takda skip-skip punya hahaha. So kali ni chantek nak kongsikan menu minum petang atau boleh juga dijadikan sarapan pagi iaitu Tauhu Begedil. Sekarang ni kan tengah popular orang jual tauhu bergedilkan, jadi chantek pun try la buat. Jom tengok bahan-bahan untuk buat tauhu begedil ni.
Bahan-bahan
1. 4 biji tauhu
2. 2 ketul dada ayam.
3. 1 biji kentang.
4. 1 biji bawang besar
5. 2 biji cili merah
6. 2 sudu besar tepung jagung/tepung gandum
7. 2 helai daun bawang
8. 2 batang daun sup
9. 1/3 Kiub pati ayam (xda pun xpe)
10. Garam secukup rasa (jika perlu)
11. 2 biji telur
Cara-cara
1. Rebus kentang sampai empuk.
2. Potong dada ayam menjadi ketulan yang kecil (seolah-olah macam cincang).
3. Potong tahu menjadi 4.
4. Potong halus daun bawang dan daun sup.
5. Potong halus cili merah.
6. Potong dadu bawang besar.
7. Kemudian masukkan semua bahan ni ke dalam mangkuk/besen kecil kemudian gaulkan sekali. Boleh juga diramas atau gaul menggunakan sudu.
8. Gaul sebati sehingga tauhu dan kentang hancur.
9. Perasakan dengan garam. Sekiranya dah masukkan kiub pati ayam, letak garam sikit jerk sebab kiub pati ayam tu sudah ada rasa masin. Apepun rasa la dulu hihihi.
10. Panaskan minyak untuk menggoreng.
11. Sebelum menggoreng, kepal-kepalkan adunan tadi kemudian celupkan kedalam telur yang dah dipukul dahulu. Kemudian masukkan ke dalam minyak yang telah panas.
12. Setelah kekuningan, angkat dan toskan.
13. Sedia untuk dihidangkan dan di makan.
Simple jerk resepi ni. Korang-korang yang rajin bawa bekal ke pejabat pun boleh buat resepi ni. Ringkas dan mengenyangkan. Boleh makan dengan sos ataupun sambal kicap. Selamat mencuba ye😍😍
Like & Follow
FB page chantek : Ayu Lifestyle Blogger
FB chantek : idayunim
IG chantek : idayunim
Youtube chantek : idayunim
Wah akhirnya dapat tahu pon resepi nk buat tauhu bergedil . Memang fav ni. Part lenyek2 tu suka hahaha. Thanks kak share ��
ReplyDeleteaida pernah beli sekali. tak sedap la, chantek. nak kena buat sendiri kot kan.
ReplyDeleteaida beli tu 12 biji. 4 biji tauhu nyer kosong inti! frust.
anak-anak langsung tak makan. sambal yg disertakan tak menawan kalbu.
tq for resepi. boleh la tiru.
ooo ni style lain plak ye .macam jemput2..ke SA salah pandang..tauhu bergedil mmg fenomena skrg ni kan
ReplyDeleteSekarang ni ramai jual bergedil , sebenarnya kurang minat dengan tauhu sebab tu takut nak cuba haha tapi tq for the recipe nnt boleh cuba sendiri
ReplyDeletewow yummy and delicious I see the pic, now I am feeling hungry. Don't know what to cook then I can come visit your blog to view recipes :D
ReplyDeleteSedapnya begedil tauhu . Rmi org share resepi tp tula tk try lg buat.. Slalu order je hehe
ReplyDeleteBaru je beli tadi 3 bekas. Satu bekas ada 5 biji besar dengan sos kicap dia. Saya baru makan dua biji dah kenyang. Simpan makan malam pulak makan 3 biji. 2 bekas lagi simpan untuk besok hehehe
ReplyDeleteWahh Sedapnye nak rasa juga air tangan Ayu ni, nampak sedap tu.. Bonde suka makan Tauhu Begedil ni dengan kuah kicap yang pedas sikit he he he
ReplyDeleteBoleh try ni. Biasanya ayu buat yang sumbat tauhu yang ni kita beli tauhu lembut dan gaul sekali ya. Anak2 mmg fav bergedil mcm ni
ReplyDeleteSedapnyaaa. Nak try la buat. Dok teringin tauhu bergedil yang orang dok buat tu. Tapi nak buat nampak renyah la pulak. So nak try yang macam ni la.
ReplyDeletethank you for the recipe!! I am gonna to try it~~ yyeah!
ReplyDeleteWaaa letak tauhu erk..boleh cuba nnt. Bergedil ni bukan je kita suka, anak-anak pun suka.. klau buat anak2 mesti kata cekodok.. tu berulang makan..
ReplyDeleteBerselera pulak nampaknya, mesti nak coba ni. Tak makan ayam, masukkan tuna pon ok kut? apa pun, thanks for the recipe
ReplyDeletePetua Awet Muda Untuk Opah
Saya betul-betuk bersetuju. Nak jaga suami kenalah jaga makan dia dahulu. tauhu bergedil memang nampak sangat lazat belaka. :) Thanks for the recipe.
ReplyDeleteLooks so good, I've saved the I recipe, will try it out for my family next weekend.
ReplyDeleteCam buat jemput2 yea resipe puan idayu kita nie.. boleh AM cuba juga pelbagaikan menu makanan anak2 AM.. terima kasih atas perkongsian menu nie yea..
ReplyDeleteOhh ni style goreng terus ye. Sebab selalunya style sumbat tu. Apa2 pun, yang penting sedap. Baru lah tambah berkali2. Hehe..
ReplyDeleteLama dah LZ teringin makan tauhu begedil ni..
ReplyDeleteNampaknya kena buat sendiri ikut resepi chantek..
Thank you for sharing..
Ramai rupa rupanya yang suka makan resepi tahu bergedil ni. pernah makan sebelum ni tapi tak berapa minat
ReplyDeleteTauhu bergedil ni pun pernah viral kan, tak pernah cuba sendiri. tapi kalau dah viral tu mesti sedaplah kan
ReplyDeleteMakanan yang simple macam ni sesuai di nikmati oleh segenap lapisan masyarkat. maklumlah malaysia ni kan syurga makanan. Senang viral
ReplyDelete