Set Menu Iftar di Warung Makcik Kiah Murah & Sedap


2 Ramadhan 1439, Jumaat 18 Mei 18. Bertempat di Warung Makcik Kiah, Sri Petang, chantek berpeluang hadir ke Majlis Berbuka Puasa Blogger dan media bersama pengusaha Warung McK YBhg Dato' Paduka Syed Is a Syed Alwi, Pengarah Urusan Premia International Sdn Bhd. Majlis diadakan bagi memperomosikan Buffet serta Set Berbuka Puasa di Warung McK.



Mengenai Warung McK

Warung McK telah beroperasi sejak lima (5) bulan lalu di Sri Petaling yang dizahirkan oleh YBhg Dato' Paduka Syed Isa Syed Alwi yang diilhamkan oleh ibu nya sendiri, Cik Kiah, yang terkenal dengan masakannya di Kuantan selama lebih dari empat (4) dekad yang lalu. McK menyajikan pelbagai masakan tempatan dan Thai dari 10 pagi hingga 10 malam. Selain makan di restoran, pelanggan juga boleh menempah melalui Food Panda. McK menerima bayaran tunai dan pembayaran secara online seperti Fave.

                               

Disepanjang Bulan Ramadan ini, McK menyediakan beberapa set menu hidangan berbuka puasa khas untuk pelanggan. Terdapat 2 set menu iaitu:

Set Menu A

Hidangan : 2-3 orang
Harga Pakej : RM 29.90

Kurma
~~~~~
Nasi Putih
Daging Paprik
Sayur Campur
Tom Yam Ayam
~~~~~~~~~~~
Sirap
~~~
Buah-buahan Potong


Set Menu B

Hidangan : 4-5 orang
Harga : RM 59.90

Kurma
Kuih Muih
~~~~~~~
Nasi Putin
Ayam Paprik
Sayur Campur
Tom Yam Campur
Telur Radar
~~~~~~~~~~~~
Sirap
~~~
Buah-buahan Potong

Betul tak chantek kata set menu berbuka puasa di McK ni murah. Rasa?? Memang sedap chantek bagi 5 star. Ruang untuk solar juga disediakan.

      

Makanan Laut Segar Dari Sandakan

Ada tak yang sukakan makanan laut macam chantek?? Berita baik kepada pelanggan seafood lover kerana McK juga akan menyajikan hidangan makanan laut bermula Jun ini. Diantara makanan laut yang akan disajikan termasuk ikan jenahak, kerapu, merah, tenggiri, siakap liar, park, udang laut, ketam bunga dan sebagai dan didatangkan dari Sandakan setiap hari. Wahhh mesti boleh bayangkan makanan laut yang segar dan dimasak oleh chef berpengalaman di McK ini.

      

Tunggu apa lagi jom datang ke Warung Makcik Kiah untuk berbuka puasa hari ini juga. Lebih baik buat tempahan dulu sebelum datang, tempahan boleh dibuat melalui En. Rizal di talian 018-2198868/03-90545728. Untuk maklumat lanjut mengenai McK boleh like& follow fb Warung McK.


    



Comments

Popular posts from this blog

Serendah RM10 | Kempen Tabung Didik PPZ-MAIWP Tanam Didikan Patuh Syariah

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia

Sugardoll - Pakar Penjagaan Rambut Masa Kini