Teater Bangsawan Dendam Laksamana Adaptasi Dari Kisah "Sultan Mahmud Mangkat Dijulang"



Bangsawan Dendam Laksamana
Adaptasi Dari Kisah 
"Sultan Mahmud Mangkat Dijulang" 

Wan Anum
Angin senja berkias cerita
Bersyair janji-janji setia
Anugerah kelahiran tandanya cinta
Berkorban buatmu nikmat bahagia

Laksamana
Sepasang serindit atas jendela
Suaranya riang berkicau bersama
Semangat adinda azimat kekanda 
Supaya aman tanah lahir kita 

***************xx**************** 

Begitulah nada irama pujuk memujuk antara Wan Anum dan Laksamana tatkala Laksamana dititahkan oleh Sultan Mahmud II untuk pergi ke Belanda. Ternyata hati kecil si isteri yang risau akan keselamatan suami tercinta untuk menjalankan tugasnya sebagai Datuk Laksamana. 


Berikut adalah salah satu babak di dalam teater Bangsawan Dendam Laksamana (BDL) yang telah dipentaskan di Malaysia Tourism Centre (Matic) KL pada 2 Nov 18 yang lepas. Chantek rasa sangat bertuah kerana berpeluang turut hadir semasa pementasan ini diadakan.


Ini merupakan kali pertama chantek dapat menonton pementasan teater. Seumur hidup memang tak pernah lagi, ada juga undangan kawan-kawan dan rakan media untuk menonton teater, tapi cuma kali ini sahaja yng chantek betul-betul free nak pergi. Chantek sangat-sangat teruja dan sememangnya sangat menyeronokkan dan merupakan pengalaman indah dalam hidup chantek. Jom chantek kongsikan mengenai Bangsawan Dendam Laksamana ini. 

BDL merupakan salah satu kompenan di dalam Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya 2018 (UPBWB) iaitu kompenan persembahan. JPBWB2018 merupakan program baharu yang dianjurkan oleh Pat Ibrahim Project Entertainment dan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN), dengan kerjasama Pusat Pelancongen Malaysia dan lain-lain agensi bertujuan untuk mengangkat dan memartabatkan kembali seni bangsawan di samping menyebar luas jenama Semarak Bangsawan melangkau ke negeri-negeri di Malaysia. la juga merupakan program kolaborasi industri (industrial collaboration program) yang terbesar dan julung-julung kali diadakan di dalam industri seni persembahan. 


Bangsawan Dendam Laksamana, sebuah cerita dari mata penulis, didasarkan pada sebuah kisah dari halaman di Tuhfat Al Nafis. Kisah ini menceritakan bagaimana Sultan Mahmud Syah-2 dibunuh oleh laksamananya, Laksamana Bentan, untuk membalas pembunuhan isterinya Wan Anum (yang mengandung) kerana memakan seulas buah nangka milik Sultan. Kisah yang mengerikan hati ini sangat popular di kalangan orang Melayu yang lebih tua. Lebih banyak masa, kisah ini telah melalui pelbagai komposisi oleh para pendongeng dan salah satu karya itu diterbitkan pada tahun 1978, yang merupakan karya Shaharom Husain (Masyhor Malaya) yang diterbitkan oleh Nusantara. Pementasan produksi ini mengambil inspirasi daripada skrip Shaharom. 

Tirai BDL dibuka dengan alunan muzik bimbingan Saiful Ridzuan (Duan) sebelum Penglipur Lara (Shahrul Mizad) memulakan cerita. Ringkasan jalan cerita BDL adalah mengisahkan tentang Sultan Mahmud Syah II yang memerintah dengan akhlak yang bertentangan dengan kehendak masyarakat. Kehendak baginda yang menyerupai fahaman kuku besi disokong oleh ayam sabung baginda, Seri Bija Wangsa yang bengis dan dibenci rakyat. Sejujurnya masa menonton BDL ni memang chantek geram sangat dengan watak Seri Bija Wangsa ishhh rasa macam nak baling dengan kasut jerk hahaha. Tapi ape pun semua tu hanya watak sahaja dalam jalan cerita BDL ni. Kekejaman baginda yang berpaksikan nafsu yang tidak terkawal ini akhirnya membawa kepada pertumpahan darah akibat dendam Megat Sri Rama yang kehilangan isteri tercinta Wan Anum. Wan Anum telah dibunuh sultan atas alasan yang tidak berperikemanusiaan iaitu hanya kerana Wan Anum mengambil seulas nangka yang dimakan tanpa pengetahuan baginda.


Akibat amarah dan rasa dendam itu telah membuatkan Megat Sri Rama iaitu Laksamana Bentan hilang pertimbangan lalu menikam Sultan Mahmud II ketika baginda berada di atas julangan. 


Rasa sedih dan tersentuh hati kecil chantek tatkala Wan Anum dihukum bunuh tanpa perikemanusian oleh Sultan Mahmud II. Babak ni memang win sebab masing-masing dalam dewan teater terdiam dan ada juga mata berkaca (ehem orang sebelah chantek kikiki). 


Gabungan bakat lama dan baru juga telah menjayakan BDL, Safwan, Aidilla, Dato' Jalaluddin Hassan, Megat Syarizal, Anwar Rusdini, Fitri, Que Ross, Azhar, Asmidar dan ramai lagi.

Secara keseluruhannya, chantek memng rasa seronok. Kepada anak muda di luar sana daripada korang lepak tak tentu hala, buang masa dengan perkara yang tak berfaedah, baik tengok teater BDL, happy dan banyak pengajaran dan nilai murni yang korang boleh dapat. BDL juga sesuai untuk tontonan umum dan sesuai untuk korang-korang nak bawa anak-anak untuk mengenal dunia pementasan dan mengenali sejarah atau dongengan zaman nenek moyang terdahulu.

Bagi yang berminat untuk menonton BDL korang boleh dapatkan tiket dengan menghububgi talian 0193036008 atau beli secara online di pipent.peatix.com

Comments

  1. memang best... nak repeat lagi teater bangsawan dendam laksamana sampai di hati...

    ReplyDelete
  2. Aduhaiii...kena pi tgk jugak la nanti sbb dah dekat kan kat MATIC je...

    ReplyDelete
  3. Kalau minat cerita sejarah ni boleh la tengok pementasan ni. Klasik je nampak props dan baju. Kalau ada Dato Jalaluddin ni mesti best. Pelakon lain tak kenal sangat.

    ReplyDelete
  4. teringinnya nak tengok teater..insyaallah one day nnt nak cari masa utk tengok teater..

    ReplyDelete
  5. Haritu company tempat emi kerja ni ada bagi free passes utk tengok teater Bangsawan Dendam Laksamana ni. Tapi emi tak dapat pergi sebab kebetulan tarikh tu emi balik kampung. Frust pulak rasa, hehe

    ReplyDelete
  6. looks like it's a great show.. nice to watch theather show like this.. so real and great.. let's go watch again if there's another..

    ReplyDelete
  7. seems like a good show to catch it live. I think the whole family will enjoy the show just like you all kan.

    ReplyDelete
  8. Bestnya dapat tengok cerita bangsawan.cerita macam ni barulah best kan.

    ReplyDelete
  9. Memang suka sejarah Laksamana Bentan ni sebab ada kena mengena dengan keturunan arwah moyang sebelah mak. Dulu tak pernah tahu pun tapi arwah moyang cerita jadi speechless sangat.

    ReplyDelete
  10. Kita suka tengok teater ini memang best dan menarik kita rasa macam nak pergi tengok lagi lah jalan cerita dan juga konsep bangsawan yang menarik ni bestnya... kita tengok sampai menangis juga hehehehe...

    ReplyDelete
  11. Last tonton teater masa sekolah menengah dulu. Memang feel dia berbeza. Menarik la konsep bangsawan yang teater ni bawa.

    ReplyDelete
  12. Bestnya tgk teater..kte suka tgk teater wak plak2 kalo bab sejarah kesultanan melayu..mmg peberet

    ReplyDelete
  13. AM pun sedih masa tgk teater bangsawan dendam laksamana nie bila part anak n isteri laksamana dibunuh.. rasa sayu n ngeri je.. bagus lakonan pelakon2.. kombinasi pelakon lama dan baru mmg mantap abiss

    ReplyDelete
  14. Cerita ni pernah dgr. Tapi tak pernah tengok teater nya lagi. Mesti best kan kalau pergi tengok dengan kawan-kawan blogger.

    ReplyDelete
  15. kisah sultan mahmud mangkat dijulang ni memang legend.. bertuah dapat tengok pementasan teater yang best macam ni.. saya belum pernah ada pengalaman tengok teater..

    ReplyDelete
  16. Suka lah tengok teater macam ni. Unik dan menarik betul, macam zaman dulu-dulu. Sayang tak sempat nak tengok malam haritu.

    ReplyDelete
  17. wooo teater ni macam best ni......so interesting....i love teater its very entertaining...

    ReplyDelete
  18. Saya suka yg pelakon jadi bangsawan tu..dia berlakin best...suka tgk lakonan dia...memang menjadi

    ReplyDelete
  19. Rasa rindu nak tengok teater lagi. Rasa lama x tengok teater ni memang menarik lah kan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia

Disarankan Boikot | Polis Evo 2 Bukan Biasa-Biasa

Tunaikan Zakat:Rebutlah Keberkatan Berzakat Dibulan Ramadan Bulan Penuh Barakah