140 Tahun Menjadi Bahan Utama Biskut Raya Dengan Quaker Outs



Seronokkan kalau dapat buat sendiri biskut raya kan?? Tapi tak tahu nak buat biskut apa?? Resepi pun xda..Kali ini chantek kongsikan resepi biskut raya dari bahan utamanya adalah jenama no 1 dunia, QUAKER OATS. Sejak dari zaman mak-mak kita dahulu lagi, quaker oats adalah satu jenama yang memang dipercayai mempunyai serat yang tinggi, protein, vitamin dan mineral. Selama 140 tahun, jenama Quaker telah menjadi simbol kualiti, mempunyai rasa yang hebat dan kaya dengan khasiat.


Chantek dan anak-anak sendiri menjadikan quaker oats minuman wajib setiap kali Ramadhan, sebab chantek dan anak-anak akan minum oats ketika bersahur. Bukan itu sahaja chantek mengamalkan minuman oats ketika berpantang tau. Sudah tentukanlah khasiat oats akan memberikan tenaga semasa berpantang dan membantu memperbanyakkan susu badan.


Ok sekarang, chantek nak kongsikan resepi dimana ianya adalah ilham dari Chef Selebriti Anis Nabilah. Selain dibuat minuman, oats juga boleh dipelbagaikan cara hidangannya termasuklah biskut raya. 

Selain berkongsi keseronakkan meraikan Aidilfitri, makanan yang lazat dan berkhasiat juga perlu dikongsi bersama keluarga dan tetamu. Hari Raya ini, cuba resipi Quaker Oats baharu seperti Kari Ayam Merah dengan Oats dan Soup Kambing Quaker Oats, ataupun biskut Raya yang lazat dengan resipi chef selebriti Anis Nabilah seperti Biskut Beri Biru Multigrain Cereal dan Biskut Onde- onde Oatmeal.



Biskut Campuran Bijiran Beri Biru

Saiz Hidangan: 40
Kredit: www.quaker.com.my

Bahan-Bahan

  • 125g marjerin
  • 100g gula kastor
  • 1 biji telur
  • 150g tepung naik sendiri
  • ½ sudu teh soda penaik
  • 60g beri biru kering
  • ½ sudu teh garam laut 
  • 120g Quaker Multigrain Cereal
Cara-cara membuat

1. Prapanaskan ketuhar pada suhu 180°C. Lapik dulang pembakar dengan kertas silikon. 

2. Pukul marjerin dan gula dalam mesin pengadun hingga putih dan berkrim. Tambahkan telur. Masukkan tepung, beri biru dan garam. Gaul hingga sebati. 

3. Tuangkan Quaker Multigrain Cereal ke dalam mangkuk. Cedok sesudu teh penuh doh biskut. Golek doh dalam campuran bijiran supaya disaluti bijiran dan 
menjadi bentuk bebola. 

4. Letakkan bebola atas dulang dengan jarak satu inci antara satu sama lain untuknya berkembang. 

5. Bakar selama 15-18 minit atau sehingga warnanya keemasan. Alihkan ke redai kuih untuk disejukkan. 

Senang sahajakan.. kalau nak lagi resepi yang lain boleh dapatkan di www.facebook.com/QuakerMalaysia atau www.quaker.com.my 


                                           TAHUKAH ANDA!!!!!

Tiap-tiap 9.4g serat dalam setiap 100g bersamaan 7 kali lebih daripada beras putih


Oats juga kaya dengan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum

Bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta Glukan dan vitamin B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein, serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia

Comments

Popular posts from this blog

Sugardoll - Pakar Penjagaan Rambut Masa Kini

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia

Sajian Nostalgia Lama Konsep Buffet Ramadhan di Hotel Tenera