Penangan Laksa Johor Di Rumah Terbuka Mak

gambar dari mr. Google
Sebulan puasa kini tiba Syawal menjelma, ehhh dah macam lirik lagu raya plak lalalala. Hari ini merupakan 12 Syawal mesti ramai yang sibuk mengadakan Jamuan Raya/Open House untuk saudara mara, sahabat handai, kenalan dan jiran-jiran kan. Anak-anak pulak seronok dapat duit raya. 

Dalam kemeriahan beraya kesana kesini tu, ada tak yang bertanya "Bila u nak buat open house??" ataupun "Nanti buat open house jangan lupa jemput kami ok!!" Haaaa kan dah pening nak memikirkan juadah apa yang nak dijamu kepada tetamu yang datang nanti.

Ok untuk entry kali ini, chantek nak kongsikan menu yang sesuai untuk korang sediakan semasa Majlis Rumah Terbuka nanti iaitu Laksa Johor. Baru-baru pada 4 Syawal mak chantek buat open house untuk sanak saudara dan jiran tetangga, so salah satu menu adalah Laksa Johor. Menu ni adik chantek, Ain Nam yang sediakan, actually dia memang superwomen bila di dapur. Air tangan adik chantek memang terbaik. Jom chantek kongsikan resepi yang chantek cedok dari adik chantek.

Kuah Laksa Johor

Bahan bahan:
1 paket spaghetti - makan 10 orang
1kg ikan tongkol 
¾ cawan rempah kari ikan Babas
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa

Bahan kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar

Ulam ulam:
Timun **diracik
Taugeh
Kacang Panjang **dipotong kecil
Limau kasturi **potong dua
Daun Kesum **dihiris awal - xda pun xpa
Lobak Masin **dihir halus - xda pun xpa
Cili Merah **dihiris
Bawang Goreng

Cara cara:
Ikan dibersihkan kemudian direbus dengan asam keping dan sedikit garam.  Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air rebusan ikan tadi. Ketepikan.

Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.

Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.

**Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah pandai-pandai mengagak memasukkan air supaya kuah tidak terlalu cair atau terlalu pekat.

Spaghetti

Masak air dalam periuk. Bubuh garam dan sedikit minyak masak dalam air rebusan tu. ** Minyak masak tu supaya spagheti tidak melekat-lekat dan mudah untuk dimakan. Bila air dah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus. Ada sesetengah orang tak pandai nak rebus spagheti sebab tak tau macam mana keadaan spagheti yang dah masak, senang jerk bila dah rebus dalam 20 minit, ambil sehelai dan kunyah, jika tiada rasa keras, so spagheti tu dah masak. Spagheti yang betul-betul masak akan rasa kenyal-kenyal dan tidak keras. Bila dah spagheti dah masak, toskan dan biarkan sejuk.

Sambal Belacan:

Cili Padi **20 biji
Belacan **sebesar kiub pati ayam
Cili kering kisar **5 tangkai direbus
Limau Kasturi untuk perahan
sedikit gula, garam & serbuk perasa

Cara-cara:
Goreng cili padi dan belacan kemudian kisar bersama cili kering,  gula, garam dan serbuk perasa. Kemudian perahkan limau kasturi.

Tips makan sedap.

** kuah laksa johor tidak perlu di makan melaut macam makan laksa utara, cukup sekadar dapat digaul rata dengan spagheti sahaja. Kata mak chantek nak lagi berselera makan laksa johor dengan tangan macam makan nasi bukan dengan sudu. 


selamat mencuba ok

chantek & my big family
mak saudara & sepupu dah ready dgn pinggan nak mkn Laksa Johor

mak saudara, cantik-cantik kan







Comments

  1. Akak blom dapat nak pergi berkunjung rumah terbuka lagi sebab kesihatan Mak akak kan..so kena bagi tumpuan penuh kat dia dulu..apapun..Laksa Johor antara my fav dishes...sedapnyaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar ye kak Insyaallah mak akak akn sihat semula. Oooo akak suka laksa johor ye, ayu suka kalau mkn sambal lebih pedas2 masam, wow3

      Delete
  2. terbaik la cik chantek.....👍

    ReplyDelete
  3. Wow... pandainya siap ada resepi boleh la cedok simpan buat tk tahu la bila. Apa2pun sedap laksa Johor pekat melekat 3 hari sesedapannya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sugardoll - Pakar Penjagaan Rambut Masa Kini

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia

Sajian Nostalgia Lama Konsep Buffet Ramadhan di Hotel Tenera