Sajian Nostalgia Lama Konsep Buffet Ramadhan di Hotel Tenera
Bersempena bulan yang penuh barakah iaitu Bulan Ramadhan, Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi mengambil peluang yang ada untuk menganjurkan Majlis Amal Barakah Ramadhan (MABR) iaitu Majlis Berbuka Puasa yang berlangsung baru-baru ini.
Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Memperhalusi pengertian Ramadhan yang sebenar, MABR ini adalah satu program yang diadakan bagi menjalankan tanggungjawab sosial serta Fardhu Kifayah terhadap masayarakat sekeliling, khususnya individu-individu yang memerlukan bantuan. Satu Majlis Berbuka Puasa telah diadakan bersama anak-anak yatim serta para media yang dijemput.
Sehubungan itu, seramai 150 orang yang terdiri daripada rumah/pusat anak-anak yatim, fakir miskin dan anak-anak Tahfiz sekitar Bangi dan Kajang diraikan dalam majlis tersebut.
Kadangkala terfikir juga tentang perasaan anak-anak yatim ni. Bagaimanalah mereka membesar dan berdikari tanpa kasih sayang ibu dan ayah. Sayu hati bila melihat anak mata anak-anak syurga ini. Walaupun diberi makanan yang enak, diberi wang dan hadiah sebagai sumbangan dan bantuan kepada mereka, tetapi jauh disudut hati mereka masih ada ruang kekosongan yang tidak diisi sehingga akhir hayat mereka iaitu ruang kasih sayang ibu bapa. Wahai anak-anak syurga, ibu chantek memahami perasaan itu, jika termampu ingin ibu chantek memberi sedikit kegembiraan dan kasih sayang kepada kamu semua. Hadoiiii mata masuk habuk.
'Hargai Kenangan Lama' bersama 'Sajian Hidangan Nostalgia' yang dikonsepkan sebagai Buffet Ramadhan di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi. Hotel Tenera merupakan hotel yang diuruskan oleh KPF Hotel Management Sdn Bhd yang 100% dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad.
Bertemakan "Sajian Nostalgia Lama" kebanyakkan menu yang dihidangkan kali ini adalah masakan-masakan tradisional.
Memang banyak sangat menu. Chantek kalau makan secara buffet macam ni, memang tak akan ambil nasi, cu,a ratah lauk dan makanan-makanan yang lain. Chantek ni jenis mudah kenyang, so kalau ada yang berhajat nak belanja chantek makan buffet kena la sabar menunggu. Chantek akan makan berhenti sembang, selepas itu makan lagi sampai la berjam-jam lamanya. Antara gambar-gambar menu yang sempat chantek kongsikan ada dibawah. Nak kongsi semua banyak sangat. So bagi yang berminat, datang terus ke Hotel Tenera ok.
Tujuan utama MBAR adalah memperkukuhkan jenama Hotel Tenera dan mewujudkan persekitaran sosial yang baik serta mengeratkan silaturahim diantara pihak pengurusan dan masayarakat sekeliling.
Bersempena acara itu juga, Hotel Tenera berbesar hati untuk membiayai segala perbelanjaan kos MBAR termasuk pemberian duit sumbangan kepada 5 rumah kebajikan yang terbabit iaitu
- Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Rukaiyah
- Akademi Tahfiz Quran Al-Fawwaz
- Rumah Anak Yatim Darul Izzah
- Rumah Bakti Al-Kausar
- Pusat Asnaf Quranik Al-Ummah
Bagi yang berminat untuk merasai kenikmatan buffet Ramadhan di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi boleh berkunjung ke hotel, atau menghubungi pihak pengurusan untuk membuat tempahan melalui no telefon 03-89299600. Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi laman web rasmi Hotel Tenera.
Hotel Tenera
Persiaran Kemajuan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
en
sedap sungguh menu-menu yang di hidangakan :)
ReplyDeletememang sedap, pilihan menu pun banyak, sampai x sempat nak rasa semuanya
Deletemakan sampai kenyang.banyak sangat menu tu.
ReplyDeleteJanji Kita