Masakan Kampung Tarikan Utama di Ancasa Hotel & Spa
Menikmati hidangan masakan kampung adalah kegemaran setiap orang. Tidak kiralah samada lahirnya kita dari pelusuk kampung, pekan mahupun dibesarkan di bandar besar. Hakikatnya setiap dari kit rindukan masakan kampung dan lebih gemar memilih masakan kampung biarpun berada di restoran terkemuka.
Dimana agaknya nak mencari set buffet ramadhan yang menyediakan masakan kampung persis masakan ibu ni?? Baru-baru ini, chantek dan kawan2 berbuka puasa di Hotel Ancasa & Spa di Pudu, KL. Melangkah masuk ke lobi hotel ini, ianya dihiasi seperti berada di suasana kampung. Terasa rindu dengan kampung halaman ku yang tak berapa kampung tu kikiki, umah mak kita umah teres jerk bukan umah kampung huhuhuhu. Ok berbalik pada hotel tadi, daripada dekorasi gerai makanan sehinggalah pakain staf hotel semuanya berkonsepkan kampung. Para pelayan hotel mengenakan kain sarung dan baju kurung Kedah, manis jerk dilihat.
Mengenai Hotel
Ancasa Hotel & Spa terletak di Bandaraya Kuala Lumpur di mana perniagaan dan percutian bertemu bersama. Hotel perniagaan dan percutian moden ini terletak di bahagian sejarah Kuala Lumpur. Ia adalah lokasi yang ideal untuk orang-orang perniagaan dan percutian. Kami tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang yang terletak kira-kira 100 km atau 60 minit dari Bandaraya Kuala Lumpur. Penerbangan langsung Antarabangsa dari bandar-bandar utama di seluruh dunia terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setiap hari. Datang dan nikmati hospitaliti Malaysia yang benar-benar di Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur dan melangkah ke dunia dengan keramahan yang mesra dengan 62 Jenis , 120 Bilik Superior, 68 Bilik Deluxe, 36 Tingkat Ancasa (Deluxe) dan 4 Bilik Suite Keluarga dan 4 Suite Junior untuk memastikan penginapan anda dengan kami akan menjadi salah satu keselesaan.
Program Berbuka Puasa
Program ini merupakan agenda tahunan Ancasa Hotel dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik sekaligus menceriakan anak-anak yatim dalam menyambut Ramadan dan Aidilfitri yang bakal tiba. Anak-anak yatim yang terlibat adalah dari Pusat Jagaan Murni. Pada tahun ini Ancasa mat bertuah kerana ADABI telah sudi berkolaberasi dlma menyediakan 5 kawh bubur lambuk serta menyumbangkan barang-barang keperluan asas anak-anak yatim untuk kegunaan mereka sepanjang bulan puasa.
Seawal jam 10.00 pagi, dengan acara bergotong-royong, Kakitangan Ancasa bersama-sama bersama wakil dari ADABI berganding bahu memasak 5 kawah bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang awam disepanjang jalanraya berhadapan dengan Hotel Ancasa: Jalan Tun Tan Cheng Lock. Turur terlibat adalah Pengarah Urusan Kumpulan UDA Holdings Berhad (UDA), YBhg Datuk Ahmad Abu Bakar diiringi oleh Pengurusan Kanan Ancasa Hotel telah mengagihkan bubur lambuk kepada orang awam.
Penganjuran program-program ini adalah bagi menghargai pelanggan-pelanggan Ancasa serta mengeratkan lagi hubungan di antara pihak pengurusan dengan warga kerja Ancasa Hotel & Resort - Encik Shah Azam Kham : Pengurus Kanan Bahagian Hospitaliti
Buffet Kampong Boy
Ramadhan Buffet Kampong Boy di Kuala Lumpur membawa makanan nostalgia makanan kampung seperti ayam opor, daging salai masak lemak, cendol gula melaka, ikan bakar, kambing golek dan pelbagai sajian yang enak dibawah satu bumbung Ramadan ini, dengan gabungan hebat yang berpengalaman luas dalam kulinari dan masakan Melayu antara Chef Yohanis, Chef Mariam, Chef Syukri, Chef Alias dan pasukan mereka yang berpengalaman.
Banyak betul menu yang disediakan, pelbagai menu pilihan ada. Bukan sahaja menu kampung terdapat juga menu lain seperti western food dan masakan dari Negara Timur Selain itu, chantek juga teruja dengan banjiran pelbagai manisan.
Macam-macam ada sampaikan chantek tak mampu nak rasa kesemuanya dan yang pastinya kesemuanya sedap-sedap belaka kikiki.
Program CSR
Hotel Ancasa turut menceriakan 35 orang anak-anak yatim dengan membawa mereka membeli pakian dan baju raya bernilai RM150 setiap seorang di Jakel Mall, KL serta sumbangan duit raya bernilai RM50 setiap seorang sebagai tanda keperihatinan pihak kami dalam menunaikan tanggungjawab kepada masayarakat setempat.
Bagi yang ingin merasakan bercitarasa kampung persis masakan ibu, boleh mendapatkan baucer Ramadan Buffet Kampong Boy yang berharga RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak. Atau boleh terus membuat tempahan melalui talian 03-20266060 atau secara online. Boleh juga layari www.ancasa.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Jalan Tun Tan Cheng Lock. Kuala Lumpur, 50050, Malaysia.
+603-20266060
+603-20268322
Comments
Post a Comment