Menu BBQ Itik: Menu Paling Popular di BBQ Lamb Kemensah
Nampak sangat keterujaan chantek untuk datang membuat food review di BBQ Lamb Kemensah, Kuala Lumpur kali ke 2. Seperti biasa chantek dan keluarga akan datang awal dari waktu yang telah dijadualkan sebab anak-anak memang tunggu untuk mandi kolam disini.
Udara nyaman, kejernihan, kesejukan dan deruan air terjun disini memang mengungkap rasa tenang dan sedikit romantik. Kalau lepak disini berjam-jam pun takpe tau.
Untuk sepanjang Bulan Ramadan, BBQ Lamb Kemensah menyajikan set menu berbuka puasa yang pastinya sedap dan mengenyangkan dengan hidangan 4 hingga 6 orang makan. Set-set berbuka puasa ini didatangkan dengan nasi herba, sup kambing, jeli/dadih, koktail dan coslow. Manakala minuman pula pelanggan perlu add on sendiri.
Set yang disediakan sempena Bulan Ramadan adalah:
Set Burung - RM168/set (hidangan 4-6 orang)
Set BBQ ni hanya valid daripada 19 Mei 2018 hingga 12 Jun 2018 sahaja bermula pukul 6 petang hingga 11 malam. Cepat tempah sebelum terlewat....Berminat boleh call no ni untuk tempahan : 012-211 4100.
Rugi tau kalau tak datang dan rasai sendiri keenakkan makanan di sini. Selanjutnya korang boleh baca di entri chantek sebelum ini. Klik jerk kat sini.
Comments
Post a Comment