Resepi 5 Minit;Koktail Sumi

Sebut jerk nama koktail, pasti terbayang air susu yg sejuk masuk dalam tekak, aduhai sedapnya lagi-lagi kalau tengah dahaga dalam cuaca panas. Koktail juga adalah kegemaran chantek dan anak-anak. Chantek buat banyak-banyak lepastu simpan dalam peti sejuk, bahan-bahan yang chantek guna x mudah masam atau basi. So, hari ni chantek nak kongsikan resepi minuman koktail, campak-campak, mudah, sedap dan menarik bila di hidangkan. Cadangan hidangan untuk resepi ni adalah 20 orang atau lebih, atau senang cerita sesuai untuk kalau majlis kecil-kecil dirumah, kalau nak buat banyak lebihkan bahan-bahannya.


gambar dari mr. Google
Bahan-bahan:
Sumi 4 bungkus dibelah dua (sebarang jenama)
Susu cair 2 tin (sebarang jenama)
Gula 4 sudu besar
Air kotak (yang besar) perisa soya (sebarang jenama)
Nata de coco @ buah campur di dalam tin atau kedua-dua sekali
Air Batu

Cara-cara:
Cairkan gula di dalam air panas atau lebih mudah gunakan air gula. Kemudian campurkan dengan semua bahan-bahan lain. Semasa mencampurkan bahan-bahan, air nata de coco tidak perlu diambil manakala hanya air buah campuran diambil dan dicampurkan sekali. Akhir sekali rasa, bila dah cukup manis simpan di dalam peti seju atau minum bersama air batu. 

Mudah sahajakan?? Tapi sangat-sangat digemari lebih-lebih lagi budak-budak. Selalunya chantek beli bahan-bahan dekat kedai 99 Speedmart jerk. Tapi terpulang dekat kedai-kedai runcit atau mana-mana supermarket pun senang nak dapatkan bahan-bahan ini.


gambar dr mr. Google;hanya cadangan, boleh menggunakan bahan dari jenama lain
selamat mencuba ok!!!!!!


like & follow 

fb page chantek : Ayu Lifestyle Blogger

fb chantek : Idayu Nim

IG chantek : idayunim

Yuotube Channel : idayu nim



Comments

  1. Boleh la akak buat untuk kawan- kawan anak akak nak beraya Ahad ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes kak, budak2 mseti suia, sbb ada sumi. Sebelum ank2 sampai sejukkan dlm peti sejuk dulu. Mesti laku punya

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia

Disarankan Boikot | Polis Evo 2 Bukan Biasa-Biasa

Tunaikan Zakat:Rebutlah Keberkatan Berzakat Dibulan Ramadan Bulan Penuh Barakah