Sugardoll - Pakar Penjagaan Rambut Masa Kini



"Rezeki sungguh dapat jumpa retis (artis) hari ni lalalala..."

Itu adalah ayat2 yang selalu kita dengar bila terserempak , ternampak atau untung sikit bila dapat 'say hai' kat retis or selebriti. Ehem2 chantek lagi untung maaa.. Sebab dapat bergambaq and peluk titet kat pinggang Siti Sarah baru2 ni. Auchh hahaha....

Ok2 chantek bukan nak cerita pasal retis ke selebriti ke, itu cuma bonus jerk masa chantek buat review untuk satu produk baru penjagaan rambut. Dah retis jadi dutanya maka bertemu la dengan retis tu hihihi.

Baru2 ni chantek dijemput semasa pelancaran produk penjagaan rambut Sugardoll. Sugardollbynn (Sugardoll) adalah jenama tempatan yang mula beroperasi dari 27 oktober 2016. Ianya adalah rangkaian penjagaan rambut terbaik yang mempunyai 4 jenis produk 

1. Sugardoll Hair & Skin Vitamin
2. Sugardoll Intensive Hair Tonic
3. Sugardoll Luxxe Hair Shampoo
4. Sugardoll Luxxe Hair Conditioner

Rangkaian Produk Sugardoll

Kesemua rangkaian produk ini mempunyai kelulusan KKM.  Malahan produk Sugardoll dihasilkan oleh kilang yang bertaraf gmp, halal dan dimiliki oleh bumiputera 100%.

Sugardoll Intensive Hair Tonic

Sugardoll Hair & Skin Vitamin

Sugardoll Luxxe Hair Shampoo & Conditioner

Secara asasnya, produk2 ini adalah rawatan khusus untuk menyelesaikan masalah rambut yang rata2 di alami oleh 90% oleh wanita yang telah bersalin, wanita2 yang meningkat usia dan tidak lupa juga adalah masalah yang turut dialami oleh kaum lelaki, iaitu keguguran rambut yang boleh membawa kepada masalah rambut botak. Formula khas didalam produk Sugardoll membantu merawat masalah rambut dan memelihara serta mengekalkan kesihatan rambut secara amnya dan khasnya dalam pertumbuhan rambut baru untuk menggantikan rambut yang telah gugur dan rosak.

My Girl,  Sarah Juga Menggunakan Shampoo Sugardoll

Chantek Bersama Produk Sugardoll

Sesuai sangatlah dengan chantek ni yang memang ada masalah keguguran rambut sejak kelahiran anak yang ke3.....hmm sampai satu tahap nak sikat rambut pun ngeri. Alhamdulillah setelah 1 minggu menggunakan produk ni rambut gugur kurang, rambut wangi jerrrk walaupun seharian bertudung dan senang untuk diuruskan. Anak2 chantek pun gunakan shampoo dan conditioner Sugardoll. Produk Sugardoll ni juga sesuai untuk kanak2, cuma perlu berhati2 semasa bersyampu takut termasuk dalam mata, tak pasal2 melalak dalam bilik air hahaha.

Pengasas Sugardoll & Siti Sarah Semasa Sesi Dialog

Chantek Berkesempatan Bergambar Bersama Siti Sarah

Bagi mempromosikan produk Sugardoll, pilihan Siti Sarah Raisuddin sebagai duta produk adalah sangat bertepatan. Ini kerana Siti Sarah sendiri dikenali sebagai seorang yang menitik beratkan tentang kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki. Menurut pengasas produk ini Puan Nabilah Nazib, "agaK sukar sebenarnya untuk mendapatkan persetujuan Siti Sarah untuk menjadi duta kepada produk ini kerana Siti Sarah adalah seorang yang mempunyai perinsipnya yang tersendiri bahawa beliau tidak akan menjadi duta produk yang beliau sendiri tidak mengalami atau menggunakan sendiri produk tersebut. Setelah 5 bulan beliau mencuba dan menggunakan produk ini , akhirnya barulah Siti Sarah bersetuju untuk menjadi duta Sugardoll dan memeterai janji secara rasmi.

Rangkaian Produk & Harga Sugardoll

Kini Sugardoll mendapat sambutan yang menggalakkan dari awal pelancaran sehinggalah kini malah, penjualannya semakin meningkat dan memberangsangkan semenjak Siti Sarah menjadi duta kepada produk ini.

Apa yang lebih membanggakan, Sugardoll kini mempunyai stokis besar di Singapura, Brunei, Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak. Diikuti dengan agen2 sah hampir di seluruh Malaysia.

PANDANGAN PERIBADI SITI SARAH SEBAGAI DUTA PRODUK SUGARDOLL


Kepada yang ingin mendapatkan produk Sugardoll boleh menghubungi HQ Sugardoll  atau dating sendiri di "The Element Ampang"


Kini Sugardoll sedang menjalankan promosi dimana setiap pembelian RM 200 dan keatas anda berpeluang untuk mendapatkan botol air percuma!!!



Sehingga bertemu di lain2 entry...

"Kecantikan itu kemestian
Ibadah itu kewajipan"




Comments

  1. Bestnya...jumpa Siti Sarah..lagi best tgok product baru ni...bangga ngan orang kita yang boleh produce produk macam ni

    ReplyDelete
  2. comelnye siti sarah. . nampak mcm bagus produk ni sbb 5 bulan lepas tu br SS bersetuju jadi duta dia ye. kira berkesan lah tu kan. yg penting ada kelulusan KKM dan halal jakim.

    ReplyDelete
  3. Wahhh sesuai sangat pemilihan Siti Sarah sebagai duta. Makin comel dan macam Beyonce. Wajah fotogenik!

    ReplyDelete
  4. Menarik juga produk penjagaan rambut nie, Kak Sue pun rambut banyak sangat gugur.. tengah mencari produk yang sesuai..

    ReplyDelete
  5. banyak juga produk penjagaan rambut yang dikeluarkan oleh artis sekarang ni ye. siti sarah makan cantik, dedulu tompok2 si hitam manis, sekarang ni cantik sangat :)

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
  6. Siti Sarah ker tu makin cantik semenjak dah kahwin ni hehehe lepas ni tak ada alasan ibu-ibu luar sana nak cantik tau....

    ReplyDelete
  7. wah, untungla kak boleh berjumpa dengan Siti Sarah. Kak dapat tak produk Sugardoll tu untuk dicuba? boleh review pulak heheh

    ReplyDelete
  8. siti sarah memang sesuai sangat jadi duta produk ni sebab rambut siti sarah mmg sihat dan cantik.. tebal lak tu. tepat sekali pilihan dibuat

    ReplyDelete
  9. Cantiknya Sarah. Rambut dia pulak memang jenis tebal cantik macam tu. Memang sesuai sangat jadi duta produk rambut

    ReplyDelete
  10. Murah rezeki Siti Sarah. Memang rambut siti sarah cantik sgt. Sesuai jadi duta

    ReplyDelete
  11. Sangat suka dengan design yang simple dan elegant pada produk ini. Sarah is always cantik - suka sangat dia. Lama tak dengar dia nyanyi.

    ReplyDelete
  12. Rambut Sarah tu pun cantik kan. Rasa nak bela rambut panjang je. Tapi gugur plak nanti. Haahaha. Nak kena jaga rambut le pula lepas ni. Bleh pakai sugardoll.

    ReplyDelete
  13. Lama xjumpa Siti Sarah... moga murah rezeki mereka sekeluarga...

    ReplyDelete
  14. Siti sarah cantiknya dia..rambut dia pn akk admire. Rupanya duta produk ni..produk ni pun nmpk menarik. Nk cuba jugak

    ReplyDelete
  15. Wah...makin comel siti sarah ni..rmbut dia pun cun..sesuai la jadi duta sugardoll ni

    ReplyDelete
  16. cantiklah siti sarah macam menarik je produk line rambut dia. nak try la nanti

    ReplyDelete
  17. wahhh siti sarah macam mat salleh sekali tengok... macam menarik jer produk tu.. nanti boleh usha2 ni

    ReplyDelete
  18. Sedih tau kita tak dpt bergambar gan Siti Sarah..huhuhu. Produk rambut ni ada je ni haa...lom bukak dan cuba lagi, nanti nak cuba jugak sb rambut mmg byk gugur sekarang ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia

Sajian Nostalgia Lama Konsep Buffet Ramadhan di Hotel Tenera