Vage Roll Hidangan Ringkas Sarapan Pagi

Adakalanya pening kepala juga nak memikirkan apa yang nak dimasak untuk sarapan chantek sekeluarga. Kalau hari bekerja x jadi masalah sebab masing-masing sarapan di office. Anak2 pula sarapan di sekolah atau cuma bekalkan diorang roti jerk. 

So untuk pagi ni chantek nak masak yang ringkas, sedap dan mudah untuk nak sediakan paling penting semua bahan2 Ada, x rajin la chantek nak ke kedai pagi2 buta no. Ok dah selongkar2 bahan dalam peti, so chantek nak wat vage roll ataupun roti gulung inti sayur..panjang plak nama melayunya.

*Bahan2 untuk menyediakan vage roll:*

1/3 bawang besar
1 biji bawang putih dihiris

5 ekor udang, ambil isi sahaja
dan dipotong kecil

2 genggam kobis yang dihiris halus

10 keping roti dipotong 2
kemudian di gelek menjadi nipis 
Dan 2 biji telur..lupa ambil gambar hehehe

*Cara2 membuat inti:*

1. Panaskan 2 sudu besar minyak masak.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
3. Masukkan udang, masak sehingga using bertukar warna merah.
4. Masukkan kobis, 1 biji telur, garam dan serbuk perasa mengikut citarasa.
5. Sekatakan telur dan sayur sehingga telur Dan sayur masak.
6. Setelah masak, angkat biarkan sedikit sejuk.
7. Pukul 1 biji telur untuk dijadikan 'gam'.


Inti yang telah siap di masak

*Cara2 membuat vage roll:*


Letak sedikit inti pada hujung roti

Mulakan menggulung roti
hingga ke hujung roti kemudian
letak sedikit telur supaya roti tidak terbuka

Roti yang siap digulung
Setelah siap menggulung, goreng vage roll dalam minyak yang panas dengan api yang perlahan.

P/s: berhati2 ketika menggoreng kerana roti mudah masak sekiranya leka , jadilah vage roll hitam kikiki.



Vage roll yang telah siap disediakan..
Tunggu anak2 dan En suami nak ngap

**SELAMAT MENCUBA**






Comments

  1. Comel je all this rolls...but yea that's a healthy and simple breakfast...now if only i was rajin enough to go to the kitchen..hahaha

    ReplyDelete
  2. simple and delicious way of cooking it!! thanks for the sharing!

    racheal

    ReplyDelete
  3. Bagus idea ni... Boleh lah try untuk sarapan esok pagi.

    ReplyDelete
  4. Not just for breakfast, this recipe is nice for snack too, thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  5. Love reading your article because you always share tips on how to prepare those meals. Next time i can try this for my girlfriend. :)

    ReplyDelete
  6. wow.. a simple recipe to try out... mesti sedap gile... thanks for the share

    ReplyDelete
  7. Looks super easy to make. Definitely will try to make my own version at home too. thank you!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

3 Siri Animasi Era 90an Yang Pertama Tular Di Malaysia

Disarankan Boikot | Polis Evo 2 Bukan Biasa-Biasa

Haruharu | Produk Kecantikan Dari Korea Dengan Teknologi Penapaian Menangani Masalah Kulit Wanita & Lelaki