Fiesta Makanan Pahang Sempena Tahun Melawat Pahang 2017



Sempena Tahun Melawat Pahang Tahun 2017, Coffee Terrace di Genting Grand, Resort World Genting (RWG) menyediakan buffet  makan tengah hari dan makan malam, yang menyajikan hidangan asli Negeri Pahang kepada pengunjung RWG. Ianya juga adalah bertujuan untuk mempromosikan makanan Pahang kepada pelancong2 luar negara yang berlangsung bermula 8 Disember 2017 hingga 17 Disember 2017. "Taste of Darul Makmur, Hogoh Pahang!".

Tahun Melawat Pahang (TMP) telah membina kejayaan yang besar dengan membawa lebih 2 juta pelancong dari seluruh pelusuk dunia. Sebagai Resorts World Genting yang terletak di Pahang, fiesta makanan Pahang ini adalah bagi meraikan kejayaan tersebut dimana RWG menjadi tempat pelancongan yang paling popular semasa TMP dijalankan.


Artifak Asli Dari Muzium Persekutuan Pekan

Untuk mencipta suasana unik di Coffee Terrace, dengan ihsan oleh Yang Berhormat Dato 'Ahmad dari Abdul Jalal, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pahang, artifak asli dari Muzium Persekutuan Pekan  dipamerkan, termasuk cetakan tradisional yang digunakan untuk membuat kuih dan pelbagai peralatan dapur.


Deretan Lauk Pauk Buffet Makan Malam

Antara Hidangan Yang Disediakan

Sepanjang fiesta makanan Pahang ini berlangsung, hidangan buffet boleh dinikmati pada waktu makan tengahari dan makan malam.  Coffee Terrace bersama chef professional, Chef Tan Hang Chef Executive of Genting Grand dan Chef Wino Wong sangat menginginkan pengunjung2 dapat benar2 merasai hidangan asli Pahang di tanpa perlu sampai ke Pekan, Jerantut atau Temerloh. Hanya makan di Coffee Terrace pengunjung dapat menikmati hidangan seperti Ikan Patin Tempoyak, serta beberapa hidangan dari dapur Diraja seperti Nasi Kabuli dan Puding Diraja.
Selain itu pelbagai lagi menu seperti Sata Ikan, pelbagai jenis Kerabu, Laksa Pahang, Satay Ayam & Daging, pelbagai jenis sambal antaranya Sambal Hitam, Sambal Tempoyak dan Air Asam yang dimakan dengan Kambing Bakar atau Daging Bakat. Selain itu terdapat bermacam jenis pencuci mulut seperti Lompat Tikam, Sira Labu, Sira Ubi Kayu, Pengat Nangka dan banyak lagi.

Ikan Patin Tempoyak

Puding Diraja

Keterujaan Chantek Dengan Menu Kambing Bakar

Chantek Bersama Barisan Chef

Pelbagai Jenis Kerabu

Coffee Terrace juga menyajikan  masakan Jepun dan Asia Barat. Restoran ini boleh menampung sebuah ruang makan peribadi yang boleh memuatkan sehingga 80 orang dan boleh memuatkan 668 pengunjung keseluruhannya. Terdapat juga ruang makan untuk pengunjung menikmati pemandangan gunung yang indah semasa  makan.

Replika Rumah Pahang Ini Jugs Menjadi Dekorasi
Di dalam Coffee Terrace

Ruang Makan Yang Luas

Waktu Operasi Coffee Terrace

Sarapan Pagi :  0700am - 1030am
Makan Tengahari : 1200pm - 0230pm
Makan Malam : 0500pm - 0930pm

Harga Buffet

Sarapan Pagi :  RM 41 (adult)  RM 20 (child)
Makan Tengahari : RM 48 (adult) RM 24 (child)
Makan Malam : RM 82 (adult) RM 41 (child)

Untuk maklumat lanjut hubungi 
03 27181118 

Atau

Lawati laman web rasmi 

www.rwgenting.com


Jom bawa keluarga atau kawan2, makan2 di Coffee Terrace dengan iklim yang sedikit plain di Resort World Genting. Selepas itu boleh bawa keluarga atau kawan2 jalan2 di kawasan sekitar. 






Ketawa Tidak Bermakna Gembira
Sedih Tidak Bermakna Berduka
Senyum Itu Penawar Luka
Tangis Itu Pelepas Hela


















Comments

  1. Sedap-sedap semuanya hidangan Pahang yang disediakan... Teruja pulak rasa nak bercuti ke sana.. Hehehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia

Disarankan Boikot | Polis Evo 2 Bukan Biasa-Biasa

Tunaikan Zakat:Rebutlah Keberkatan Berzakat Dibulan Ramadan Bulan Penuh Barakah