Kopi Kampung Homemade Ibu Mertuaku
Suka minum kopi?? Tapi pernah tak korang terfikir dari mana asalnya kopi dan bagaimanakah kopi terhasil??
Sejarah Kopi
Kopi merupakan minuman utama dunia selepas teh. Kopi sangat diminati kerana keharuman aromanya dan kepahitan rasanya dapat merangsang serta menjadikan badan terasa segar. Pada asalnya, kopi bukanlah sejenis minuman tetapi dijadikan bahan makanan oleh puak-puak Afrika dimana buah kopi boleh memberikan tenaga. Pertama kali kopi diminum pada abad kesembilan, apabila ianya ditemui di Etiopia kemudian ke Mesir dan Yemen kemudian terus merebak keseluruh dunia sehingga kini.
Hasil carian Google : Pokok Kopi |
Mengenali Kopi
Kopi adalah sejenis tanaman yang tergolong dalam keluarga Rubiaceae dan dikatakan berasal dari kawasan Tropika di Benua Afrika. Terdapat tiga jenis kopi yang biasa ditanam iaitu kopi Arabica, Robusta dan Liberica. Kopi jenis Arabica adalah yang pertama diperkenalkan di negara ini dan ia dipercayai dibawa ke Semenanjung pada tahun 1779. Bagaimana pula dengan pokok kopi, mesti ada diantara korang yang tidak mengenali pokok kopi kan?? Atau pendek kata tak pernah pun tengok pokok kopi. Pokok kopi menghasilkan buah kopi yang berwarna merah apabila masak/cukup matang.
Hasil carian Google : Biji kopi yang matang berwarna merah |
Proses Menghasilkan Kopi
Kopi terhasil daripada biji buah kopi yang diproses sehingga menjadi serbuk yang dibancuh untuk dijadikan minuman. Buah kopi yang merah ini di kutip dan dijemur sehingga kering dan bertukar ke warna hitam. Buah kopi yang kering ditumbuk untuk mengeluarkan biji kopi bagi menghasilkan serbuk kopi. Baru-baru ini cgantek berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana serbuk kopi dihasilkan. Mak mertua chantek menghasilkan serbuk kopi sendiri tau, malah kopi kampung sangat terkenal di kalangan penduduk Kampung Batu Besar, Sik, Kedah ni. Boleh dikatakan penduduk kampung disini tidak meminum serbuk kopi yang dijual di kedai-kedai.
Biji kopi yang telah dijemu |
Biji kopi digoreng diatas dapur kayu |
Biji kopi yang telah masak digoreng |
Setelah biji kopi telah masak, biji kopi tersebut disejukkan di atas dulang. Seterusnya adalah proses memasak gula.
Proses memasak gula |
Biji kopi dan gula yang telah dimasak digaul sebati
Biji kopi yang telah sebati di angkat dan disejukkan di atas dulang |
Fb page chantek : Ayu Lifestyle Blogger
Youtube chantek : Idayunim
Tahukah Anda?? Pada tahun 1675, Raja England menitahkan semua premis kopi ditutup dan diharamkan kerana baginda mempercayai bahawa kedai kopi adalah sarang konspirasi terhadap pemerintahnnya.
Bestnya mk mentua pandai buat sendiri.. Bila2 nanti boleh la try beli sepeket nak rasa
ReplyDeleteRumah nenek saya dulu ada pokok kopi tapi sekarang dah mati memang wangi bau bunga kopi
ReplyDeleteMesti lagi best kopi yg proses sendiri ni. Nti nk try usha2..
ReplyDeleteakak penggemar kopi tau..Sampai rasa cam tak boleh sehari tak minum kopi..Tapi dah berhenti minum kopi.. Tengok gambar kopi mak mertua Chantek ni rasa macam nak pi kedai beli serbuk kopi pulak..hahah
ReplyDeleteWahhh pandainya buat homemade kopi..iols mmg pengemar kopi..kdf2 kalau rs pening terus cari kopi
ReplyDeleteRose salah seorang penggemar kopi.. sedap aroma kopi ni kan :)
ReplyDeleteDekat uma mertua wawa ada kopi juga..mak mertua selalu petik kopi & jual dgn apek.. Klo rse nk minum baru buat sndri..sedapp ..
ReplyDeleteWahh, ni pestime tengok cara org buat kopi. Ada masuk gula ya. Mesti aroma dia lagi best kan..
ReplyDeleteheyyy...mak awak takde kirim utk kita satu paket ke? #menagihsimpati.. LOL
ReplyDeleteSeronoknya dapat tengok se diri depan mata proses buat serbuk kopi nih..
ReplyDeleteBestnya dapat tengok depan2 cara buat..mesti lama tu buatnya kan..nampak cantik je lepas jadi serbuk
ReplyDeleteOh best nyer your mertua boleh buat kopi kampung, hopefully i can try it too.
ReplyDeleteWahh.. Bestnya dapat tengok depan mata cara penghasilan kopi.
ReplyDeletewow! i hope have a chance to visit.Good to know more about coffee.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBagusnya rajin buat kopi sendiri - lebih selamat dan lebih murah kan. Bahagianya dapat minum kopi kampung di pagi hari, especially bila hujan. Hehe
ReplyDeleteBagus entry ni berkongsi pengalaman hasil ka kopi 'homemade'.
ReplyDeleteLepas baca ni dapat info cara hasilkan kopi.
What an interesting post. I have visited coffee factory before but did not know that there are people who produces homemade coffee! I can imagine that it is more aromatic compared to commercial coffee.
ReplyDeleteWow! I haven't try this dish yet.
ReplyDeleteWondering how was the taste. :)
Wow never been so close learn and see how coffee powders was made! This is so cool =) Thanks for sharing!
ReplyDelete