CARA PALING MUDAH DAN SANTAI BUAT HTML PADA GAMBAR SENDIRI


Hari penghujung minggu bagi aku adalah hari Jumaat bukanlah hari Ahad. Siapa yang setuju say hiii...ehh siapa yang setuju angkat tangan hahahaha.. Sebab apa aku cakap hari penghujung minggu adalah hari Jumaat sebab setiap hari Jumaat adalah penghujung hari dalam seminggu yang aku perlu ada di office, ada kerja ke tak ada kerja tetap kena ada dipejabat. Hari Jumaat juga adalah hari yang aku boleh berehat panjang dari 12:15tgh hingga 02.45ptg.  

Alkisahnya tulisan aku kali ni bikan nak bercerita tentang hari berkerja atau waktu rehat penjawat awam pada hari Jumaat, tapi disebabkan masa rehat yang panjang ni aku tak tahu nak buat apa, jadi lebih baik aku berceloteh, membebel sikit2 tapi yang paling penting dapat berkongsi sedilkit ilmu dengan korang. Cuma perkongsian ringkas yang buatkan aku seronok dan teruja.  So sepertimana tajuk besar kat atas tu, aku nak share dengan korang pengalaman aku nak cipta sendiri HTML untuk gambar aku sendiri atau apa2 yang ada dalam photo gallery phone kita.  

Macamana boleh tercetusnya nak cipta sendiri HTML gambar.??? Sebenarnya macamni, aku cuba nak tukar nama blog aku ni daripada mrschantek kepada idayunim. Jadi aku tak tahu nak buat camne..so aku pun godek2 la kat dalam google, so dapatlah jawapan aku kena tukar HTML gambar yang sedia ada kepada HTML gambar yang baru...semua tu kena tukar kat dalam ruangan LAYOUT' jadi klik pada layout lepas tu klik HEADER pastu nama blog kita pun boleh bertukar ikut kehendak kita, janji ada HTML gambar. Jadi dari situ aku godek2 lagi sekali dalam google dan dapatlah jawapannya. Aku share kan step by step cara nak cipta sendiri HTML gambar. 

1. Google IMAGESHACK..lepas tu korang daftar akaun.



2. Selepas dah ada akaun Imageshack, dan dah boleh masuk, tekan simbol tambah pada sebelah kanan atas. Simbol tambah tu bermaksud korang bleh klik kat situ untuk add gambar yang korang HTML nya.

3. Setelah masukkan gambar, klik pada gambar korang tu, lepastu akan keluar simbol garis2 kat bawah sebelah kanan.


Korang klik kat simbol tu, akan keluar senarai terdiri daripada LINK, DIRECT, FORUM, ALT dan 
HTML



Semua ada kan..so korang boleh la copy kod HTML mengikut keperluan korang.

Senang jerk kan..tak rumit sampai nak pecah kepala memikir. Jadi sampai sini jerk perkongsia aku. Ada peluang dan ruang lagi nanti, Insyaallah aku kongsi lagi pengetahun atau tips bersama korang semua. Bye...



Follow, Like, Share dan Subscribe Social Media idayunim






Comments

Popular posts from this blog

Sugardoll - Pakar Penjagaan Rambut Masa Kini

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia

Sajian Nostalgia Lama Konsep Buffet Ramadhan di Hotel Tenera