Despace Star by Gintell Seperti Urutan Tangan



Assalammualaikum dan salam sejahtera. Baru2 ini berlangsungnya pelancaran kerusi urut terbaru Gintell iaitu Despace Star di IOI Mall, Puchong. Pelancaran tersebut dirasmikan oleh Ketua Operasi Gintell Mr Simon Hue bersama duta Gintel yang tidak asing lagi Datuk Jalaludin Hassan ditemani isteri tercinta.



Menurut Mr Simon Hue kebanyakkan penduduk Malaysia kini mengalami stress atau tekanan dengan pelbagai kecenderungan. Menurut Suruhanjaya Kesihatan dan Morbiditi Tahun 2015,  ketidakaktifan fizikal dikatakan berikut selepas tekanan darah tinggi (13%) serta penggunaan tembakau (9%) telah memberi tekanan kepada badan. Selain dari kepadatan jadual kerja dan pengurusan kekeluargaan yang juga penyumbang kepada tekanan.


Dengan rasa tanggungjawab maka Gintell mencipta Kerusi urut dengan teknologi yang hebat sebagai alternatif kepada mereka yang tidak dapat menjalankan aktiviti fizikal khusunya untuk melakukan senaman regangan badan. Kini pengguna boleh melalukan senaman regangan badan, dan menghilangkan tekanan dengan selesa dan cara yang selamat.

Apakah keistimewaan kerusi urut Despace Star by Gintell??

1. Selesa dan boleh digunakan seisi keluarga.

2. Teknik urutan Despace Star ini mirip seperti merasai urutan dari tangan manusia.

3. Boleh diletakkan diruang tamu, bilik tidur mahupun dibilik bacaan kerana mempunyai rekaan kerusi urut yang selesa dan eksklusif.

Apakah ciri2 kerusi urutan Despace Star by Gintell?

1.  'Moon Hand Graps' iaitu urutan dari 'roller ball' seperti genggaman tangan dan hampir menyerupai tangan manusia.

2. 4D Reflex Spa iaitu 100% refleksologi dengan terapi kepada betis & lutut.

3. Urutan XV-Track Tech merangkumi dari leher dan terus sehingga ke paha.


Apakah fungsi2 kerusi urut Despace Star by Gintell?

1. Yoga Stretch memberikan manfaat yoga. Walaupun tidak melakukan yoga, pengguna dapat menikmati kebaikan yoga yang dapat mengelakkan masalah bongkok badan kecenderungan kaki berbentuk O dan X serta kyphosis.

2. Urutan Despace Star juga boleh menguatkan sendi, memeperbetulkan postur badan, kesimbangan dan memperbaiki kelurusan badan jika digunakan berterusan.

Bagaimana kerusi urut Despace Star by Gintell berfungsi?

1. Setelah meletakkan badan pada kerusi urut ini, I- Sensing System akan menganalisis ketinggian tubuh badan secara automatik.


2. Setelah itu kerusi urut ini akan memuatkan seluruh bentuk badan keruangan yang selesa dengan Zero Gap Recliner supaya semasa proses urutan dijalankan tiada bahagian yang tertinggal dan dapat dilakukan secara menyeluruh.

3. Zero Gravity pula berfungsi menyediakan posisi yang ideal supaya dapat memberikan keselesaan yang maksimum kepada pengguna semasa prizes urutan dijanlakan.

4. Teknik urutan yang digemari juga boleh dipilih dan disimpan di dalam i-Memory.


Chantek juga berpeluang mencuba pelbagai jenis kerusi urutan Gintell yang terdapat di hari pelancaran tu. Banyak kerusi2 urut yang diletakkan di ruang legar IOI Puchong supaya para pelanggan dapat merasai kehebatan kerusi urut Gintell secara  percuma.


Kerusi urut Despace Star adalah yang paling selesa dan sangat sedap diurut. Sampai rasa nak terlelap. Selepas selesai mengurut Chantek terasa badan segar sangat, kebetulan masa tu memang Chantek dah layu sebab sebelum ke majlis pelancaran Gintell ni, Chantek ke majlis yang lain pada sesi pagi.


Terdapat banyak lagi produk kesihatan yang dikeluarkan oleh Gintell. Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. Boleh lihat produk2 keluaran Gintell melalui web : 


dan ikuti perkembangan terkini serta promosi2 yang dijalankan di : 


















Comments

  1. Kerusi Urut De'Space Star sungguh mempesonakan. Terasa segar, sihat dan cergas setelah berurut dengannya. Adeh! Kene kumpul banyak2 duit ni utk memilikinya. Hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kopi Kampung Homemade Ibu Mertuaku

Disarankan Boikot | Polis Evo 2 Bukan Biasa-Biasa

Serendah RM10 | Kempen Tabung Didik PPZ-MAIWP Tanam Didikan Patuh Syariah