Hidup Berkat, Rezeki Lebat, Jom Berzakat Dengan Kempen YEZ
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”- Surah An-Nur (ayat 56) - sumber dari Lembaga Zakat Selangor
Assalamualaikum w.b.t Bismillahirahmanirrahim
Bagi memastikan setiap dari kita yang beragama Islam tidak terleka, tidak terlupa dan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam, Pusat Pungutan Zakat (PPZ- MAIWP) sentiasa memberikan memberi peluang yang mudah, cepat dan telus dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi para pembayar zakat dalam menunaikan tanggungjawab berzakat.
![]() |
Sumber dari Lembaga Zakat Selangor |
Oleh yang demikian, Kempen Yez 2017 (Year End Zakat) dilaksanakan bagi menggalakkan umum dapat menunaikan Rukun Islam yang ke 5 ini sebelum berakhirnya tahun 2017.
Kempen ini diadakan selama 1 bulan pada bulan Disember 2017 bermula 1 Disember 2017 hingga 31 Disember 2017.
Bersempena dengan kempen ini, 11 kaunter PPZ-MAIWP dibuka 7 hari seminggu sepanjang Disember 2017 termasuk cuti umum. dari jam 8.15 pagi - 4.45 petang.
Manakala pada tarikh 26 – 31 Disember 2017 pula, kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi dari jam 8.15 pagi hingga jam 8 malam.
Pelbagai keistimewaan yang bakal diperolehi para pembayar zakat iaitu pemberian cenderahati khas di kaunter-kaunter PPZ-MAIWP iaitu CD MAU’ IZATI
oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani,
Selain itu Kalendar Meja 2018, yang turut mengandungi jadual waktu solat, Buku Siri Rukun Islam yang akan diberikan kepada
para pembayar zakat yang membawa anak-anak mereka ke kaunter PPZ-MAIWP
Malah terdapat juga hadiah cabutan bertuah bagi para pembayar zakat di kaunter PPZ-MAIWP. 1 cabutan bertuah akan dilakukan setiap hari dari tarikh 1 hingga 29 Disember 2017 dan 20 cabutan bertuah pada tarikh 30 hingga 31 Disember 2017.
Turut ditampilkan, maskot Omar dan Hana (siri kartun terbitan ASTRO) untuk memeriahkan lagi suasana di kaunter Shamelin Perkasa pada 30 dan 31 Disember 2017.
Bagi yang tidak berkesempatan membayar zakat di 11 kaunter PPZ-MAIWP pula, umum boleh menunaikan zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP dengan melayari
www.zakat.com.my dan berpeluang memenangi 100 cabutan bertuah yang disediakan.
Untuk makluman lanjut sila hubungi Talian Zakat 1-300-88-5757.
"PPZ-MAWIP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT"
padat dan lengkap.
ReplyDeleteJom bayar Zakat
ReplyDeleteSenang betul dengan kempen YEZ Ni kannnn. Membayar Zakat mudah gilerrrr
ReplyDelete