Panduan Persediaan Menghadapi Pantang Bersalin

Setiap dari kita pasti mengharapkan cahayamata setelah mendirikan rumahtangga. Sudah pasti kehadiran cahayamata akan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara suami isteri malah memberi sinar baru kepada kedua belah pihak keluarga dengan kehadiran orang baru, pendek kata kehadiran cucu mereka merupakan penyambung keturunan keluarga.

Cepat atau lambat untuk mendapatkan cahayamata adalah terpulang pada rezeki masing-masing. Ada yang mengandung sejurus sebulan perkahwinan atau bunting pelamin. Tetapi ada juga yang telah hidup berumahtangga bertahun-tahun lamanya tapi masih belum dikurniakan cahayamata. Macam chanteq pulak ngam-ngam setahun kami dikurniakan cahayamata petama pada Dis 2007. Syukur diatas rezeki yang diberikanNya, cepat atau lambat, chanteq dan suami tiada masalah, semua tu rahsia Allah.

Chanteq dan suami dikurniakan 3 orang cahayamata, seorang lelaki dan 2 orang perempuan. Nor Sarah Hasuna 11 tahun, Nor Sarah Aqilah 6 tahun dan Muhamad Aqil Amsyar 4 tahun. Kakak dan yang no 2 chanteq bersalin secara normal manakala yang kecil sekali chanteq bersalin secara pembedahan. Beruntung juga rasanya sebab dapat pengalaman bersalin secara normal dan pembedahan. Berikutan dari pengalaman itu, chanteq nak kongsikan tips-tips yang mungkin berguna untuk ibu-ibu yang kali pertama nak melahirkan. Pastinya perasaan teruja lebih-lebih lagi hendak menerima kelahiran zuriat pertama hasil perkongsian bersama yang tersayang.

Keperluan Si Manja
Keterujaan untuk menyambut kelahiran cahayamata memanglah sangat tinggi. Pastinya sebagai ibu bapa inginkan yang sempurna dan mencukupi untuk si kecil. Tapi perlu diingatkan, berbelanja tidak perlu berlebih-lebih. Contoh pakaian, tidak perlu beli terlalu banyak cukup sekadar ada baju lengan panjang (cuaca sejuk), lengan pendek (pakaian siang) dan baju yang berlubang-lubang (cuaca panas) tu. Saiz pula seeloknya beli saiz 0-3 bulan. Kenapa bukan saiz NB (new born). Boleh nak beli tapi nanti tak boleh pakai dalam jangkamasa yang lama, lagi-lagi kalau baby korang kuat menyusu hmm alamatnya sekejap sahaja boleh pakai lepas tu dah sendat. Tapi kalau tisu basah seeloknya beli lebih sikit, bukan si kecil, ibunya pun nanti akan gunakan tisu basah tu nanti.

Keperluan Ibu
Semasa nak melahirkan anak yang pertama, chantek suka tanya-tanya pada kawan di pejabat tentang pengalaman diorang melahirkan. Banyak tips, panduan dan nasihat yang chanteq dapat. Barang/keperluan yang ibu-ibu perlu ada ialah:
1. Seluar dalam pakai buang- sangat membantu chanteq semasa diawal berpantang. Lebih mudah untuk dikendalikan. Chanteq pakai pada minggu pertama selepas bersalin. Masa darah nifas tengah banyak, darah yang terkena pada seluar dalam tu senang hendak dicuci berbanding seluar dalam yang kain. Nak melangkah mandi pun penuh berhati-hati, inikan nak memberus seluar dalamkan.

2. Manjakani - Chanteq memang suka sangat amalkan manjakani semasa dalam pantang, tak kiralah direbus menjadi minuman atau kepal dengan nasi dan telan. Manjakani sangat bagus membantu mengecutkan rahim. Percayaah jika dimalkan, dalam masa beberapa hari, rahim mula kecut dan duduk ditempat asalnya. Jadi beli manjakani yang mentah dekat kedai jamu siap-siap supaya tak kalut nak cari selepas bersalin nanti. Bukan apa, nak suruh orang lelaki (suami) takut tak jumpa-jumpa.
3. Teh Mascotek - Ianya juga sangat bagus diamalkan semasa berpantang, minum setiap pagi sebelum/semasa bersarapan. Banyak khasiat mascotek, chanteq pun dah tak ingat tapi yang pasti, badan chanteq akan rasa selesa dalam berpantang sebab badan x sakit-sakit sebab masuk angin. Mascotek juga membantu mengecutkan rahim

4. Mandian Herba - Salah satu yang wajib chanteq cari dan beli sebelum bersalin. Lebih bagus kalau ibu-ibu boleh buat sendiri ramuan mandian herba, tapi chanteq malas nak susahkan suami dan mak chanteq untuk cari akar kayu, jadi chanteq beli yang dah siap dijual kat kedai-kedai jamu. Setiap kali mandi pagi chanteq akan mandi dengan herba mandian. Jadi taklah rasa lemau jerk, badan rasa segar dan badan pun wangi jerk.

Pilih Tempat Melahirkan
Semestinya bakal ibu perlu merancang lebih awal, dimana hendak melahirkan bayi korang. Sekiranya berhajat untuk melahirkan di hospital swasta, perlu ada bajet yang lebih, ini kerana korang tidak tahu samada korang akan mengahadapi implikasi/masalah semasa/selepas melahirkan. Sebagai contoh, mungkin timbul kesukaran ketika kelahiran jadi terpaksa melakukan pembedahan jadi kos perubatan disitu telah berubah. Atau contoh lain mungkin semasa proses melahirkan, korang kehilangan banyak darah jadi memerlukan penambahan darah dan ia juga mempengaruhi kos perubatan. Semestinya kos bagi kemungkinan-kemungkinan tadi adalah lebih murah jika di Hospital Kerajaan.

Pilih Tempat Berpantang
Sebelum bersalin, bincang dengan suami dekat mana hendak berpantang. Pada yang masih ada mak, lebih baik berpantang dengan mak sendiri atau mungkin dengan ibu mertua. Atau saudara terdekat yang lebih tua dan ada pengalaman menjaga ibu berpantang. Kedengaran seperti perkara remeh tapi sebenarnya juga penting. Sebab berpantang bersalin bukan perkara yang dianggap mudah, perlu ada penjagaan yang rapi dari orang yang ada pengalaman.

Begitulah serba sedikit tips yang chanteq boleh kongsikan. Diharapkan boleh memberi serba sedikit panduan kepada ibu-ibu yang bakal melahirkan. Kepada ibu-ibu yang akan melahirkan, semoga selamat melahirkan. Anggaplah kesakitan dan kepayahan melahirkan sebagai ujian  dari Allah. Syukurilah nikmat tidak ternilai yang Allah berikan tatkala melihat anak yang dikandung berada dalam dakapan.



Like & Follow

FB page chantek : Ayu Lifestyle Blogger

FB chantek : idayunim

IG chantek : idayunim

Youtube chantek : idayunim









Comments

  1. Walaupun belum kahwin, tapi panduan2 begini zaza pun kena baca dan ambil tahu.. Sekurang2nya nanti di masa akan dtg senang lah sikit kan..

    ReplyDelete
  2. Mandian Herbz Bersalin tu best sgt kan.. rasa badan segar je lepas mandi air herba

    ReplyDelete
  3. Selalunya ni lah perkara paling mak2 yg bakal pening..kdg2 ada yg terlepas pandang..sbb tu kena buat list kan

    ReplyDelete
  4. Betul tu. Semua kelengkapan boleh sediakan awal awal. Yela, dah bersalin dgn kdaan badan sakit sakit, mana sempat nak mencari semua tu kan..

    ReplyDelete
  5. Wah macam macam kena sedia sebelum bersalin bukan sahaja untuk babi but untuk ibu juga.

    ReplyDelete
  6. Memang kena sediakan semua persiapan sebelum bersalin memeudahkan kita masa pantang nanti

    ReplyDelete
  7. Dugaan betul untuk org bujang macam emi ni bila tengok orang dapat baby. Nak baby jugak tapi kita tak kawen pun lagi hahah. Btw emi suka baca tips2 utk bakal ibu mcm ni. Infor berguna utk masa depan.

    ReplyDelete
  8. jamu-jamu semua tak pernahbeli ke apa..hehee..lepas dalam 3 bulan pantang baru makan jamu..mandian pun mandi air panas je..fikri utk makcik urut dengan kperluan anak je

    ReplyDelete
  9. Jamu baguskan untuk kita orang pompuan, nanti kalau kena pantang boleh tengok balik

    ReplyDelete
  10. bagunsnya entry ini. walapun tak kawin lagi tapi informasinya begitu membantu tq for sharing ya

    ReplyDelete
  11. Bagus entry ni , cant brain yang malas berpantang lepas bersalin , badan nak pakai lama hehehe .. nasib baik berpantang dengan mak haritu hihi

    ReplyDelete
  12. Panduan yang bagus untuk wanita yang akan bersalin.. masa pantang memang kena jaga supaya badan sihat selalu..

    ReplyDelete
  13. Panduan persediaan sesuai untuk ibu yang akan bersalin. Good sharing this, shall tell my friends too!

    ReplyDelete
  14. Nampaknya dah ada orang yang menunggu waktu nak melahirkan anak. gud luck sis. semoga lancar semuanya

    ReplyDelete
  15. Persediaan awal itu sangat penting dalam menyambut ahli keluarga baru kan. Semoga semuanya berlalu dengan baik dan di permudahkan. Banyakkan zikir sis.

    ReplyDelete
  16. Bagus lah tips tips berpantang ni. Teh Mascotek tu memang berkesan lah menjaga kesihatan, sebab nenek kita yang dah umur 70 tahun pun minum juga teh tu, sampai sekarang jalan tak perlu pakai tongkat .

    ReplyDelete
  17. Kalau wanita nak sihat dan kekal cergas walaupun usia dah meningkat lanjut, elok jaga kesihatan dan berpantang betul betul masa bersalin.

    ReplyDelete
  18. Bagus share pasal ni sebab skang ramai sangat ibu moden amik ringan benda2 macam ni.End up macam2 komplikasi berlaku semasa pantang(mtk simpang).

    ReplyDelete
  19. InsyaAllah saya akan bersalin bulan oktober ni. Tempat bersalin, tempat berpantang semua dah difikirkan. Orang untuk datang berurut dan mandi herba pun dah ada. Cumanya saya tak makan jamu jamu tu

    ReplyDelete
  20. Patutlah badan maintain pas bersalin.. banyakkan pantang rupanya.. AM nie suka skip pantang terutamanya air sejuk.. paling lama bertahan dua hari je tanpa air sejuk.. pastu dah kelam kabut cari air sejuk.. skrg sakit sendiri terpaksa la tanggung kan?? Degil xnak pantang.. padan muka AM.. hehehe..

    ReplyDelete
  21. Bila berpantang mmg Liez akan follow amalan berpantang ketat.. actually seronok walaupun xdpt makan sedap-sedap hihihi.. kena jaga badan sbb nak pakai lama kan..

    ReplyDelete
  22. Perkongsian yang amat berguna buat bakal2 ibu. SIs dah lama lepasi fasa berpantang ni..hehehe, tapi bolehlah nanti kongsi gan anak menantu pulak

    ReplyDelete
  23. Nampak gaya mcm kak idayu dah bersedia utk berpantang lagi je. Ahaks ! Terima kasih berkongsi tips nie. Boleh buat persediaan utk kahwin nanti

    ReplyDelete
  24. Menjadi seorang ibu memang impian semua wanita bukan. Tapi kena sentiasa berjaga-jaga dan jangan ambil mudah masa pantang. Kena banyak belajar dari orang yang berpengalaman. Tips ni untuk Lia juga bila ada anak nanti.

    ReplyDelete
  25. Memang susah jadi ibu. Especially bila time 'pantang'. time ni le kena jaga properly. Good list dear. Boleh ibu yang tak berpengalaman buat reference.

    ReplyDelete
  26. Seronok bila lepak dengan kawan2 yang baru dan dah menjadi ibu. Dengar kisah dan tips dr diorang berpantang. Macam 2lah. Memang ternyata bukan mudah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Serendah RM10 | Kempen Tabung Didik PPZ-MAIWP Tanam Didikan Patuh Syariah

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia

Sugardoll - Pakar Penjagaan Rambut Masa Kini