Makanan Dalam Kuali, Inspirasi Nelayan Laut Mediterranean di Fish&Co.


Baru-baru ini chantek dan keluarga berpeluang berbuka puasa di Fish & Co. cawangan Sunway Vellocitymall. Satu pengalaman yang baru bagi chantek dan keluarga sebab seperti biasa makanan ruji Malaysia iaitu nasi dan pasta tempatan seperti mee goreng, mee kari dan pelbagai jenis mee lagi, menjadi hidangan utama kami sekeluarga ketika berbuka puasa. Kali ini kami cuba mengubah selera dengan berbuka puasa dengan menu berasaskan seafood.


Perjalanan dari rumah chantek ke SVMall ni tidak berapa jauh. Kami bergerak menggunakan khidmat Grab dan charge nya hanya RM9 sahaja daripada Bangunan Risda, Ampang. Kalau menaiki kenderaan awam, Stesen MRT Maluri bersebelahan sahaja dengan SVMall ni. Boleh berjalan kaki dalam 5 minit.  Yang best nya, sambil-sambil berbuka puasa boleh juga kami cuci-cuci mata dan survey baju raya. Ramadhan tinggal sepuluh hari tapi baju raya pun tiada lagi. Anak-anak dah sibuk bertanyakan baju raya, hahaha sebenarnya chantek dan suami belum decide apa-apa pun tentang persiapan raya tahun ini. 'kami sengaja nak mencuba buat persiapan last minute kikiki. 


Ok berbalik pada Fish & Co. tadi, sesampai di restorant, anak-anak teruja dengan hiasan dinding di cawangan SVMall ni, si Aqil (4 tahun) " Ibu ikan tu tak makan kita ke??" Tergelak Kakak Suna (11 tahun) dan Kak Qilah (6 tahun) dengar. Chantek jawab bukan ikan tu makan kita, kita yang nak makan dia.

Bersempena Ramadhan ni bermula 16 Mei 17 hingga 17 Jun 17, Fish & Co. menyediakan hidangan berbuka puasa " Sedap Feast For 2" untuk 2 orang dimana set ini didatangkan dengan 2 jenis hidangan Fish and Chips dan 2 jenis minuman moktail. Pelanggan sendiri boleh memilih antara menu Fish & Chips yang berbeza rasa dan topping, minuman moktail yang sangat menyegarkan serta didatangkan dengan sup cendawan yang berkrim dan berkhasiat dengan Chowder Fish.
The Best Fish & Chips
Soup of The Day
New York Fish & Chips
             
 Anak-anak chantek menikmati Pirate's Treasure (spaghetti)

Pilihan Sedap Feast For 2 kami sekeluarga pada petang tersebut adalah New York Fish & Chis dan The Best Fish & Chips manakala minuman moktail adalah Lychee Mojito dan Limo Fizz. Anak-anak chantek pula memilih menu dari Kids Menu iaitu Pirate's Treasure (spaghetti) dan Ice Lemon Tea.


Pilihan Minuman Koktail
Kiri: Ice Lemon Tea Tengah: Lychee Mojito Kanan: Limo Fizz

Bagi chantek pilihan Sedap Feast For 2 ni menjimatkan lebih-lebih lagi chantek mesti datang bersama keluarga. Bagi yang datang bersama-sama rakan-rakan sekerja juga disyorkan memilih Sedap Feast For 2 ni. Sebab apa?? Jika chantek memesan menu pilihan chantek secara ala cart chantek perlu bayar RM 72.80 manakala Sedap Feast For 2 hanya RM 65.95 SAHAJA. Jimat kan???

*New York Fish & Chis(RM24.95) + The Best Fish & Chips(RM21.95)=RM 46.90
Lychee Mojiti(RM 12.95) + Limo Fizz(RM12.95) = RM 25.90
TOTAL RM 72.80*

Selain menu yang chantek dan anak-anak pilih, ada banyak lagi pilihan menu yang pastinya sedap-sedap. Anak-anak chantek suka sangat dengan makanan di Fish & Co. Lebih-lebih lagi apabila melihat makanan yang dipesan dihidangkan di dalam pan, tapi tidak perlu risau kerana pan tersebut tidak panas dan tidak membahayakan bagi sikecil. Psttt chantek nak pesan kalau datang ke Fish & Co., uols wajib pesan moktail Lychee Mojito dan jangan skip untuk makan Soup of The Day, terrrrrbaikkk ok, chantek sangat-sangat suka. Pilihan menu boleh lihat di SINI




Alhamdulillah pilihan menu chantek sekeluarga adalah tepat dan kami sangat gembira menikmati berbuka puasa di Fish & Co. Malah layanan dari staff di sini juga sangat baik.

Selain cawangan di Sunway Vellocitymall ini, terdapat juga Fish & Co. cawangan-cawangan lain seperti:

Ingin menikmati hidangan di dalam pan/kuali sepertimana mudahnya para nelayan Laut Mediterranean menikmati hidangan mereka? Jom datang ke Fish & Co. hari ini dan nikmati kelazatan hidangan semua makanan lautnya disediakan dengan cara yang mudah danl tetap mengekalkan rasa semulajadi makanan laut. Dimasak hanya menggunakan makanan laut yang segar, serta bahan-bahan semulajadi dan sihat seperti herba, minyak zaitun dan pelbagai rempah dari seluruh dunia untuk memastikan pelanggan dapat menikmati makanan yang sihat. 

Menjelang akhirnya Bulan Ramdhan ni, ramai yang akan memilih untuk tidak memasak atau lebih selesa berbuka puasa di luar rumah. Oleh itu pesanan tempat duduk juga boleh dibuat secara online di laman web rasmi Fish & Co di SINI. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi Fish & Co. atau Like & Follow di laman Social media:



"One Bited And You Hooked"






















Comments

Popular posts from this blog

Sugardoll - Pakar Penjagaan Rambut Masa Kini

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia

Sajian Nostalgia Lama Konsep Buffet Ramadhan di Hotel Tenera