Tak tahu nak berbuka puasa di mana?? Nak berbuka puasa dirumah tapi tak tahu menu apa yang hendak dimasak?? Kaki pulak sudah lenguh berjalan shopping raya. Ada satu food court di Klang Parade yang mewah menyediakan ratusan menu berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan ni. Jadi sambil jalan-jalan cari kasut raya, handbag raya, baju raya, bila tiba masa untuk berbuka puasa pergilah ke food court di Klang Prade namanya Food ...... Tapi hati-hati jangan tersilap masuk pintu pulak sebab sebelah kiri adalah food court untuk makanan-makanan non halal dan pintu kanan adalah untuk makanan-makanan halal.
Menu-menu disedikan terdiri dari lebih 10 gerai yang membawa pelbagai jenis menu antaranya masakan Melayu, Cina, India, Barat dan Thai yang menyajikan pelbagai jenis sup, hidangan claypot, pelbagai variasi Nasi Ayam dan macam-macam lagi. Chantek sendiri sampai rambang mata nak oder yang mana satu.
 |
BAKSO |
 |
HONEY CHICKEN RICE |
 |
BURGER |
 |
IKAN MASIN CLAYPOT |
 |
SUP TULANG |
 |
CHICKEN CHOP
Terdapat juga gerai minuman yang menyediakan minumam segar dan fresh jus. Minuman pilhan ramai dan popular di sini adalah ABC Special dan Cocoanut Shake. Memang menyegarkan bila sampai ke tekak dan berkrim. selain daripada itu, kiuh-muih tradisional pun ada dijual di NEXT Food Juction. Seperti chantek sendiri lebih gemar memakan manisan atau kuih-muih terdahulu bersama kurma dan minuman panas sebagai pembuka selera semasa berbuka puasa. Jangan risau semuanya ada di sini ibarat di dalam syurga makanan. Nak tengok banyak lagi menu-menu yang ada di NEXT Food Junction, jom tengok video ni.
|
Bagi yang datang shopping dan melalui Klang Parade ni, boleh la singgah ke NEXT Food Juction di Level 5. Pasti teruja dan mengenyangkan. Semestinya pulang kerumah dengan perut yang kenyang dan hati yang gembira.
Bersempena kedatangan Syawal yang bakal tiba, Klang Parade ingin memeriahkan lagi persiapan Hari Raya korang dengan persembahan artis-artis popular pada 3 Jun 2018 dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Pelbagai aktiviti menarik selain persembahan artis-artis seperti Khai Bahar, Adibah Noor, HaelHusaini, Kilafairy dan ramai lagi. Pasti seronok membeli belah sambil menonton persembahan mereka. Ingat tau jumpa di Klang Parade pada 3 Jun 2018 ini.
wahhh nampak menyelerakan sungguh menu2 berbuka di food court Klang Parade nie yer. Nak terjah lah nanti !
ReplyDeletehahahah datanglah, pening nak pilih menu nanti, jangan mabok sudah
Delete