Tudung Raya Dah Ada??!!! Jom Dapatkan Tudung Bertakhta Swarovski by TRACYNC
Bersempena Aidilfitri yang bakal tiba bagi umat Islam dan musim bunga yang juga bakal berakhir pada pertengahan Jun ini di negara-negara Barat, memberi ilham kepada Pengasas TRACYNC, Tracy secara peribadinya mencipta rekaan koleksi terkini tudung-tudung di bawah label Twiq Lable bertajuk A Tale of Spring.
Baru-baru ini chantek dijemput untuk menghadiri pertunjukan pentas yang bertajuk A Tale of Spring yang telah diadakan di The Red Zone di Solaris Dutamas. Pertunjukan tersebut dihadiri blogger, rakan media serta rakan niaga TRACYNC yang menampilkan 24 tudung yang diperbuat daripada warna-warna yang berlainan berinspirasikan dari suara bersalju biru yang berkilat ke bukit-bukit berdebu. Setiap tudung-tudung Tracync disesuaikan dan direkabentuk dengan teliti dan dibuat dengan tangan oleh Tracy, dengan menggunakan bahan-bahan terbaik untuk mencipta rekabentuk yang menarik dan mempesonakan. Dibawakan oleh 'brand's signature tidy' dan jahitan terperinci jenama itu, juga berunsurkan elemen swarovski.
Koleksi Gaya Koleksi Raya 2018 memberi penghormatan kepada geometri luhur pada musim bunga, pada masa sambutan Aidilfitri, Ia diilhamkan oleh pelbagai pemandangan yang dapat anda lihat pada musim bunga serata dunia, seperti kain saree India, bunga Lily-of-the-Nile (bunga Agapanthus) dan motif bangunan timur tengah. Tudung-tudung ini bukan sahaja menonjolkan banyak warna dan reka bentuk yang terdapat pada musim bunga, malah mampu mempamerkan kecantikan dunia" - pengasas TRACYNC
Pengalaman chantek sendiri menggayakan tudung dari TRACYNC adalah pengalaman berharga. Chantek dan anak dara chantek memang berkongsi koleksi tudung/hijab. Warna-warna pilihan TRACYNC memang banyak dan sesuai untuk semua golongan umur: tua mahupun muda. Material kain yang sangat lembut dan tidak mudah pecan apabila dicucuk pin tudung atau peniti. Maklumat lanju chantek kongsikan kelalui entri chantek yang terdahulu, klik sini je.
Jangan lepaskan peluang untuk memiliki tudung/hijab dari TRACYNC, pasti puas hati dengan material, rekaan dan harga yang seimbang. Ramai-ramai kita serbu butik-butik The Twiq Lable seluruh Malaysia atau dapatkan melakui online melalui:
Lokasi
D-12-Ground Floor
Plaza Paragon Point
Jalan Medan Pusat Bandar 5
Bangi
Waktu Operasi
Isnin - Ahad (0800am - 1000pm)
Comments
Post a Comment