Tunaikan Zakat:Rebutlah Keberkatan Berzakat Dibulan Ramadan Bulan Penuh Barakah



16 Mei 2018 bertempat di Wisma PPZ Sharmelin Perkasa, Cheras berlaku satu Sidang Media Khas Ramadan PPZ-MAIWP 1439 oleh Tuan Hj Ahmad Shukri Yusoff iaitu Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP.

Sidang media tersebut adalah bertujuan mewarwarkan kepada umum bahawa MAWIP bertanggungjawab untuk mengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan manakala pihak Baitumal- MAIWP pula bertanggungjawab bagi mengagihkan zakat. Disamping itu juga majlis tersebut adalah bertujuan sebagai pemakluman perkhidmatan PPZ-MAIWP di bulan Ramadan dengan tema "Ramadan Dinanti, Zakat Dihati" serta #Ramadan Terbaik.  Selain Zakat Fitrah sebanyak RM 7.00 , pelbagai jenis Zakat Harta yang boleh ditunaikan di kaunter cawangan PPZ-MAIWP iaitu:

1.  Zakat Pendapatan
2.  Zakat Perniagaan
3.  Zakat Simpanan
4.  Zakat Ema
5.  Zakat KWSP
6. Zakat Saham
7. Qadha Zakat

Bagi memudahkan Umat Islam membuat pembayaran zakat, PPZ-MAIWP menyediakan 6 saluran pembayaran zakat yang mudah iaitu:

1.  11 Kaunter Zakat PPZ-MAIWP  yang DIBUKA SETIAP HARI TERMASUK CUTI UMUM
bermula dari jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang malah istimewanya di Bulan Ramdhan, kaunter zakat PPZ-MAWIP dibuka sehingga hari terakhir Puasa iaitu sehingga jam 1.00 petang. Berikut adalah senarai lokasi kaunter-kaunter tersebut.

     a.  Dataran Sharmelin Perpasa yang juga HQ PPZ-MAIWP
     b.  Plaza Rah, Kampung Baru
     c.  Masjid Negara
     d.  KLSC, Wangsa Maju
     e.  UTC KL, Pudu Sentral
     f.  Presint 9, Putrajaya
     g.  Presint 15 Diplomatik, Putrajaya
     h.  Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Kepong
     i.  Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, TTDI
     j. Masjid Abdul Rahman bin Auf, Jalan Puchong
     k. Labuan Time Square

2. Portal PPZ-MAIWP Pengguna hanya perlu layari www.zakat.com.my. Pengiraan zakat boleh dibuat secara menrus melalui Kalkulator Zakat Pendapatan. Seterusnya boleh membuat pembayaran secara online menerusi FPX .

3. Perbankkan internet - Sebanyak 14 Bank telah dilantik sebagai agen bagi memudahkan pembayaran zakat di PPZ-MAIWP.


4. Tambahan potongan gaji zakat melalui SKIM TOHIR (Skim Potongan Gaji Zakat). Dengan tema kebaikan "Kebaikan Menuai Keberkatan". berikut adalah langkah-langkahnya

    a. Isi Borang 052 yang boleh didapati di 11 kaunter PPZ-MAIWP atau di portal PPZ MAIWP atau      dengan pihak majikan.
    b. Kemudian kira zakat anda untuk mengetahui penambahan yang ingin dibuat.
    c. Isikan jumlah zakat yang ingin ditambah diruangan penambahan diborang 052.
    d. Borang tersebut perlulah diberikan kepada pihak majikan atau boleh menyerahkannya sendiri          kepada PPZ-MAIWP dimana-mana 11 kaunter cawangan PPZ-MAIWP. Anda juga membuat              penambahan potongan gaji ini secara online di Portal PPZ-MAIWP.

5. Auto Debit Maybank - Zakat juga boleh dibuat pembayaran menerusi autodebit Maybank. Borang AUTODEBIT Maybank ini boleh didapati di 11 kaunter PPZ-MAIWP. Penerangan kemudahan melalui pembayaran ini boleh didapati dengan menghubungi talian zakat 1 300 885757 atau kasyer yang bertugas di 11 kaunter PPZ-MAIWP.

6. Bayaran zakat menerusi MYEG - Selain itu, pembayaran zakat juga boleh ditunaikan melalui Portal MyEG, www.myeg.com.my.

Terdapat kemudahan/perkhidmatan istimewa yang terdapat dikesemua 11 kaunter PPZ-MAIWP, ianya bagi memudahkan serta menjadikan pembayaran zakat yang dilakukan lebih telus dan diberkati. Ciri-ciri kemudahan/keistimewaan tersebut adalah:

1. Taksiran zakat
2.  Khidmat nasihat berkaitan zakat
3.  Mesin timbangan emas bagi kiraan zakat emas
4. Pengiraan zakat secara manual bagi membolehkan pembayar melihat sendiri pengiraan zakat mereka
5. Pembayar zakat boleh menyemak rekod zakat tanpa mengira tahun bayaran
6. Pembayar boleh mendapatkan salinan pembayaran yang telah dibuat
7.  Mesin mengira wang bagi membolehkan pengiraa wang dilakukan dengan telus
8.  Pembayan zakat boleh dibuat secara tunai, cek, kad debit dan kad kredit perbankkan Islam

Pelbagai cenderahati disedikan kepada para pembayar zakat di ke enam-enam saluran bayaran zakat yang disediakan diantaranya adalah produk asnaf

Bagi maklumat lanjut, anda turut boleh menghubungi Talian Zakat PPZ MAIWP 1 300 885757 dan pihak pusat panggilan kami akan sedia membantu anda.

Rebutlah keberkatan berzakat dibulan Ramadan bulan yang penuh Barakah ini dan bayarlah zakat dengan saluran yang betul seperti Pusat Pungutan Zakat-MAIWP agar zakat anda sampai kepada asnaf yang layak.

Jadikanlah Ramadan ini sebagai yang terbaik agar kita menjadi Muslim yang hebat Insya Allah.


Comments

  1. Selamat Berpuasa Buat Semua Umat Islam! Semoga Ramadhan Kali Ini Memberikan Seribu Satu Keberkatan Buat Kita Semua..

    Jangan dilupakan zakat ya!

    ReplyDelete
  2. Berzakat di bln Ramadan, besar ganjaran dari biasa 😉

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang menarik dan cukup bermanfaat. Sama-sama kita rebut keberkatan di Bulan Ramadhan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sayang, Insyaallah 1 perkongsian yang bermanfaat untuk semua

      Delete
  4. Ramadan dinanti zakat dihati sangat kena dengan tema dari PPZ. Rebutlah peluang berzakat dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Insyallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, dahulukan perkara yang wajib. Semoga kita beroleh Keberkatan dan Rahmat olehNya

      Delete
  5. Ppz maiwp adalah agensi bertauliah untuk kita berzakat baru laa asnaf yg betul dpt manafaat nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu, risau juga kalau sembarang2 bayar pada agent palsu, Subhanallah elak kan lah

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia

Haruharu | Produk Kecantikan Dari Korea Dengan Teknologi Penapaian Menangani Masalah Kulit Wanita & Lelaki