Serendah RM10 | Kempen Tabung Didik PPZ-MAIWP Tanam Didikan Patuh Syariah



"Sikit-sikit lama-lama jadi bukit" peribahasa yang sering kita dengar dan menjadi pesan mulut ke mulut, generasi ke generasi akan kebaikan serta manfaat yang diperolehi dari amalan ini. "Melentur buluh biarlah dari rebungnya" Setiap ibu bapa juga pasti berusaha memupuk sikap berjimat cermat dan menabung kepada anak-anak agar menjadikan amalan tersebut sebagai penentu masa hadapan bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan".





Menyokong budaya menabung yang harus dipupuk dari usia kecil, Pusat Pungutan Zakat telah mengadakan Kempen Tabung Didik yang telah dirasmikan oleh Ketua Eksekutif PZZ-MAIWP bersempena Kempen Jadi Kaya yang telah bermula sehingga 31 Disember 2018 ini.





Tujuan Kempen Tabung Didik

1. Mendekatkan anak-anak dengan ibadah zakat iaitu Rukun Islam ke 5. 

2. Pendekatan ini adalah bertujuan menggambarkan anak-anak kepada pendidikan dalam segi syariah. Selain itu iainya melatih anak-anak membina kekayaan yang diberkati oleh Allah S.W.T. 

3. Memangkin semangat serta memberi motivasi kepada anak-anak tentang berzakat dan kebaikannya.

4. Memberi pengertian bersyukur dalam kehidupan supaya anak-anak mengetahui bahwa zakat yang dikeluarkan adalah untuk membantu golongan asnaf.


Bagaimana Kempen Tabung Didik Dilaksanakan?

1. Tiap-tiap anak yang berusia 18 tahun ke bawah boleh membuka akaun zakat.

2. Pembukaan Tabung Didik hanyalah serendah RM10 dimana-mana cawangan PPZ-MAIWP .

3. Setiap pembukaan akaun zakat dengan RM10 akan mendapat Tabung Didik yang direka khas sepanjang kempen ini berlangsung.

Cawangan PPZ-MAIWP

1. Shamelin
2. Kg Baru
3. Masjid Negara
4. Wangsa Maju
5. Putrajaya Presint 9
6. Putrajaya Presint Diplomatik
7. Taman Tun Dr Ismail
8. Jalan Puchong
9. Kepong
10. UTC Pudu Sentral
11. Labuan

8 Golongan Asnaf

1. Fakir (al-Fuqara) 
2. Miskin (al-Masakin) 
3. Amil 
4. Muallaf 
5. Riqab (seseorang yang terbelenggu tanpa kebebasan) 
6. Gharimin (penghutang muslim) 
7. Fisabilillah (orang yang berjuang kerana Allah) 
8. Ibnus Sabil (musafir) 


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian 
1-300-88-57







Comments

  1. Menarik kempen ni kan ayunim.. Utk masa depan anak2

    ReplyDelete
  2. bagus didik anak gini...lagipun serendah RM10...biar dorang ringan tgn dulu...kan :)

    ReplyDelete
  3. bagus sangat adanya usaha sebegini. dapat memberikan pendedahan kepada anak-anak. .

    ReplyDelete
  4. Bagus didik anak sedari kecil tentang zakat ni. Mereka pun tidak membazirkan wang yg ada. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  5. Satu kempen yang menarik dan bagus untuk anak anak .Kita boleh didik mereka seawal usia mereka untuk menabung dan melakukan zakat .

    ReplyDelete
  6. Bagus usaha mereka buat program mcm ni. Menggalakkan anak2 menabung awal serendah rm10.. Sikit2 lama2 jd bukit kan..

    ReplyDelete
  7. Bagusnya ada kempen macam ni.. boleh beri pendedahan pada anak tentang zaza pada peringkat kanak2 lagi

    ReplyDelete
  8. Thanks for the information sharing. Looks like we are more aware of Zakat now.

    ReplyDelete
  9. Menarik dan tertarik dengan kempen ni. Nanti nak buat akaun kat anak-anaklah

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Suka dengan usaha PPZ-MAIWP dalam usaha mendidik anak dari kecil untuk berzakat :) Dah lah tabung dia pun comel sangat !

    ReplyDelete
  11. Menarik juga ni. Since ada cawangan yang dekat di Putrajaya. RM10 tu ok lah kan berbanding minima RM100. Thank you sebab bagi info berguna ni.

    ReplyDelete
  12. mcm menarik jugak ye kempen ni..cumanya tak berapa faham, so nnt duit terkumpul tu jadi duit simpanan or nanti boleh digunakan untuk membayar zakat bila sampai usia mereka nnt? sebab namanya tabung zakat kan huhu so confuse sikit is it tabung untuk simpanan mereka from pihak zakat or tabung untuk mereka menyimpan untuk diguna as bayar zakat nnt 😅

    ReplyDelete
  13. Anak suka sangat belikan dia tabung.. pantang nampak syiling nak masuk tabung dia.. sangat baguslah program ni membantu didik anak belajar zakat.tapi kat johor ada ke? Sebab tengok lokasi macam tak semua tempat.

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah.. melentur buluh biarlah dari rebung.. hee~ kakak suka konsep yang diterpakan PPZ-MAIWP nih.. disamping membantu mereka yang memerlukan, PPZ-MAIWP juga membuka ruang untuk kita menjadi penyumbang sekaligus menerima manfaat pahala..

    ReplyDelete
  15. Bagus betul. Dengan RM10 sahaja dah boleh bagi si anak-anak kecil menyemai amalan menabung. Seperti bak pepatah~lama-lama jadi bukit kan. :)

    ReplyDelete
  16. Bagus kempen macam ini. Serendah Rm10 pulak tu. Very benefial for the kids in the future. I will share this info with my muslim friends.

    ReplyDelete
  17. Suka dengan inisiatif PPZ ini sekarang - makin kreatif dalam meladeni masyarakat masa kini. Moga dipermudahkan usaha mereka dan moga makin ramai yang menunaikan tanggungjawab semua.

    ReplyDelete
  18. Menabung utk mengumpul Zakat Fitrah atau Zakat Harta? Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  19. Didik anak2 sedari awal lagi tentang berzakat dengan tabung comel.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KOLEKSI KASUT DENGAN KUALITI TERBAIK HANYA DI HYPERSHOE KIP MALL BANGI

Kemeriahan sambutan Krismas di Quill City Mall

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia