Tapak Asal Yang Ramai Tak Ketahui di Malaysia



Coretan chantek kali ini bukan bercerita tentang sejarah Malaysia. Bukan juga mahu mengimbau perjuang-pejuang atau penjajah Tanah Melayu. Jika coretan chantek sempena Hari Malaysia pada tahun  lepas (2018) adalah mengenai 7 Sejarah Yang Pertama di Malaysia  kali ini coretan chantek adalah tentang ASALnya dan KINI.




Di awal penubuhan Malaysia, Brunei pada awalnya berhasrat untuk menyertai Malaysia tetapi menarik diri pada saat-saat akhir. Manakala Singapura pula telah menyertai Malaysia namun tidak kekal lama dimana telah keluar dari Persekutuan pada Ogos 1965. Oleh itu, bermula tahun 1963 Malaysia terbina dari Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak.


Kini setelah 56 tahun penubuhan Malaysia pelbagai kenangan pahit manis yang pastinya terpahat di ingatan rakyat Malaysia dalam mengekalkan keharmonian seiring dengan kemodenan yang dicipta.  Malah kini Malaysia semakin dikenali di mata dunia. 

Minat Sejarah

Tabiat chantek kalau melihat sesuatu bangunan lama, atau bangunan yang sedang berdiri megah, terkenal dan disanjung mesti akan terlintas difikiran chantek apakah asal usul atau cerita disebalik pembinaan sesebuah pembangunan. Hmmm akhir-akhir ni chantek ni lebih berminat pulak nak tahu tentang sejarah Malaysia, dulu-dulu subjek paling chantek tak suka masa sekolah adalah subjek sejarah, sekarang ni suka la pulak. Jadi chantek rajin search dalam internet, banyak info yang chantek dapat hasil bacaan di blog-blog serta artikel-artikel dari akbar tempatan mahupun online. Hasil dari carian dan bacaan tersebut, chantek ringkaskan dan cuba kongsikan dengan bahasa dan cara yang mudah kepada korang semua. Jadi kali ni chantek kongsikan TAPAK ASAL bagi bangunan terkenal sekitar Bandaraya Kuala Lumpur dan luar Kuala Lumpur. Pendek kata, tiada yang asal maka tiadalah yang kini.


ASALnya Tapak Lumba Kuda KINI KLCC



Kuala Lumpur City Centre (KLCC) terbina di atas kawasan tanah seluas  100 ekar keseluruhannya menjadikan KLCC sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara. Mula dibina pada 1 Januari 1996 (masa ni chantek darjah 6) kemudian siap dibina pada 1 Januari 1997 dan telah dirasmikan pada 31 Ogos 1999 iaitu hari kemerdekaan Malaysia yg ke-41. 


Selangor Turf Club, Ampang Road
Tapak asal KLCC sebenarnya adalah tapak lumba kuda yg dipanggil Selangor Turf Club dan sebahagian dari kawasan kediaman yang terdiri dari banglo-banglo mewah dan rumah-rumah yang telah didiami sejak awal 20an.  Sejarah pembinaan KLCC bermula dengan kerja-kerja menggali lubang di atas tapak lumba kuda tersebut pada tahun 1993.


Tapak KLCC di awal pembinaan
Namun sebelum itu, bermula tahun 1988, tapak lumba kuda dan tapak-tapak kediaman mula dijual dan dibersihkan bagi tujuan pembinaan KLCC. Kini lokasi Kelab Lumba Kuda Selangor adalah di Seri Kembangan, Selangor.


Chantek (no. 2 dari kanan) bersamaa adik ipar dan anak saudara bergambar berlatar belakangkan keindahan bangunan kebanggaan Malasia KLCC

ASALnya Sulaiman Court KINI Kompleks Sogo

Percaya atau tidak tapak asal Kompleks membeli belah tersohor iaitu Sogo KL adalah tapak pangsapuri tinggi yang pertama dibina di Malaysia. Tujuan Perdana Menteri Malaysia Pertama, Tunku Abdul Rahman membina Sulaiman Court adalah untuk menyediakan kediaman mampu milik kepada rakyat pada ketika itu. Beliau juga berhasrat agar kediaman yang dinamakan sempena nama Sultan Alaeddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa itu,  telah siap dan didiami ketika Kemerdekaan Malaysia diishtiharkan. Namun sehingga Februari 1958, kediaman tersebut tidak diduduki. 

Sulaiman Court adalah pangsapuri tertinggi di Malaysia pada masa itu

Pangsapuri tertinggi di Malaysia pada era itu dibina di Batu Road atau kini dikenali sebagai Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR). Ianya terdiri daripada 3 blok iaitu Blok A, Blok B dan Blok C dengan jumlah keseluruhan 295 buah pangsapuri. Disebabkan tidak didiami, ianya mula dirobohkan pada tahun 1986 untuk pembinaan Sogo KL.


Komplek membeli belah Sogo KL kini mempunyai beberapa cawangan di Malaysia
ASALnya Kilang Bijih Timah KINI Penang Times Square

Pada akhir kurun ke-19, Tanah Melayu merupakan penyumbang utama bijih timah dunia iaitu sebanyak 55%. Maka tidak hairanlah jika sebuah syarikat peleburan bijih timah dibuka di Jalan Dato Keramat (Dato Keramat Road) malah menjadi syarikat yang terbesar dan terkenal pada ketika itu iaitu Eastern Smelthing Co.


Eastern Smelthing Co.
Menurut sumber, Eastern Smelthing Co. telah mula dibuka pada tahun 1897. Kilang ini telah dibeli oleh anak pertama JWW Birch, waktu tu beliau adalah Residen British yang ke-6 di Penang. Ketika kilang tersebut di bawah pengurusannya, maka terbina la rumah pejabat berdekatan dengan kilang iaitu Birch House yang dibina pada tahun 1908. Selepas Perang Dunia Kedua, rumah itu telah diubahsuai, menjadikannya bangunan moden dan kini adalah Restoran Mc Donalds.


Birch House Dahulu
Kemashuran peleburan bijih timah mula mati selepas Perang Dunia ke-2. Ianya juga telah memberi impak kepada Kilang Bijih Timah Eastern Smelthing Co. sehingga tiada lagi aktiviti peleburan di jalankan di Jalan Dato Keramat pada akhir abad ke-20. Kilang tersebut ditutup dan terkubur pada tahun 1998.

Birch House Kini
Kini tapak kilang yang tersohor tu adalah Penang Times Square manakala rumah pejabat tu pula McD Birch House Dato Keramat, bangunan McD tu adalah bangunan asal cuma sudah di ubah suai sikit.


Penang Time Square

ASALnya Padang Kriket Kelab Selangor KINI Dataran Merdeka



Saat laungan Kemerdekaaan oleh Perdana Menteri Malaysia yang Pertama, seterusnya membawa gelaran Bapa Kemerdekaan
Pertama kalinya bendera Union Jack diturunkan dan bendera Federasi Malaya dinaikan pada tengah malam 31 Ogos 1957. Detik itu adalah detik bersejarah yang dimeterai sebagai Hari Kemerdekaan secara rasminya , seterusnya menjadikan Padang Kriket Kelab Selangor ini di namakan Dataran Merdeka. 


Dataran Merdeka 
Kelab Selangor telah dibina pada tahun 1890 dengan binaan stail Tudor. Dataran Merdeka mempuyai bahagian bawah tanah yang siap dibina pada tahun 1995. Ianya bertujuan sebagai terowong keselamatan sekiranya berlaku peperangan. Kalau nak tahu, Dataran Merdeka pernah ditenggelami air banjir kilat yang berlaku pada tahun 1998.

ASALnya Bengkel dan Depot Keretapi Tanah Melayu KINI Kompleks Dayabumi


Menara Dayabumi
Mempunyai 35 tingkat ruang pejabat, Kompleks Dayabumi adalah bangunan ke-62 tertinggi di Malaysia dan ke-52 di Kuala Lumpur dan berlokasi di Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur kira-kira 2 minit dari Stesyen Keretapi Tanah Melayu. Ianya mula dibina pada tahun 1982 dan siap pada tahun 1984 (tahun kelahiran chantek hihihi). 

Dahulunya tapak asal Kompleks Dayabumi adalah bengkel dan depot Keretapi Tanah Melayu dari tahun 1900 hingga tahun 1981. Kemudian ianya dirobohkan bagi pembinaan Kompleks Dayabumi.



Seronok dan puas rasanya bila dapat berkongsi sedikit pengetahuan yang chantek baca sendiri di laman sesawang. Insyaallah akan ada lagi kupasan sejarah atau perkongsian pengetahuan cetek dari chantek pada masa akan datang. Bye....


Like & Follow
FB page chantek : Ayu Lifestyle Blogger
FB chantek : idayunim
IG chantek : idayunim
Youtube chantek : idayunim


Comments

  1. Ada jugak tempat yang sebelum ni taktahu asal-usul. Terima kasih untuk info :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sugardoll - Pakar Penjagaan Rambut Masa Kini

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia

Sajian Nostalgia Lama Konsep Buffet Ramadhan di Hotel Tenera