Kesempurnaan hidangan dengan kemewahan rasa di The Hob Cafe



Mempunyai minat yang mendalam dalam dunia masakan mendorong Puan Hjh Azilah Akashah membina The Hob Cafe bersama suami tercinta. Selain daripada menguruskan Butik Telekung Qasha yang juga milik beliau, The Hob Cafe juga merupakan satu kepuasan bagi beliau secara peribadi. Malah Puan Azilah mendapat dorongan dan sokongan daripada suami dan anak2 tercinta menjadikan beliau berani dan kuat dalam menguruskan Butik Telekung Qasha dan The Hob Cafe. TQ diuruskan bersama anak2 kesayangannya iaitu 3 perempuan dan 2 lelaki manakala The Hob diuruskan bersama suami tercinta.



Berkonsepkan hipster, nama The Hob itu sendiri adalah bermaksud dapur. Menu2 yang disediakan mempunyai banyak pilihan iaitu homemade pattie burger, pasta , salad, sandwich, meetballs dan banyak lagi. Minuman segar dan menu ala cart juga ada.


Istimewanya menu2 disini adalah dihasilkan oleh kreativiti pemiliknya dan bahan2 yang dicipta sendiri. Jadi rasa dan cara hidangan disediakan adalah ilham dari beliau dan tidak sama dengan cafe2 yang lain.



Kunjungan pertama kali Chantek ke The Hob Cafe ni sangat menggembirakan. Chantek sukakan konsep hiasan di dalam cafe yang dihiasi dengan letter art atau lukisan menggunakan kapur tulis. Pemilik memberitahu lukisan2 tersebut dihasilkan oleh staff nya sendiri. Rasa sangat selesa lepak king dengan kawan2 yang lain.



Terlalu banyak menu so Chantek dan kawan2 decide untuk pilih menu burger, crispy cheeze panini dan mee kari. Kami oder setiap jenis dari menu kemudian makan secara berkongsi2..perghh memang happening.



Semasa menantikan hidangan sampai, Chantek sempat intai2 ke bahagian dapur cafe ni. Jelas boleh nampak Puan Hjh Azilah, chef dan staff2 nya sama2 menyediakan menu hidangan yang dipesan oleh pelanggan. So cool..


Bila makanan terhidang apa lagi kami pun memulakan operasi .. makan time. Mee kari memang win. Sedap sangat, kuahnya tidak terlalu pekat tapi mampu memberikan rasa yang sempurna bila dimakan. Manakala bila diceduk ke dalam mangkuk, isi ayam dan daging tidak terlalu sarat tetapi cukup menepati rasa. Mesti cuba mee kari bila ke sini.



Sangat tidak sabar untuk merasai menu burger sebab semasa dihidangkan, mayonis  dan sos tu nmpk meleleh ke dasar pinggan..aduh bisa buat jadi tidak keruan. Chantek potong burger2 itu...hmmm lembut sangat mudah sangat untuk dipotong. Bila masuk ke dalam mulut, roti lembut, daging burger pun lembut dan basah meleleh. Memang sedap, best dan lazat burger di cafe ini dan lain dari yang lain.




Seterusnya adalah menu Crispy Cheeze Panini, menu yang mendapat permintaan yang tinggi di cafe ini. Roti diluar garing tetapi lembut di dalam. Keju dan chicken/beef slice di dalam hidangan ini sangat mewah. Sukar untuk diceritakan, pendek kata puas hati, sedap dan berbaloi.


So tunggu apa lagi bawak family dan kawan2 lepak king kat The Hob Cafe, borak2, sembang2, santai2 sambil makan2 kat sini. Confirm happy macam Chantek dan kawan2. Pada yang suka makan secara outdoor boleh datang ke Food Truck The Hob di parking PKNS, Bangi. "Let them become your hob"




FB The Hob

IG The Hob

Lokasi The Hob

5 - G - 01
Jalan Medan PB2A
Seksyen 9
Bandar Baru Bangi

Waktu Operasi





Comments

  1. Nampak sedap dan menarik makanan kat sini.. ada rezeki ke Bangi, boleh lah cuba nanti..

    ReplyDelete
  2. Memang sedap tengok burger pattie tu! Meleleh cheesenya. Lama dah tak makan burger yang besar macam ni. Bagus juga siap ada food truck!

    ReplyDelete
  3. Terliur tgk burger 2 tingkat tu. Kenyang sgt kalau dpt habiskan tu. Boleh lah terjah ke bangi nanti.

    ReplyDelete
  4. Nanti bebila kalau ke Bangi nak singgah la..menu dia tu mcm best je wak..hihi

    ReplyDelete
  5. Nanti bebila kalau ke Bangi nak singgah la..menu dia tu mcm best je wak..hihi

    ReplyDelete
  6. Banyak pilihan makanan yang alahaiiii..nampak sedap betul..untung siapa yg pergi review ni...

    ReplyDelete
  7. The mee curry look so tempting. And the burger is drooling.

    ReplyDelete
  8. Omg... look at the thick chunky burger, teringin nak makan berger sekarang la.

    ReplyDelete
  9. nanti boleh ajak member singgah sini. burger and food yg lain nampak yummy sgt!!

    ReplyDelete
  10. That burger is so sinful! I want a bite plssssss!!!

    ReplyDelete
  11. Amboi terliur ika tengok burger tu. Sedapnya. Teringin plak ika nak try ni hee.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Serendah RM10 | Kempen Tabung Didik PPZ-MAIWP Tanam Didikan Patuh Syariah

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia

Sugardoll - Pakar Penjagaan Rambut Masa Kini