Keselesaan keutamaan Telekung Qasha


Keselesaan si pemakai ketika beribadah adalah yang sangat penting dalam pemilihan telekung solat samada untuk digunakan seharian atau sebagai hadiah mahupun barang hantaran.

Chantek berkesempatan bergambar bersama pengasas TQ
Puan Hjh Azilah Akashah
Menyingkap sejarah kewujudan dan kejayaan Telekung Qasha (TQ) adalah berdirinya seorang wanita kental iaitu Puan Hjh Azilah Akashah yang juga pemilik The Hob Cafe. Lahirnya Butik Qasha pada Mac 2008 merupakan titik permulaan kewujudan Telekung  Qasha. Pakaian muslimah lelaki, wanita dan kanak2 juga telekung dijahit oleh tukang jahit TQ dan koleksinya adalah limited edition. 

Pelbagai cabaran dan dugaan ditempuh dalam mencipta kejayaan diantaranya ialah ketika butik dilanda banjir semasa tahun 2013 dan 2014 hingga menyebabkan butik TQ terpaksa ditutup.

Namun atas kegigihan dan semangat yang kuat, TQ bangkit semula dan kini bertapak di Bangi Sentral, Pusat Bandar Baru Bangi. TQ kini lebih fokus kepada pakaian solat, barang2 umrah dan khususnya Telekung Qasha. Tag line "BIAR HATI BERBICARA" membawa maksud hatilah yang mendorong niat dan perbuatan. Begitu juga kecekalan dan usaha keras pengasas TQ adalah bermula dari niat untuk terus maju membina TQ.

Antara koleksi TQ

PRODUK TQ

1. Telekung Tasha
2. Telekung Dalifa
3. Telekung Zulaika

KELUARAN TQ

1. Standard - midi dan telekung dikeluarkan untuk menyesuaikan kehendak pelanggan dari segi produknya dan harga yang berpatutan serta kualiti yang konsisten.

2. Premier - midi dan telekung dikeluarkan berdasarkan identiti dengan beberapa tahap kualiti yang harus di jaga dengan rapi dan sentiasa dipantau demi menjaga kualiti dan harga yang ditawarkan.

PERINCIAN TQ

1. Render dari jenis kain kapas yang ditempah khas dijahit diatas kepala, dahi, badan dan kain telekung. Render yang dijahit pada badan bagi mengelakkan telekung terangkat keatas apabila berada di tempat yang berangin.


2. Kain adalah dari material spun polyster yang berkualiti tinggi. Jenis kain ini adalah tidak panas dan sesuai dipakai walau dalam keadaan cuaca atau iklim yang sejuk dan panas.Malah senang untuk dicuci dan tidak bertukar warna walaupun berada do bawah matahari.


Renda khas yang istimewa dan cantik

UKURAN TQ

1. Midi - 100cm ke 101cm.
2. Telekung - bahagian atas sekitar 120cm ke 121cm dan kain sekitar 128cm ke 130cm.

KEISTIMEWAAN TQ

1. Bahagian kepala yang mempunyai render 10cm menyerlahkan seri si pemakai. Setiap render TQ mempunyai render berbunga 'Q'.

2. Muka telekung berukuran 34cm sesuai untuk semua bentuk muka. Kain likra pula dijahit dibahagian dagu membolehkan muka telekung boleh dimuatkan apa juga saiz muka malah memberikan keselesaan kepada si pemakain ketika bersolat, berzikir dan bertutur.

3. Dada telekung dijahit lapisan kain berbentuk tudung dibahagian depan dan belakang bertujuan untuk membeti extra perlindungan supaya tidak menampakkan pakaian bahagian dalam si pemakai. Anggaran ukuran tudung tersebut adalah 67.5cm dari kepala ke dada.

4. Istimewanya juga TQ adalah setiap design yang dikeluarkan oleh TQ di labelkn dengan nama ketiga2 anak perempuan pengasas sendiri. 

Chantek cuba rasakan kelembutan dan keselesaan TQ
Setiap pembelian TQ didatangkan dengan kotak istimewa ini

TQ menjanjikan keselesaan kepada si pemakai bukan sahaja untuk kegunaan seharian tetapi juga sesuai dijadikan hadiah istimewa dan barangan hantaran. TQ juga  melengkapkan keperluan jemaah haji dan umrah. 

Datanglah ke butik Telekung Qashs hari ini juga dan nikmati diskaun 15% untuk setiap pilihan midi atau telekung dan standard atau premium sepanjang bulan Disember ini. Dapatkan juga hadiah percuma selagi stock masih ada.

Senarai harga dan tawaran yang diberikan do TQ

                   




Lokasi Butik TQ

6 - 25 - 01 
Jalan Medan PB8A
Pusat Bandar Baru Bangi
Seksyen 9, Bangi

No Telefon

019 2687078

Waktu Operasi

Isnin hingga Khamis 10 pagi - 7 petang
Jumaat hingga Ahad 10 pagi - 8 malam


Comments

  1. Nampak dekat bahagian kepala tu memang selesa sebab di jahit macam tu. Pastu rasanya dah tak payah pakai alas kepala belah dalam kan sebab dah cukup terletak. Tak de lah leceh sangat

    ReplyDelete
  2. sedap mata memandang, paling penting, material kenalah selesa..

    ReplyDelete
  3. TQ so much for the information telekung and sharing. btw, Love ur blog! keep blogging<3

    ReplyDelete
  4. Nampak eksklusif bila didatangkan dalam box mcm tu. Telekung pun nampak cantik dan selesa. Semoga terus berjaya kepada butik TQ.

    ReplyDelete
  5. bolej dijadikan hantaran atau hadiah untuk yg tersayang.. kain pun nampak lembut tak panas..

    ReplyDelete
  6. memang ada juga terniat nak beli telekung baru..sebab telekung sekarang macam dah rosak-rosak sikit.. tengok design telekung ni pun cantik boleh gak beli untuk mak next time..

    ReplyDelete
  7. Design menarik dan pasti material pun berkualiti kan..sesuai untuk dijadikan hadiah atau hantaran...kena beli satu ni...yang ada ni macam dah lama

    ReplyDelete
  8. Dah tau dah naak bagi hadiah untuk kawan kelak - dia duk bising mencari telekung yang best katanya. TQ sharing info TQ

    ReplyDelete
  9. Buat hadiah ulang tahun ibu boleh nih :)

    ReplyDelete
  10. Saya tak paham kenapa telekung blh smpi mencecah ratusan..pelik sungguh org buat niaga mcm ni..to be honest, saya penah jumpa telekung yg lagi berquality compare to this or siti khatijah..beli kat indonesia, vietnam je..harga 3-4 kali ganda mahal betul..sorry to say bit this is what i been observed

    ReplyDelete
  11. Lawa telekong tu... janji kain tak panas dah kira bagus dari member

    ReplyDelete
  12. Kedai dan nampak mewah dan blog nampak cantik tapi gambar tu kecil sangat sampai saya tak nampak rupa telekung tu tak tahu lah kalau laptop saya nampak gambar tu kecil hehehehehe mungkin boleh besarkan baru jelah nampak produk tu cuma teguran biasa kalau nak ambil ok...

    ReplyDelete
  13. Ruginya I tak pergi haritu, mmang telekung dia nampak cantik dan lace tu sangat menarik, butiran manik pun tersusun rapi. barulah rasa excited nak menghadap tuhann

    ReplyDelete
  14. material dia mmg best..suka juga kalau telekung daripada material ni..yg penting telekung dia minimalist..takde heavy accessories..suka tgk..

    ReplyDelete
  15. Telekung dia orang nampak cantik and kualiti bagus.

    ReplyDelete
  16. Suka telekung simple dan kemas. Nak pakai kemana2 pun tak outstanding sangat. Yelah nak pi solat kang riak plak telekung kita lain dari orang lain. Hahaha. Harga pun berpatutan. Nanti bleh beli

    ReplyDelete
  17. wahh bagusnya telekung begini. nampak selesa... bolehlah nanti hadiahkan untuk mak dan kaka. hihi

    ReplyDelete
  18. Nak bersolat bukan saja nak bersih dan suci malah nak lebih selesa. So far nampak ok material pun nampak lembut dan selesa. Sesuai kot untuk buat gift dan buat hantaran

    ReplyDelete
  19. Wahhhhhhhh bestnya telekung tu....Onie kalau beli telekung kadang pilih gak material yang selesa. Agar solat terus khusyuk,hihi...

    ReplyDelete
  20. Telekung material yang berkualiati dan elok memang pilihan sebab nak pakai lama gak. Yang penting keselesaan tu.

    ReplyDelete
  21. wow so many design... but good for you all! comfortable to wear.

    ReplyDelete
  22. Dulu masa kecik, suka main sarung2 telekung mak dan nenek... sampai kena marah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Serendah RM10 | Kempen Tabung Didik PPZ-MAIWP Tanam Didikan Patuh Syariah

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia

Sugardoll - Pakar Penjagaan Rambut Masa Kini